10 May 2011

Waah: Selepas lebih 50 tahun-baru tahu negara tiada agama rasmi

KUALA LUMPUR, 10 Mei — Perlembagaan Persekutuan tidak pernah menggariskan bahawa Islam adalah “agama rasmi” negara, kata peguam Syahredzan Johan ketika kontroversi tercetus ekoran laporan Utusan Malaysia Sabtu lalu bahawa pengikut Kristian mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi.

Akhbar milik Umno itu dan beberapa kumpulan Melayu-Muslim termasuk pemimpin-pemimpin Umno sendiri menekankan pandangan bahawa undang-undang tertinggi negara mengisytiharkan Islam sebagai agama “rasmi” dan hanya Muslim boleh menjadi perdana menteri.

Syahredzan, ketua jawatankuasa perlembagaan Majlis Peguam berkata, tafsiran undang-undang oleh Utusan Malaysia adalah salah dan mengingatkan bahawa langkah akhbar harian itu sebagai “tanggapan salah yang bahaya”, yang boleh membawa negara ke arah rusuhan agama dan sosial.

“Dari segi Perlembagaan Persekutuan, hanya ada satu agama bagi persekutuan, tetapi bukan rasmi atau tidak rasmi.

“Perlembagaan sangat jelas dalam hal ini. Islam bukan agama rasmi,” kata beliau kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi semalam.

Beliau merujuk kepada Artikel 3 yang menyebut bahawa “agama Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai Persekutuan di mana-mana bahagian Persekutuan” dan menekankan bahawa perkataan “rasmi” tidak pernah disebutkan di mana-mana bahagian.

Syahredzan berkata, seksyen dalam Perlembagaan mesti ditafsir bersama Artikel 11, di mana setiap orang ada hak untuk mengamalkan agama masing-masing dan tertakluk kepada Klausa (4) yang mana berkaitan dengan Islam - untuk menyebarluaskannya.

“Kita kena faham terminologi yang betul untuk digunakan apabila kita bercakap apa sahaja berkaitan dengan Perlembagaan Persekutuan,” kata beliau.

Beliau menambah, “setiap orang, daripada kalangan menteri sehinggalah NGO, malah sehingga blogger mengatakan macam-macam, yang menunjukkan mereka tidak tahu apa yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.”

Katanya, dengan memasukkan perkataan-perkataan ke atas Perlembagaan, blogger, menteri dan surat khabar membaca perkara-perkara yang tiada dan meminda undang-undang.

“Dan, ia bercanggah dengan Perlembagaan,” kata peguam itu.

Syahredzan berkata, rakyat biasa boleh dimaafkan kerana tidak biasa dengan undang-undang, tetapi menteri dan peguam-peguam tidak boleh dimaafkan kerana ia bukan sahaja tugas mereka, tetapi tanggungjawab mereka.

Syahredzan berkata, beliau membangkitkan perkara ini sebab tiada pihak yang berbuat demikian.

“Ia perkara yang sangat bahaya dan ia dipermainkan dan disebabkan itu, ia menjadi lebih daripada isu perlembagaan semata-mata, ia menjadi momok... ia menjadi isu agama dan isu sosial dan isu politik dan satu masalah.

“(Perlu ada) seseorang bangun dan mengatakan mengenai perkara ini,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Dengan melihat kepada badan-badan pelobi Melayu sayap kanan yang tidak gembira dengan isu semasa ini, Syahredzan menambah, beliau tidak pasti sama kempen mereka adalah sesuatu yang akibat terdesak atau dijalankan disebabkan kedangkalan mereka.

Oleh itu kata Syahredzan, Putrajaya mesti menerajui usaha untuk membetulkan salah tanggapan ini bagi mengelakkan malapetaka.

“Sesuatu perlu dilakukan, kerajaan mesti menyatakan dengan jelas apa yang ada dan apa yang tiada dalam Perlembagaan,” katanya.

15 comments:

Anonymous said...

perkara ini sepatutnya tidak perlu ditimbulkan memandangkan sepanjang negara telah mengecapi kemerdekaan lebih 50 tahun, negara dalam keadaan yang aman dan harmoni. rakyat harus terus memupuk semangat perpaduan dan pihak-pihak tertentu haruslah tidak menimbulkan isu-isu sensitif yang boleh memecah belahkan rakyat.

Anonymous said...

mana-mana pihak pun tidak wajar memainkan sebarang isu sensetif bagi mengekalkan keharmonian di negara kita.

Anonymous said...

adakah isu agama rasmi ini juga dipolitikkan oleh pihak-pihak tertentu untuk kepentingan mereka?

Anonymous said...

hal berkaitan Agama tak perlu kita nak bangkit dan perbesarkan lagi.

Unknown said...

Tapi seluruh dunia tahu negara Malaysia adalah antara negara Islam. Apa pun Malaysia tetap dengan negara yang mempunyai pelbagai agama.

Mohd Ishak said...

Selama ini kita diberitahu bahawa agama rasmi adalah agama Islam. Tapi ini tidak termasuk dalam Perlembangan persekutuan.

Mohd Ishak said...

Sebaiknya jangan membesarkan masalah agama, setiap orang berhak memeluk agama masing-masing. Kita sepatutnya boleh hidup harmoni antara satu sama yang lain.

mike said...

ternyata isu ini sengaja ditimbulkan oleh pihak2 tertentu..

mike said...

najib telah pun berjumpa dengan pemimpin agama kristian..isu ini telah pun dibincangkan..

mike said...

siasatan masih dijalankan oleh pihak polis.

mike said...

isu2 seperti agama tidak harus dipolitikkan kerana akan mengundang masalah..diharap semua pihak mentaati prinsip Rukunegara yang menjadi teras perpaduan rakyat malaysia.

Paquin said...

Sudah2 lah dengan isu agama ni. Jangan dipanjangkan lagi, nanti tak pula pandai selesai. huhu

Paquin said...

Semoga hal ini dinilai dengan baik oleh rakyat dan jangan sampai kita bermusuhan hanya kerana isu ini.

Anonymous said...

untuk menafsir apa jua tafsiran berkenaan dengan undang2 bukan dengan semudah mencari perkataan yang anda mahu lihat. memanglah dalam perlembagaan persekutuan, tidak dinyatakan perkataan 'rasmi' namun rakyat harus melihat artikel 3 tersebut dengan teliti. ianya harus ditafsirkan dengan melihat kepada konteks keseluruhan ayat tersebut. jika kita lihat, artikel 3 menjelaskan kepada semua rakyat bahawa agama rasmi adalah islam kerana itulah adanya tambahan ayat "tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai.."

Anonymous said...

bagi saya bukan perlembagaan persekutuan yang salah, tetapi tafsiran peguam ini yang salah. kalau tulis surat guna letterhead pejabat, maka dengan rasminya surat itu adalah surat rasmi. tidak perlu bagitahu "ini adalah surat rasmi"..

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels