27 September 2011

Raymond Tan pula persoal kerusi Umno Dun Sabah

Entah betul atau tidak, apabila Naib Presiden Gerakan (mantan Timbalan Presiden SAPP) Datuk Raymond Tan mendakwa bahawa mantan Presiden UMNO- Tun Dr Mahathir ada membuat pengakuan, bahawa Umno tidak akan bertanding lebih 50% kursi DUN Sabah.

Umno kini menguasai 31 ADUN daripada 32 majoriti bumiputera islam Sabah, dan jumlah itu merupakan 51.67% daripada keseluruhan DUN (60) yang tersedia di Sabah.

Sebelum DUN Sabah ditambah daripada 48 kepada 60, kedudukkan kerusi berasaskan etnik terbesar adalah 20 ADUN Bumiputera Islam, 20 ADUN Bumiputera bukan islam dan 8 ADUN etnik cina.

Apabila, jumlah kerusi bertambah kepada 60, jumlah kawasan yang majoriti bumiputera islam meningkat kepada 32, bumiputera bukan islam tetap 20 dan kaum cina 8.

Walaupun kawasan bumiputera islam berjumlah 32, tetapi Umno yang mewakili kumpulan itu hanya bertanding 31 kerusi. Kawasan yang sepatutnya ditandingi Umno- DUN Tanjong Kapor, Kudat diberikan kepada parti komponen LDP.

Memang tidak boleh dinafikan, Umno Sabah juga mempunyai ahli-ahli bumiputra bukan islam. Jika mengikut jumlah ahli terbanyak, syogianya Umno dibenar bertanding di kawasan-kawasan majoriti bumiputera bukan islam seperti Moyog, Inanam atau Kedamaian.

Oleh kerana bumiputera bukan islam diwakili oleh PBS dan Upko, maka demi perpaduan dalam BN, maka Umno tidak bertanding bagi kawasan-kawasan itu. Sebagai fakta, di DUN Kedamaian, jumlah ahli Umno jauh melebihi ahli-ahli PBS, namun kawasan tersebut terus diwakili oleh PBS.

Jumlah kerusi yang dipertandingkan akan terus menjadi persoalan dalaman bagi komponen-komponen parti di Sabah, kerana demi pengukuhan kuasa, terutama dalam perlantikan kabinet negeri serta jawatan Timbalan Ketua Menteri.

Jika sistem pengiliran jawatan Ketua Menteri tidak dimansuhkan, sudah tentunya pengagihan kerusi tidak akan menjadi persoalan utama.

Sebelum ini, salah satu komponen parti BN-LDP telah menyuarakan, bahawa semua kerusi yang ditandingi parti itu pada PRU-12 akan dipertahankan termasuk, kawasan DUN Karamunting yang kini dibawah oleh Peter Phang ke parti Gerakan, kerana meninggalkan LDP, ekoran kontroversi antara Timbalan Presiden LDP dan Datuk Musa Aman.

Selain itu, LDP juga membuat cadangan agar semua kerusi yang ditandingi SAPP diberikan kepada parti itu atas asas-LDP merupakan parti tertua dalam BN Sabah.

Disamping itu, LDP mendakwa bahawa parti Gerakan adalah parti yang telah ditolak di Semenanjung, dan akan menerima akbiat yang sama jika bertanding di Sabah. Oleh sebab itu, demi memelihara kecemerlangan BN dalam PRU-13 akan datang, maka syogianya, parti-parti yang disokong rakyat perlu diketengahkan.

Sebagai rekod, Gerakan tidak pernah bertanding di sebarang pilihanraya di Sabah.

Pada PRU-12, Umno, LDP, UPKO dan MCA menang 100 peratus, sementara PBS kalah masing-masing satu bagi kerusi parlimen dan DUN, kepada DAP.

Bagi OKB, kemenangan seseorang calon berasaskan kepada parti yang dinaunginya, jikapun ada faktor individu, ianya tidak berimpak besar.

Pada PRU-13, jangan bermain cuba-cuba, kerana akan buruk akibatnya. Fikir-fikirkan lah.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels