13 July 2011

Di Semenanjung Pemimpin Pakatan bercatur untuk kuasai Putrajaya-Di Sabah berdepan dengan karenah Musa Aman

Bezanya antara Sabah dan Semenanjung adalah-Tanah besar itu cuma dihuni oleh tiga suku kaum-Melayu-Cina dan india, serta sedikit kaum asli dan keturunan siam. Sementara di Sabah dihuni oleh lebih 36 suku kaum, sudah tentunya 36 dialek bahasa sukuan.

Apabila suku kaum di sabah itu mencuba bercantum samada berasakan topografi, agama, ras,adat resam, maka timbullah himpunan yang disebut persatuan atau kumpulan etnik. Pendek kata, muncullah kumpulan KDM, USBO dan sebagainya.

Walaupun berbagai etnik itu berkumpul, mengikuti rasmi penyapu lidi, namun hanya pada tahun 1985-1994, kuasa kumpulan etnik berjaya menjadi kerajaan di Sabah, selain itu jika adapun dari kumpulan itu dilantik sebagai Ketua kerajaan, hanya kerana ikshan.

Akibat ketidak upayan kumpulan etnik bersatu untuk mengekalkan kuasa, maka Sabah senantisa berketua kerjaan bukan daripada etnik yang dianggap besar, melainkan berketuakan "saudara" daripada kumpulan monoriti. Malah kumpulan minoritilah yang mencorak perjalan pengurusan negeri, baik daripada segi pengurusan tanah, pengurusan ekonomi mahupun pengurusan kewangan.

Tahun 2008, rakyat daripada kumpulan majoriti menyaksikan para pemimpin daripada kumpulan itu diketepikan sebagai calon, tujuannya agar para pemimpin itu tidak boleh lagi menjadi sadaran suku kaumnya.

Meminjam kata-kata sekali ketuk, 7 daerah yang berteraskan penduduk bajau-tidak berpegawai daerah daripada suku itu. Bukan itu sahaja, tiadapun pegawai daerah yang dilantik bagi 18 daerah lain.

Kesilapan daripada suku tersebut, adalah sikap pentingkan diri sendiri-mabuk kepada jawatan "ketua" sehinggakan timbul persaingan dalaman, yang membuatkan kumpulan itu menjadi rapuh. Kaum minoriti melihat ini, mempergunakan peluang itu, untuk menguasai kumpulan itu. Nyata, keadaan ini berbicara di negeri Sabah sekarang ini.Justeru, dalam kekalutan itu, 13 suku-suku bumiputera baru-baru ini melantik Musa Aman sebagai Pengerusi gabungan persatuan-perasatuan yang mewakil 13 suku itu.

Sementara di Semenanjung para pemimpinnya bercatur untuk mengusai putrajaya, Sabah masih bercatur untuk berdepan dengan Musa Aman.

13 comments:

Lucas said...

Kalau saya tak kisah la...kerana politik yg bersandarkan ras serta agama adalah politik masa lampau...

Memang sesuai sangat la Musa Aman yg pegang jawatan tu, kerana dia adalah Ketua Menteri & dikenali ramai...satu lagi kelebihan Musa adalah beliu boleh menjadi seorang yg neutral, tidak terlalu melebih2kan suatu kaum atau etnik....

Anonymous said...

Pakatan juga wanted to use Sabah as their strategy to win in Putrajaya. They are not sincere in helping Sabahans. They can't even appoint a decent PKR Sabah leader!

Anonymous said...

harap rakyat tidak menjadi mangsa yang tersepit di tengah2 disebabkan masalah2 seperti ini.

Judas said...

Kalau bukan Musa Aman, siapa lagi yang layak jadi KM sekarang ini? Bukan senang2 mahu jadi KM. Satu Sabah ini mahu dijaga.

Judas said...

Mahu harap PKR? Itu pun belum tentu boleh memerintah dengan adil. Agenda utama mahu julangkan Anwar saja.

azman said...

siapa pun yang memegang jawatan tidak penting. yang penting layak dan berkebolehan dan dapat memajukan Sabah.

Jason said...

Whatever it is, its the people choice to choose.

Jason said...

At least Musa is way better than the previous CM. Under Mus, many changes in Sabah can be seen.

mantra said...

Musa adalah KM yang tidak mewakili mana2 kaum. oleh itu, dia boleh bersikap neutral dan adil dalam menjalankan pemerintahannya.

mike said...

"Malah kumpulan minoritilah yang mencorak perjalan pengurusan negeri, baik daripada segi pengurusan tanah, pengurusan ekonomi mahupun pengurusan kewangan."

kumpulan minoriti (pemimpin) jugalah yang menjadi pengkhianat dengan memberikan labuan kepada persekutuan, bawa masuk PATI dll..pendek kata, pemimpin kumpulan minoriti (yg berkenaan shja) hanya pentingkan diri dan merosakkan sabah.

mike said...

tunggu dan lihat pada PRU akan datang.

Unknown said...

Di Sabah semua kaum adalah seperti kawan, saudara dan keluarga. Jadi tidak perlulah risau dengan orang Sabah. Cuma mereka ini terpisah disebabkan oleh hasutan politik pembangkang.

Anonymous said...

jika semua kaum di Sabah bersatu padu, masalah majoriti dan minoriti atau masalah menguasai atau dikuasai tidak akan timbul.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels