12 May 2011

Sumpah laknat: Kaki betina, kaki arak : Sumpahnya Tak sah-Anwar

Anwar terperangkap dengan kata-katanya sendiri. Merujuk kepada sumpah laknat Eskay Abdullah, Anwar berkata sumpah laknat bagi orang kaki betina dan arak tidak sah dan tidak memenuhi rukun agama islam.

Mungkin inilah yang dirasakan Anwar, sebab itu walaupun berbagai desakan daripada semua penjuru, agar Anwar bersumpah laknat, kerana afdalnya sumpah laknat juga wajib dibalas dengan sumpah laknat.

Mantan mufti Perlis Dr Asri sebelum ini pernah mencadangkan agar Anwar bersumpah laknat untuk menepis sumah laknat Eskay, namun hingga kini Anwar enggan bersumpah.

Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Kerja, Himpunan Ulama Muda Malaysia (ILMU), Fathul Bari berkata; Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu melakukan sumpah laknat bagi menafikan dakwaan pihak tertentu yang sudah bersumpah laknat mengatakan beliau terlibat dalam skandal video seks dan kes liwat.

Fathul Bari berkata perkara itu dituntut oleh Islam bagi mengelakkan fitnah dan tuduh menuduh daripada terus berlarutan.

"Bila sumpah laknat berlaku, maka cara menjawab balik adalah dengan sumpah laknat juga, ini yang dituntut sebenarnya, jadi kita masih menunggu sekiranya Anwar bersedia untuk bersumpah laknat.

"Sekiranya beliau masih lagi berada dalam peringkat tidak sanggup bersumpah laknat, maka ia akan menjadi tanda tanya kepada rakyat Malaysia keseluruhannya," katanya kepada pemberita selepas menjadi ahli panel Forum 65 Tahun Umno di sini Rabu.

Beliau berkata demikian merujuk kepada sumpah laknat yang dilakukan oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan dan Datuk Shazryl Eskay Abdullah berhubung kes liwat dan video seks yang didakwa melibatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

11 comments:

sesejuk mata memandang said...

Motif sebenar menangkat supmpah bukan lah mencari siapa benar siapa salah siapa buat siapa tak buat tetapi jika hukum bersumpah tidak sah sekali pun yang penting keberanian mengangkat sumpah tersebut adalah kunci penyelesaian kepad masaalah Anuawar Berahim sebenarnya.

Kalau benar, sumpah SI Eskay, Tans Sri Rahim dan dato Shuib tu tidak sah mengikut hukum dan pandangan Sianuar.. berani kah Si Anuar menepis tuduhan berkenaan dengan turut bersumpah. Itu sahaja yang kita mahukan.

Ingat mas kecil dulu kita pun selalu angkat sumpah , tak buat, tak buat ..sumpah.. walaupun kita lakukan perkara salah tetapi tetap bersumpah keran takut kena rotan dengan bapa.

jadi dalam kes Si Anuwar lebih kurang sama lah..

Kepada Anuar .. mana semangat juang kamu.. angkat saja sumpah sebab kamu sendiri cakap kalau kaki betina kakai arak macam macam kaki lagi.. angkat sumpah sebab tentu nya Allah tak akan memberi balas kerana dah tahu sumpah tak sah dan kita lihat lah berani ke tidak Anuawar bersumpah.!!!

Anonymous said...

saya tak setuju dengan sumpah laknat yang dilakukan oleh Saiful dan Shazryl mengenai kes liwat dan video seks Anwar. saya rasa tindakan mereka memberitahu hal yang sebenar sudah cukup dan yang selebihnya itu adalah antara Anwar dengan Yang Maha Kuasa. Jika memang kes tersebut ada kebenaran, Anwar lebih baik bertaubat dan minta pengampunan.

Anonymous said...

tapi jika ini adalah permainan politik semata-mata, ia memang tak sepatutnya berlaku. biarlah politik yang diamalkan di negara Malaysia yang tercinta ini bersih dan adil. saya rasakan semua rakyat Malaysia masih belum puas untuk menikmati kedamaian dan keharmonian yang dikecapi.

Anonymous said...

biarlah pihak berkuasa menyiasat dan menyelesaikan kes ini.

Unknown said...

Anwar memang perlu melakukan bagi membersihkan diri.

Anonymous said...

bersumpah atau tidak, Allah tahu siapa yang benar.

Mohd Ishak said...

Tak perlulah sumpah laknat.

Paquin said...

Entah apa sudah jadi sekarang ni. Sampai main sumpah2 pula. huhu

Paquin said...

Tak pa lah.. Saya percaya Tuhan tahu apa sebenarnya yang berlaku.

Anonymous said...

tidak perlu ada sumpah laknat jika Anwar mahu berkerjasama mendedahkan kebenaran terhadap tuduhan yang dilemparkan kepada beliau. jika kesalahan yang kita lakukan boleh digugurkan hanya dengan melakukan penafian ringkas, pasti lebih banyak lagi jenayah akan berlaku di negara ini..

Anonymous said...

kenyataan dan tindakan Anwar banyak menimbulkan keraguan. kenapa tidak serah DNA? kenapa tidak tunjukkan Jam tangan? cukupkah sekadar menafikan kononnya orang dalam video itu buncit maka kita percaya bahawa orang itu bukan Anwar? kalau ikutkan undang2 di negara lain, Anwar sudah lama ditahan.. tapi di Malaysia Anwar masih boleh kehulu kehilir menyebarkan agenda politik beliau..

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels