10 September 2011

Selepas PRU-13 apakah ada gabungan politik untuk membentuk kerajaan BARU?

Melihat senario politik tanah air, nampaknya hanya kaum cina yang akan bersatu dalam memilih parti yang bakal mewakili kaum itu baik dewan rakyat ataupun dewan undangan negeri.Sebaliknya kaum melayu/bumiputera akan terbahagi tiga antara Umno, Pas dan PKR.

Melihat keputusan PRU-12 di mana Umno mendapat 79 kerusi(termasuk 14 daripada Sabah, Pas 24, manakala PKR 31 (sebahagian wakil rakyat PKR daripada kaum cina dan india,dan hanya 20 daripada kaum melayu, ini bermakna jumlah kerusi yang boleh dimenangi kaum melayu adalah 79+24+20= 123 kerusi dewan rakyat. Jumlah itu belum termasuk kerusi-kerusi parti-parti bumiputera daripada Sabah dan Sarawak.

Melihat kepada permainan angka-angka tersebut, nampaknya jika melayu bergabung, maka dengan mudah boleh membentuk kerajaan persekutuan yang sangat mantap apabila disokong oleh parti-parti bumiputera Sabah dan Sarawak.

Namun, berasaskan kepada keadaan politik sekarang, senario di atas sukar untuk terwujud, memandangkan pucuk pimpinan parti-parti melayu mempunyai ego masing-masing, yang sukar diluputkan hingga ke liang lahad. Bagi mereka, biarkan kampung tergadai, jangan tidak menang sorak.

Selepas PRU-13, kita akan menyaksikan bahawa jumlah kerusi DAP sebagai single parti akan bertambah daripada 28 kepada 28 +15 (semua kerusi MCA)+6 (semua kerusi SUPP)+ 2(semua kerusi Gerakan, yang akan menjadi 51 kerusi. Manakala PKR akan bertambah dari 31 kepada 34, kerana semua kerusi MIC akan dimenangi oleh parti pimpinan Anwar Ibrahim itu. Manakala Umno dan Pas akan terikat dengan 78 Kerusi dan 25 Kerusi. Jika adapun perubahan, maka kedua-dua parti itu akan bertukar-tukar jumlah kerusi. Jika jumlah kerusi Pas bertambah, dengan sendirinya kerusi Umno berkurang.

Jika dilihat kepada faktor-faktor yang melanda negara, baik senario politik, ekonomi dan persepsi, maka pada PRU-13 akan datang, Umno di Semanjung masih akan dapat mengekalkan jumlah kerusi yang dimenangi pada PRU-12, yakni 65, manakala di Sabah, negeri di bawah bayu tersebut masih mampu mempertahankan 14 kerusinya.

Manakala komponen BN seperti PBB-14, PRS-6, SPDP-4, UPKO-4, PBS-3, LDP-1 dan PBRS-1 dijangka masih dapat mempertahan kerusi yang dimenangi pada PRU-12, dan akan ada pertambahan 1 atau 2 atau sebaliknya. Jumlah kerusi yang boleh disumbangkan oleh parti-parti bumiputera Sabah dan Sarawak kepada BN adalah antara 33-34 atau 30-31. Jika dijumlahkan sumbangan Umno sebagai single parti 78 atau 79 dan parti-parti bumiputera Sabah dan Sarawak, maka jumlah keseluruhan antara 108-113 sahaja yang akan berpihak kepada BN.

Mungkin berasaskan kepada senario ini, maka blogger http://muslioli.blogspot.com/2011/09/perpaduan-melayu-selepas-pru-13.html membuat handaian mungkin akan berpaduan pemimpin melayu selepas PRU-13. Atas dasar, berasaskan angka-angka di atas, keputusan PRU-13 boleh menyebelahi BN ataupun PKR, jika berdasarkan kepada senario politik pada hari ini.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels