1 May 2011

Pas ganti UMNO-kemudian DAP kuda Pas tak apa kata Hadi

Presiden Pas Hadi Awang berkata, kerjasama PAS dan DAP hanya berasaskan -Kerjasama Politik. Tidak sama sekali menggadaikan prinsip. Slogan Pas: Pas ganti Umno dan kemudian Pas jadi kuda DAP, tak apa kata Hadi-asalkan Umno dan BN tumbang.

Bagi Hadi kerjasama Pas dalam Pakatan-mempunyai visi-yakni menumbangkan Umno dan BN; tiada kaitan dengan pengorbanan agama. Bebeza dengan kerjasama Umno-MIC-MCA; kerjasama yang menggadaikan prinsip islam dan menghilangkan jati diri Melayu-Islam-demikian Hadi seperti dipetik dalam Harakahdaily

Hadi memberi komen tersebut menjawab pelawaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam agar PAS "beralih kepada yang lain" walaupun mungkin enggan menyertai BN.

Presiden Umno itu dilaporkan berkata, kerja keras PAS hanya memberikan keuntungan kepada DAP.

Abdul Hadi hari ini menyifatkan seruan Najib segai janggal dan aneh, kerana PAS sekali-kali tidak akan bekerjasama dengan Umno dan BN dalam melakukan kezaliman.

“PAS mendokong fikrah yang jelas, bahawa kerjasama bersama PR adalah dibina dengan berpegang kepada dasar bantu-membantu dalam menegakkan keadilan dan menentang kezaliman,” tegasnya.

Abdul Hadi malah membuat seruan balas supaya ahli-ahli dan pemimpin Umno supaya meninggalkan parti itu dan bersama PAS jika benar-benar hendak melaksanakan Islam dan menegakkan keadilan untuk semua bangsa di negara ini.

“Jika benar Umno hendak laksanakan Islam dan bertindak dengan penuh keadilan, kuasa sudah ada di tangan mereka hari ini, mengapa mereka tidak laksanakan?” katanya seperti dipetik akhbar web PAS.

12 comments:

madd said...

rakyat pasti tahu memilih parti mana yang terbaik untuk mewakili mereka.

madd said...

semua parti pasti berusaha untuk mendapatkan sokongan. terpulang kepada rakyat untuk membuat penilaian.

ferlo said...

setiap parti ada haluan dan agenda mereka tersendiri. rakayt kena bijak dalam menilai dan membuat pilihan mana yang terbaik.

shiro said...

yang penting parti berjuang untuk semua kaum dan penuh adil.terpulang dengan rakyat nanti siapa yang akan mereka pilih.

Paquin said...

Pandai2 lah rakyat meilai hal ini.

Paquin said...

Apapun, kita tinggu dan lihat sajalah nanti.

Mohd Ishak said...

Keputusan terletak dalam tangan rakyat.

Hosie Masie said...

Marilah kita tengok kekuatan PAS selepas ini. Benarkah Hadi inginkan BN tumbang?Kita tunggu saja siapa yang bakal tumbang ditempat sendiri??

Karin-nah said...

Nampaknya Hadi betul menolak perlawaan BN untuk bersama. PAS tidak mungkin bersama BN. Apa pun kita mengharapkan setiap parti benar-benar memperjuangkan hak rakyat.

nickko said...

PAS tidak pernah melakukan kezaliman kerana setiap tindakan mereka dihalalkan.

nickko said...

Hadi Awang.. bukan you ka yang menghina penduduk Iban di Sarawak? patut la PAS tidak menang 1 pun kerusi di Sarawak.. tidak baik amalkan politik ganas dan fitnah.. lebih2 lagi dalam parti politik yang menggunakan agama sebagai asas perjuangan.

mandau said...

rakyat tau mana yang terbaik.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels