23 August 2011

Penduduk Kg Rampayan Ulu boikot majlis berbuka puasa MP Kota Belud

Sepatutnya malam ini ada acara berbuka puasa wakil rakyat Kota Belud Datuk Rahman Dahalan(gambar) di Kg Rampayan Ulu, Kota Belud. Namun, dikerana majlis itu dboikot oleh penduduk kampung, maka dengan sendirinya majlis tersebut terbatal.

Kg Rampayan Ulu, adalah sebuah kampung yang termasuk dalam kawasan parlimen Kota Belud yang kini diwakili oleh Rahman daripada Umno/Bn.

Kedudukan wakil rakyat ini, menjadi kontraversi sejak tahun 2010, apabila sebuah syarikat RM2, telah memohon tanah kampung seluas lebih 800 ekar yang terletak di kampung tersebut, dimana syarikat tersebut dikhabarkan ada kaitan dengan wakil rakyat itu.

1 comment:

ROJOKOBOG said...

Salam One Kota Belud..
Kalau betul majlis berbuka puasa tersebut telah diboikot oleh penduduk kg Rampayan Ulu bermakna mereka telah lupa dan mungkin tidak sedar bahawa amalan di bulan yang mulia ini akan dimakbulkan oleh Allah di segenap keikhlasan hati kita ketika menghadiri majlis amal di bulan Ramadan Al- Mubaraq ini..
Janganlah tahap pemikiran kita berada ditokok yang lama, belum ada bukti sahih yang mengatakan bahawa Ahli Parlimen Kota Belud terbabit dalam kes tanah di Kg Rampayan Ulu, niat suci beliau kita tidak ketahui untuk kebaikan anak cucu kita di masa akan datang, bermusawarah lah dgn pemimpin peringkat kampung bagi merungkai persoalan tanah tersebut, dimana silapnya dan cari jalan penyelesaian yang terbaik, bukannya mengikut kata hati, jangan terpengaruh dengan kata-kata orang yang tidak bertanggungjawap, mereka mungkin menabur fitnah yang belum tentu kebenarannya..Wallahwalbisawwabab.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels