25 March 2011

Dalam video itu mirip Anwar tetapi bukan Anwar: Chegubard

Bekas ahli jawatankuasa pusat PKR Badrul Hisham Shaharin berkata beliau telah menonton video lucah yang didakwa memaparkan ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, Badrul Hisham yang lebih dikenali dengan panggilan Chegubard berkata beliau yakin bahawa individu yang ditunjukkan dalam video berkenaan bukanlah Anwar.

"Video tersebut mungkin saja asal, tetapi pelakon dalam video tersebut saya yakin bukan Anwar.

"Memang sekali imbas kelihatan seperti Anwar tetapi bagi sesiapa yang rapat dan biasa melihat perwatakan atau gerak geri Anwar pasti tahu itu bukan Anwar," katanya dalam satu sidang media petang ini.

Menurutnya, beliau menonton video berkenaan di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada malam Isnin lalu.

Beliau pergi ke hotel berkenaan atas jemputan seorang lelaki yang dinamakannya sebagai Datuk Shazryl Eskay Abdullah.

"Tujuan saya dipanggil adalah untuk diberi sesalinan video itu untuk ditunjukkan kepada (presiden parti) Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail," katanya lagi.

Katanya, beliau juga dipanggil agar dapat mendesak Wan Azizah dan Anwar supaya berhenti daripada mengetuai PKR dan meninggalkan politik.

"Untuk tujuan mendapatkan video itu, saya telah berpura-pura untuk bersetuju mengenai apa yang diberitahu kepada saya mengenai video tersebut," katanya.

Menurutnya beliau telah diminta memberi persetujuan untuk menjadi orang tengah bagi membawa video berkenan kepada Wan Azizah.

"Walau bagaimanapun. ia terbantut setelah Datuk T meminta ruangan untuk menayangkan video itu sendiri kepada Wan Azizah," katanya.

azlanBadrul Hisham juga berkata, beliau telah menonton video itu sebanyak dua kali bersama Eskay dan juga seorang lagi yang dinamakannya sebagai bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik.

"Semasa itu Datuk (Eskay) memberi penerangan mengenai video tersebut.

"Kami juga dimaklumkan bahawa Tan Sri Rahim Thamby Chik baru menonton video tersebut dan ini berbeza sekali dengan kenyataan beliau pada 23 Mac.

"Ketika menonton bersama, Tan Sri Rahim seolah beberapa kali terkejut dan beristighfar seolah inilah kali pertama menonton," kata Badrul Hisham lagi.

10 comments:

nickko said...

"Memang sekali imbas kelihatan seperti Anwar tetapi bagi sesiapa yang rapat dan biasa melihat perwatakan atau gerak geri Anwar pasti tahu itu bukan Anwar,"

bolehkah kita mengenali seseorang yang sedang melakukan adegan ranjang hanya melalui perwatakan dan gerak geri??

nickko said...

daripada chegubard menafikan kesahihan video itu berdasarkan teori2 remeh beliau, lebih baik minta siasatan disegerakan..

tombolo said...

bagi yang dah menonton video tersebut, masing2 boleh menilai sendiri samada benar anwar atau tidak yang berada dalam video tersebut.

Anonymous said...

biarlah pekara ini disiasat dahulu. kebenaran pasti akan diketahui juga nanti.

Mohd Ishak said...

Susah nak tahu sama ada video itu benar ataupun palsu.

Hosie Masie said...

Kebenaran masih kita tidak pasti lagi. Apa pun kita tunggu saja berita seterusnya.

Unknown said...

"Memang sekali imbas kelihatan seperti Anwar tetapi bagi sesiapa yang rapat dan biasa melihat perwatakan atau gerak geri Anwar pasti tahu itu bukan Anwar,"

Most probably the man in the video is Anwar look-alike that was hired by the trio.

Unknown said...

Lets just wait for the truth to reveal.

Paquin said...

Dunia sekarang mcm2 ada.. Teknologi kan makin canggih.. Apapun, saya tetap harap hal ni dapat diselesaikan secepat mungkin.

Paquin said...

Harap video ini dapat disiasat seteliti yang mungkin bagi mengelakkan isu baru timbul lagi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels