13 July 2011

UPKO parti Tan Sri Bernard Dompok akan keluar BN?

ROTOGDAILY.COM melaporkan bahawa sumber yang boleh dipercayai dan ada hubungan dengan UPKO parti Komponen BN Sabah pimpinan Tan Sri Bernard Giluk Dompok akan keluar BN dalam masa terdekat.

Pengumuman UPKO keluar BN mungkin akan dibuat sewaktu pemimpin tertinggi negara masih berada  di London.

Menurut sumber itu lagi sepertimana dipetik portal berita itu, dalam mesyuarat kabinet yang berlangsung hari ini, presiden UPKO yang juga menteri telah bangun dan menyatakan rasa tidak puas hatinya dalam beberapa isu di negeri Sabah. Bagaimanapun sumber itu tidak memberi maklumat sebenar tindakan yang dilakukan oleh Dompok dalam mesyuarat kabinet hari ini.

Keadaan ini pada awalnya telah diramalkan akan berlaku berdasarkan analisis politik yang dinyatakan oleh Musli Oli dalam Blognya http://muslioli.blogspot.com/. Menurut Musli Oli, UPKO merupakan senior partner BN kurang berpuas hati berikutan layanan istimewa yang diberikan kepada parti PBS oleh kepimpinan UMNO.

PBS yang menyertai semula BN pada januari 2002 telah mendapat dua jawatan Timbalan Ketua Menteri bagi kuota bumiputera bukan Islam dan kuota Cina. UPKO juga pernah menyuarakan rasa tidak puas hati berhubung isu paip gas asli yang disalurkan ke wilayah di Sarawak . UPKO meneruskan agenda politik KDM yang hanya boleh direalisasikan jika keluar BN.

Kenapa kepimpinan BN tidak mengambil berat luahan dan rasa kurang senang UPKO walhal kerana sokongan padu UPKO menyebabkan kelangsungan politik BN di Sabah.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels