23 April 2011

Salleh mahu Musa Aman teruskan kepimpinan

Sempena menyambut ulang tahun Datuk Musa Aman yang ke-60 di bagunan UMNO Sabah, Kota kinabalu malam rabu lalu, Timbalan Pengerusi Umno Sabah merangkap speaker DUN Sabah-DSP Salleh Tun Said berkata, kepimpinan Musa diperlukan untuk melanjutkan program pembangunan Sabah, pada masa kini dan seterusnya selepas PRU-13 akan datang.

Salleh yang pernah menjadi Ketua Menteri Sabah dalam sistem penggiliran Ketua Menteri-ilham mantan Perdana menteri Tun Mahathir mengatakan demikian semasa berucap pada majlis sambutan HUT Datuk Musa pada malam tersebut.

Salleh menepis suara-suara sumbang dalam BN sendiri, bahawa kepimpinan Negeri perlu berubah dengan mengambil iktibar PRN Sarawak pada 16 April.

Pada PRN Sarawak, walaupun BN-Sarawak mampu mempertahankan majoriti 2/3, dengan mendapat 55 kerusi daripada 71 kerusi DUN, akibat penolakan kaum cina terhadap BN. Selain penolakan, kaum cina- undi popular BN juga merosot terutama di kawasan-kawasan majoriti iban.

Kekalahan Timbalan Presiden SPDP di DUN Krian kepada calon PKR dan kemenangan Baru Bian di DUN Ba'Kelalan, telah menggambarkan bahawa undi bumiputera iban, mula beralih.

Ekoran daripada keputusan PRN Sarawak tersebut, ada beberapa pemimpin mengeluarkan suara-suara sumbang terhadap kepimpinan Musa Aman.

Walaupun dengan adanya suara-suara sumbang tersebut, Salleh yang juga orang kedua BN Sabah- menzahirkan bahawa kepimpinan Musa masih diperlukan di negeri ini. Atas sebab kepimpinan Musa, maka pucuk pimpinan pusat dan negeri-negeri lain memberi keyakinan kepada kerajaan negeri.

Menurut Salleh, tiada sebab untuk menggantikan Musa sebagai Ketua Menteri Sabah, kerana Musa berjaya mentransformasikan Sabah sebagai negeri dalam proses membangun.

Menurut Salleh, masa perlu diberikan kepada Musa Aman untuk merealisasikan semua perancangan demi kebaik rakyat.

21 comments:

Mohd Ishak said...

Terpulanglah kepada kemahuan rakyat.

Anonymous said...

Khidmat Musa Aman masih lagi diperlukan untuk memimpin dan membangunkan negeri sabah.

mandau said...

Musa Aman byk memberi sumbangan kepada pembangunan negeri Sabah. khidmat beliau amat diperlukan, semoga beliau akan terus memimpin sabah.

Anonymous said...

kepimpinan beliau akan diteruskan selagi rakyat menyokongnya. semoga segala perancangan beliau untuk membangunkan Sabah akan direalisasikan demi kebaikan rakyat Sabah.

Jason said...

Musa is not done being a CM till he has fully develop Sabah.

Lucas said...

Salam OKB,

jika dibandingkan dgn jumlah sokongan yg diterima oleh Musa berbanding mereka yg menentangnya, jumlah yg menyokong adalah lebih banyak. Kenyataan Salleh ini akan memantapkan lagi seokongan ke atasnya selain daripada satu PR yg baik...

Jason said...

But of course it is also depend on the people whether they want Musa to stay being the cm.

songkilou said...

Jika Datuk Musa masih berkemampuan untuk terus memimpin, tidak ada salahnya untuk beliau terus menunggu sehingga pilihan raya yang akan datang berlansung.

songkilou said...

Datuk Musa Akan bertahan kerana telah banyak pembangunan yang dilakukan oleh beliau terhadap Sabah.

Anonymous said...

semoga khidmat beliau dipanjangkan lagi dan terus menyumbangkan kemajuan kepada rakyat Sabah.

Anonymous said...

jika selepas ini BN sabah semakin lemah, bukanlah disebabkan oleh kepimpinan MA, tetapi disebabkan oleh pemimpin2 yang lebih berminat menyerang rakan sendiri berbanding dengan tanggungjawab mereka terhadap rakyat.

Anonymous said...

selagi rakyat menyokong, maka selagi itulah seseorang pemimpin itu akan terus bertahan.

Anonymous said...

semoga Musa akan terus membantu membangunkan Sabah seperti yang diharapkan oleh semua.

Anonymous said...

kenyataan Salleh ini menggambarkan tidak semua pemimpin dalam komponen BN menentang kepimpinan MA. hanya sebilangan kecil sahaja yang tidak berpuas hati terhadap MA kerana kepentingan mereka tidak dipenuhi.

Bujang Senang said...

Harap sokongan dari semua perlu bagi mengukuhkan pentadbiran BN di Negeri ini.

Unknown said...

Nampaknya perjuangan datuk musa memang baik sehinggakan Salleh sendiri memberikan sokongan terhadap datuk musa. Maka kita mengharapkan datuk musa akan terus memberikan perjuangan yang baik untuk rakyat.

Nemia said...

Even Salleh concurred CM's leadership.

onong said...

Kepimpinan Musa memang yang terbaik dalam era ini.

wake said...

CM has proven that he is capable of managing Sabah.

Velove said...

Perjuangan KM masih diperlukan.

Unknown said...

CM has done a lot of thing for us.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels