22 October 2011

Kenapa Kota Belud lambat membangun?

SATU pertanyaan yang kurang sopan!!! Kenapa Kota Belud lambat membangun?

KOTA BELUD, adalah paksinya politik Sabah, sejak merdeka; BAPA kemerdekaan Sabah, Tun Datu Mustpaha, sebahagian besarnya masanya diluangkan di Kota Belud; malah KOTA BELUD adalah anak sulung UMNO.

Selain daripada itu, Kota Belud juga melahirkan seorang pemimpin tempatan, Tun Said Keruak, ayahanda kepada Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah sekarang, Datuk Salleh Tun Said.

Siapa yang tidak kenal dengan dua pemimpin itu? Tun Mustapaha mempunyai rekod sebagai Ketua Menteri dan TYT, demikian juga Tun Said pernah menjadi Ketua Menteri dan TYT.

Bagi anak watan Kota Belud, anak Tun Said, Datuk Salleh meneruskan kepimpinan ayahandanya, apabila beliau mewakili Usukan. Kerjaya Salleh dalam bidang politik terserlah selepas BN yang diterajui UMNO menubuhkan kerajaan BN pada tahun 1994. Salleh adalah Ketua Menteri kedua dalam sistem penggiliran Ketua Menteri Sabah. Selepas itu, Salleh menjadi anggota kabinet negeri dengan berbagai kapasiti termasuk menteri kewangan negeri.

Berasaskan kepada keadaan itu, seharusnya Kota Belud sudah membangun, namun kenapa Kota Belud lambat membangun?

Sebelum tahun 2004, Kota Belud bagaikan pekan rimba, dengan deretan kedai-kedainya yang usang. Terima kasih, kerana deretan kedai itu terbakar dan dibangun semula berasaskan konkrit.

Kalau bukan kehadiran Sabah Kredit, deretan kedai-kedai baru, mungkin tidak akan wujud; terima kasih kepada Datuk Abdullah Sibil, kerana memudah cara pembanguan kedai-kedai baru di Pekan Kota Belud.

Demikian juga Tamu Kota Belud, sehingga penghujung tahun 2000, Tamu Terbesar itu, adalah gelanggang lembu berkeliaran, terima kasih kepada kepimpinan Tan Sri Chong Kah Kiat, Tamu Kota Belud masuk sebagai maskot pelancongan negeri. Terima kasih, kepada Wakil Rakyat Kota Belud terbaru, Datuk Rahman Dahalan,walaupun sepenggal, namun mampu mendapatkan peruntukan menaik taraf Tamu Besar,Kota Belud.

Terima kasih kepada Datuk Musbah Jamli, walaupun pernah menjadi ADUN Tempasuk dua penggal, namun pada penggal 2008-kini, impak kehadirannya sebagai wakil rakyat cukup terserlah. Pada zaman Musbahlah, lahirnya Jelapang Padi yang berkos RM1 bilion akan dibina di Kota Belud, demikian juga projek Agropilitan lahir pada tahun 2008.

Kenapa pembangunan Kota Belud Lambat bermula?

Fahaman para pemimpin terdahulu bahawa rakyat Kota Belud sukar diatur, telah terpahat di benak mereka. Satu lagi fahaman yang tersembunyi, adalah mereka dengan sengaja membiarkan penduduk Kota Belud miskin, agar mudah diperkotak katik semasa pilihanraya.

Disebabkan kedaifan, maka setiap pilihanraya, sogokan serendah RM10, membolehkan para calon itu mendapat undi. Bukan sesuatu rahsia lagi, bahawa setiap pilihanraya, kemenangan mereka bukan berasaskan kepada faktor kepimpinan, namun kerana habuan yang mereka berikan.

Walaupun, pada tahun 2008, ada sebahagian penduduk telah terbangun, bahawa perlunya suatu perubahan, namun Pengerusi Perhubungan Umno Sabah, Datuk Musa Aman, lebih dahulu membaca keadaan itu.

Datuk Musa, membuat suatu tindakan yang sangat berani, kerana menurut hemat Pengerusi Perhubungan Umno itu, jika perubahan tidak dilakukan, maka Kota Belud tidak akan bangun-bangun.

Untuk memberikan komitmen kepada perubahan itu, setiap kali Ketua Menteri itu melawat Kota Belud, beliau dengan terus terang menyokong komitmen pembangunan Jelapang Padi, Agropolitian dan pembangunan kawasan pelancongan agar supaya, penduduk Kota Belud mengecap pembangunan yang sudah terlambat itu.

2 comments:

kelapa mawar said...

Salam OKB..

Pengolahan yang baik,merangsang daya fikir dan menarik..Syabas!

Khususi said...

Generasi akan datang melihat Kota Belud tersisih dari arus pembangunan disebabkan pemerintahan BN yang begitu lama dan tidak banyak memberi perubahan kepada anak2 muda, pada hemat saya ramai yang berjuang atas tiket usno dahulu merasa terhimpit dengan janji2 kemasukan umno di Sabah, nah apa lagi sekarang ini sudah berapa tahun memerintah di Sabah dengan adanya Tan Sri Pandikar Amin yang memegang jawatan tertinggi di Dewan Parlimen berasal dari Kota Belud begitu juga Dun Negeri Sabah Datuk Salleh Tun Said yang juga berasal dari Kota Belud, rasanya Kota Belud masih lagi terpinggir dan di antara daerah yang paling mundur dan miskin.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels