2 May 2011

Apabila tanah warisan Iranun jadi topik generasi kini

Zaman Usno, isu tanah bagi suku iranun Kota Belud belum memuncak! sebab apa? masa itu belum ramai penduduk yang mampu mengusahakan tanah. Nilai komersial tanah masa itu, hampir tidak bernilai. Bayangkan 10 ekar hanya berharga RM500!!.

OKB masih ingat lagi kawasan tanah yang terbiar, di tanam dengan kelapa!

Apabila parti Usno kalah kepada Berjaya-orang luar mula masuk di perkampungan iranun. Melihat hamparan tanah yang luas, maka terjadilah persengkongkolan permohonan tanah. Apabila geran diperoleh-bertukar tangan lah pemilik tanah tersebut.

Boleh dikatakan sesiapa yang berduit pada tahun 70-an dan mereka itu pemimpin Kota Belud, pasti mempunyai tanah berekar-ekar di perkampungan iranun.

Sebut saja nama Awad-- pasti orang iranun tahu, kerana Awad berjaya "membeli" berekar-ekar tanah kaum iranun.

Sebut saja Yahya Lampung, pasti orang iranun tahu, bahawa Datuk itu mempunyai tanah beratus ekar di Rampayan Ulu.

Penduduk Iranun membuka kampung pintasan pada tahun 70-an untuk tujuan bercucuk tanam. Pinatasan pada masa itu, ditumbuhi oleh rumpai yang menyerupi hutan kecil, binatang seperti lembu, kerbaupun tidak mahu menjamah kawasan itu. Dengan keluasan yang hanya 1000 hektar, orang iranun berebut-rebut ke kawasan Pintasan, namun mereka terlupa, bahawa beratus hektar tanah warisan iranun telah lesap. Salah Siapa??

14 comments:

madd said...

tanah warisan seharusnya dijaga dan diusahakan dengan sebaiknya.

madd said...
This comment has been removed by the author.
madd said...

tanah yang ada harus diuruskan dengan baik agar memberi manfaat kepada generasi sekarang dan masa depan.

shiro said...

beruntunglah mereka yang membeli tanah berekar2 dulu. sekarang, tiada siapa pun yang menjual seekar tanah berharga RM500

shiro said...

oleh itu, tanah2 yang masih ada perlu dijaga dan diusahakan sebaiknya.

Paquin said...

RM500?? punya murah dulu, cubalah sekarang pun murah, nmampu juga saya beli. hehehe

Paquin said...

Jadi jagalah tanah yang ada dan usahakan sebaik mungkin sehingga mendatangkan hasil.

ferlo said...

tanah sekarang jaun lebih mahal berbanding dahulu, kita harus menghargai tanah warisan kita kerana ia tidak ternilai.

Mohd Ishak said...

Isu tanah waris kaum Iranun patut dipertahankan.

Karin-nah said...

Jangan salahkan orang lain. Ini salah diri sendiri kerana tidak memikirkan masa depan.

nickko said...

jika tanah itu bertukar tangan dengan cara yang betul, memang silap la penduduk Iranun. tapi jika pertukaran itu berlaku dengan cara yang tidak betul, memang tidak betul la kerajaan pada waktu itu.

mandau said...

tanah adalah harta warisan kita dan amat bernilai, kita harus menjagany dngn baik.

mike said...

ianya salah si pemilik tanah asal..

mike said...

tanah adalah warisan dan harta yang sangat bernilai..oleh itu adalah wajar tanah dijaga sebaik mungkin.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels