20 June 2011

Swing votes 5% undi kaum cina kepada Pembangkang kerajaan BN dalam bahaya

Melihat kepada undi popular keputusan PRU-12 (PRU 2008); BN mendapat 51.2%. Melalui undi popular itu, BN mendapat 140 kerusi parlimen dan mengekalkan kerajaan BN, walaupun tiada kuasa 2/3 daripada jumlah 222 kerusi keseluruhan.

Daripada jumlah kerusi parlimen yang diperolehi BN- Sabah dan Sarawak menyumbang 54 kerusi (Sabah 24 dan Sarawak 30), sementara di Semenanjung BN hanya mendapat 86 kerusi( UMNO-66; MCA 15, MIC 3 dan Gerakan 2).

Melihat kepada keputusan PRN Sarawak yang baru berlalu, dimana BN menang hanya 55 kerusi dengan undi popular 53.9%, maka jika undi itu diterjemahkan kepada undi parlimen hanya mewakli 19 kerusi.Jika ini berlaku, maka BN sarawak kehilangan 10 kerusi berbanding apa yang diperolehi pada tahun 2008.

Sementara itu, Di Sabah pula dikatakan bahawa trend pengundian Sarawak akan berlaku di negeri di bahawa bayu itu, dan diperkirakan sekurang-kurangnya 6 kerusi parlimen akan jatuh ke tangan Pembangkang. Kawasan yang diperkirakan akan jatuh adalah Penampang, Sepanggar, Tawau, Tuaran, Pensiangan dan Putatan; selain Kota Kinabalu. Apabila itu berlaku, maka Bn hanya mendapat 18 kerusi daripada 25 kerusi parlimen.

Jika di Semenanjung, MCA, MIC dan Gerakan gagal mempertahankan kerusi yang dimenangi pada PRU-12, yakni 20 kerusi, dan andaikan UMNO mempertahankan kerusi 66 yang dimenanginya pada 2008, maka jumlah keseluruhan kerusi Bn: Sarawak-19, Sabah-18, Semenanjung-66= 103 kerusi dan selebihnya adalah milik pembangkang=119 kerusi. jika ini berlaku, maka pembangkang akan menubuhkan kerajaan Persekutuan dengan majoriti mudah.

Selepas PRU-13 kita akan menyaksikan, bahawa untuk pertama kalinya kaum melayu dan bumiputera akan menjadi pembangkang. Walaupun PAS mungkin mempertahankan jumlah kerusi parlimennya (24 kerusi), namun parti itu hanya menjadi pelengkap kepada kerusi DAP dan PKR. Pada masa itu juga kita menyaksikan, bahawa jumlah ahli parlimen daripada kaum cina mengatasi dalam Pembangkang mengatasi jumlah kerusi yang dimilki kaum melayu dan bumiputera.

Walaupun Anwar akan dilantik sebagai Perdana Menteri-akan tetapi keadaan di Negeri Perak akan berlaku, apabila Nizar Jamaluddin dilantik sebagai MB- pemimpin DAP seperti Ngo dan Ngah yang berkuasa. Demikian juga nanti, apabila Anwar menjadi Perdana Menteri, yang berkuasa adalah Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Karpal Singh; apatah lagi, kedudukan Lim Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri Pertama.

Analis blogger sekali ketok dengan tajuk: PRU13: Dari mana BN Dapat Kerusi? ada lojiknya. Disini

13 comments:

Wanredone said...

TAHNIAH KEPADA DAP, PKR & PAS KERANA BERJAYA MEMBENTUK KERAJAAN BARU MALAYSIA SELEPAS PRU 13 NANTI!

KALAU SUDAH DAPAT KUASA NANTI, SAYA BERHARAP KERAJAAN PR DIBAWAH PIMPINAN DAP DAPAT MENUNAIKAN JANJI JANJI P/RAYA MEREKA, TERUTAMA SEKALI HARGA MINYAK & BARANG KEPERLUAN HARIAN RAKYAT MALAYSIA!

KALAU DAPAT KERAJAAN PAKATAN DAPAT TUBUHKAN SEBUAH NEGERI DALAM MALAYSIA INI SEBAGAI NEGERI DIBAWAH NAUNGAN KAUM INDIA ATAU INDIANS MAJORITY STATE. INI DAPAT DI LAKSANAKAN JIKA KERAJAAN PAKATAN DAPAT MEMINDAHKAN SEMUA PENDUDUK KAUM INDIA DARI SELURUH MALAYA KE SARAWAK DAN SABAH, MANAKALA SEMUA PENDUDUK SARAWAK & SABAH, TIDAK TERMASUK KAUM INDIA SARAWAK & SABAH, BERPINDAH KE MALAYA. RATIONALNYA, JUMLAH PENDUDUK BUMIPUTERA SARAWAK & SABAH, KURANG LEBIHNYA JUMLAH KAUM INDIA DI SELURUH MALAYA. JIKA INI DAPAT KERAJAAN PAKATAN LAKSANAKAN, AKAN TERBENTUK LAH SEBUAH NEGERI BARU YANG DAPAT DI NAUNGI OLEH KAUM INDIA (SEPERTI SINGAPORE & PENANG - KEPADA KAUM CINA). DI SARAWAK & SABAH INI NANTI AKAN ADA GOBENOR DARI KAUM INDIA, DAN JAWATAN JAWATAN DALAM KERAJAAN NEGERI AKAN DI PEGANG 100% OLEH KAUM INDIA. BEGITU JUGA HAL EKONOMI NEGERI, AKAN DIMONOPOLI OLEH KAUM INDIA 100%. JADI TERBENTUKLAH SEBUAH NEGERI BIGGER INDIA DALAM NEGARA MALAYSIA.

DI MALAYA PULA TIDAK TERDAPAT LAGI KAUM INDIA DAN KAUM BUMIPUTERA SARAWAK & SABAH AKAN MENGAMBIL TEMPAT YANG DIKOSONGKAN OLEH KAUM INDIA. KALAU INI TERJADI, ISYA ALLAH, PUAS HATILAH ORANG INDIA SEPERTI KARPAL SINGH ATAU AMBABIGIA & YANG SETARAF DENGAN MEREKA!

Mohd Ishak said...

Bergantunglah sama ada BN masih berdaya mengekalkan undian rakyat Cina.

Velove said...

Hal ini hanya berlaku di semenanjung saja.

shiro said...

BN perlu berusaha lagi untuk mendapatkan sokongan rakyat terutama kaum cina.

azman said...

masing-masing ada pandangan mereka sendiri. tapi itu semuanya bergantung kepada rakyat sendiri. rakyat sentiasa menilai dan memerhati. jika BN menunjukkan prestasi yang baik, maka mereka akan mendapat sokongan rakyat.

NorthSouth said...

Jika BN hendak kekal, berusahalah menyalurkan bantuan dan kemajuan kepada rakyat. Bersikap telus dan intergriti tinggi, rakyat pun sokong.

Ezef said...

I personally think that the Chinese community is supporting BN.

Nemia said...

Everything is possible nowadays.

supra said...

ini hnya analisis sesetangah pihak sahaja. apapun, BN kena berusaha untuk mendapatkan kembali lebih ramai sokongan untuk memastikan mereka terus memerintah.

rebirth said...

selagi belum tiba waktunya, boleh la keluarkan apa2 analisis yang memihak kepada pembangkang.

Karin-nah said...

Nampaknya BN perlu merancang dengan teliti bagi memastikan kemenangan pada PRU13 ini.

Haylee said...

Everything is possible now.

leila said...

To ensure the Chinese votes, I think there are lots things to do.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels