13 September 2011

Kerajaan BN Sabah telahpun melakar sejarahnya sendiri

Sejak Sabah menyertai Sarawak, Singapura dan Malaya membentuk persekutuan pada 16 September, 1963; belum pernah ada parti yang pernah memerintah negeri di bawah bayu itu melebihi 10 tahun.

Di awal kemerdekaan, Tun Mustapha Datu Harun hanya mampu bertahan sehingga tahun 1975 (bermula daripada tahun 1967), sementara Parti yang menumbangkan Parti USNO, Berjaya hanya bertahan sehingga pertengahan tahun 1985. Demikian juga, Parti PBS yang ditubuhkan menjelang PRU Sabah tahun 1985, hanya berjaya bertahan sehingga tahun 1994.

Namun Parti Barisan Nasional yang ditunjangi Umno yang mula membentuk kerajaan pada pertengahan tahun 1994, masih bertahan sehingga kini. Pemerintahan BN/UMno Sabah juga telah menghasilkan ramai Ketua-Ketua Menteri, kerana sistem penggiliran yang diilhamkan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir mejelang PRU-1994.

Kerajaan BN yang ditubuhan di Sabah, selain menghasilkan tempoh jawatan Ketua Menteri terpendek, juga menghasilkan tempoh jawatan Ketua Menteri terlama.

Penyandang jawatan terpendek adalah Tun Sakaran Dandai dan yang terlama Ketua Menteri Sabah sekarang ini, DSP Musa Haji Aman.

Musa dilantik ke jawatan Ketua Menteri Sabah pada Mac,2003 dalam sistem penggiliran Ketua Menteri daripada Tan Sri Chong Kah Kiat, mantan Presiden LDP.

Selain itu, Musa juga mengetuai PRU11 dan 12 bagi Sabah dan menunjukkan kemenangan yang sungguh mengkagumkan. Pada PRU11- BN Sabah hanya kalah satu ADUN dan satu Parlimen, demikian juga pada PRU12; keadaan yang sama berulang, walaupun bukan pada kawasan yang sama.

Baru-baru ini, polemik had tempoh jawatan Ketua Menteri disuarakan oleh Pengerusi UBF-Dr Jeffery Kitingan dan mendapat sokongan daripada Timbalan Presiden LDP.

Namun, cadangan tersebut tidak mendapat sambutan daripada Ketua Menteri Sabah yang ada.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Sabah yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri, DSP Salleh Tun Said, juga tidak bersetuju dengan cadangan Jeffery tersebut.
Salleh berkata, selagi rakyat memberi sokongan kepada seorang pemimpin yang menerajui negeri, maka selagi itu, pemimpin itu layak memeggang jawatan Ketua Menteri.

Bagi Sabah, had tempoh jawatan Ketua Menteri bukan merupakan isu lagi, kerana selagi BN/Umno menang dalam PRU, maka sesiapa yang dilantik ke jawatan Pegerusi BN/Umno negeri, maka pemimpin itu lah akan dilantik sebagai Ketua Menteri.

Lain perkara pula, apabila rakyat telah muak dan bosan dengan Ketua Menteri yang dilantik itu. Perkara ini boleh berlaku. Sebagai contoh, di Terengganu pada tahun 1999, apabila Tan Sri Mohktar enggan menerima hakikat, bahawa kepimpinannya tidak diterima lagi oleh sebahagian rakyat Terengganu, termasuk partinya sendiri-Umno.

Sebelum PRU-1999, ramai yang telah menzahirkan kebosanan dan meluat terhadap kepimpinan mantan MB Terengganu tersebut, atas sebab itu, beliau diminta berundur sebelum Pilihanraya. Namun, atas keengganannya, maka Terengganu jatuh ke tangan Pas.

Apa kah senario Terengganu itu berlaku di Sabah? Melihat kepada suara-suara akar umbi dan sebahagian pemimpin parti komponen, walaupun tidak begitu nyaring, rasa-rasanya senario Terengganu akan berlaku di Sabah.

Politik Sabah, agak sukar diramal. Kita menyaksinya pada tahun 1985, tiada yang dapat menyangka, parti BERJAYA yang begitu kuat pada ketika itu, dengan mudah tersungkur.

OKB melihat, sokongan akar umbi terhadap kerajaan sekarang bersifat "bubble", ertinya sokongan di luaran sahaja. Apabila tiba masanya, ada kemungkinan besar, bukan sahaja tukar baju berlaku, akan tetapi tukar rumah sekali.

Sebelum kerajaan yang ada tersungkur, eloklah, para pemimpin melakukan muhasabah, jangan biarkan kampung tergadai asalkan menang sorak.

1 comment:

Malaysian News today said...

Dear tuan, saya mengaitkan laman web anda.Saya berharap anda tidak keberatan untuk menghubungkan saya kembali.
ini laman web sayahttp://malaysiannewstoday.blogspot.com/

Malysiannewstoday: Terima kasih..

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels