18 November 2011

Bajet 2012 Sabah,Pertama kali melepasi 4 Billion Ringgit:

Bajet terbesar dalam sejarah negeri Sabah, berjumlah 4.048 Billion ringgit, dibentangkan di sidang Dewan Undangan Negeri Sabah, di Kota Kinabalu pada Jumaat 18 November 2011.

Bajet itu 31.92 peratus lebih tinggi atau melibatkan kenaikan 979.62 juta ringgit berbanding Bajet 2011 yang berjumlah 3.068 billion ringgit.

Bajet itu dibentangkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman (gambar atas)

“Terbesar dalam sejarah negeri Sabah, bukti komitmen kita utk terus memberikan yg terbaik kpd rakyat negeri Sabah, jadi bajet ini untuk semua lapisan rakyat, dengan mengambil kira keperluan dan kesejahteraan rakyat di seluruh negeri Sabah” katanya kepada media sejurus selesai pembentangan bajet itu.

Bajet itu bertema “melonjakkan kesejahteraan dan kemakmuran negeri”.

Dalam pembentangannya Musa berkata anggarah hasil negeri Sabah pada 2012 berjumlah 3.690 billion ringgit menerusi hasil cukai dan hasil bukan cukai.

Objektif utama bajet Sabah 2012 adalah untuk merangsang pertumbuhan ekonomi negeri dengan penekanan ke atas penambahbaikan infrastruktur asas serta kemudahan prasarana awam bagi manfaat rakyat dan pelabur.

Ia bagi mengekalkan momentum ekonomi negeri, memperkukuhkan kedudukan kewangan negeri selain menghapus kemiskinan dan mengurangkan jurang bandar dan luar bandar.

Katanya pertumbuhan ekonomi negeri Sabah ketika ini ialah 4 peratus.

Laporan ketua Audit negara pada 2010 juga menunjukkan kedudukan kewangan negeri sabah yang sihat.

Dengan rizab negeri melebihi 3 billion ringgit, hasil negeri melebihi 4 billion ringgit dan lebihan sebenar berjumlah 730 juta ringgit.

Selain tiada tunggakan bayaran ke atas pinjaman daripada kerajaan pusat.

Pada pembentangannya, Musa turut mengumumkan bonus setengah bulan gaji atau minimum 500 ringgit kepada penjawat awam negeri.

Selain tambahan 500 ribu lagi untuk peruntukan khas ahli dewan undangan negeri menerusi peruntukan sentuhan kasih.

Menjadikan peruntukan khas itu kini berjumlah 1.5 juta ringgit.Tahniah

55 comments:

Mohd Ishak said...

Harap kerajaan Sabah akan mengurus bajet ini dengan sebaik mungkin untuk membawa lebih banyak pembagunan dan mengurangkan pembaziran.

Mohd Ishak said...

Harap semua projek pembagunan akan berjalan lancar untuk kebaikan rakyat.

Shinia said...

Semoga peruntukan 2012 dilaksanakan dengan baik, jumlah peruntukan tersebut diguna dengan wajar dalam projek pembangunan yang menggalakkan pembangunan ekonomi.

Shinia said...

Kerajaan harus mengutamakan projek pembangunannya.

No name said...

Pembangunan dan peruntukan harus juga menumpu perhatian di kawasan luar bandar juga.

No name said...

harap bujet ini sampai ke tangan negeri dengan mencukupi dan semu aprojek harus dirancang dengan baik sebelum dilaksanakan.

No name said...

Semoga tiada penyelewengan berlaku. Elakkan juga rasuah.

jackie said...

Harap bajet 2012 ini akan dapat dilaksanakan mengikut apa yg dirancang...

jackie said...

Harap bajet yg di beri akan sampai ketangan penerima..jangan ada kes penyelewengan..nnti lebih banyak masalah lagi..

supra said...

bajet untuk Sabah kini lebih byk, ia mmg wajar kerana byk pembangunan perlu dilakukan di Sabh.

supra said...

bajet tersebut kean digunakan sebaiknya untuk pembangunan Sabah.

Kris Jr said...

Harap2 pelaksanaan bajet ni berjalan dengan lancar dan menepati sasaran.

Anonymous said...

Good luck the budget 2012.

Anonymous said...

Agree to Shinia, the government should prioritize their project. Some project may found not relevant.

Anonymous said...

Elekkan kebajiran terutama kegagalan projek pembangunan. Kontraktor yang gagal melaksanakan projek harus dikenakan denda dan pampasan

Anonymous said...

“Terbesar dalam sejarah negeri Sabah, bukti komitmen kita utk terus memberikan yg terbaik kpd rakyat negeri Sabah,

Great job for Musa. Hoping more development project to encourage improvement of economy and standard of living.

Anonymous said...

Objektif utama bajet Sabah 2012 adalah untuk merangsang pertumbuhan ekonomi negeri dengan penekanan ke atas penambahbaikan infrastruktur asas serta kemudahan prasarana awam bagi manfaat rakyat dan pelabur.

Projek harus memberi tumpuan kepada kawasan luar bandar juga. Sistem infra juga harus menjadi projek utama di Sabah.

mike said...

bajet 2012 sabah ini adalah bukti komitmen kerajaan negeri kepada pembangunan dan kesejahteraan rakyat sabah..

mike said...

bajet 2012 ini juga bukti kewangan sabah diurus tadbir dengan baik..ini terbukti di mana sabah diberikan penarafan tertinggi iaitu, AAA selama tiga thaun berturut-turut di bawah pentadbiran musa aman, KM sabah.

mike said...

selain itu, bajet 2012 juga membuktikan kemampuan dan pencapaian kerajaan negeri..

mike said...

diharapkan rancangan2 pembangunan dalam bajet 2012 ini dapat dilaksanakan sepenuhnya..

mike said...

pemantauan harus dilakukan untuk memastikan bajet ini benar2 sampai kepada rakyat dan tiada penyelewengan berlaku..

mike said...

tahniah kepada kerajaan negeri dan KM sabah..

mike said...

tahniah kepada kerajaan negeri dan KM sabah..

jackie said...

Bajet 2012 ini membuktikan yg kerajaan akan sentiasa membantu Sabah untuk terus membangun..

jackie said...

Bajet 2012 harap dilaksanakan dengan baik dan adil untuk kebaikan bersama..

kamilla said...

Taniah kepada kerajaan negeri dan jg Km kita atas percapaian ini..bajet yg sangat ditunggu rakyat..

lina a said...

sudah tentu rakyat Sabah akan berterima kasih dengan adanya peruntukan ini..

lina a said...

semoga apa yang dijanjikan ini, akan ditunaikan nanti

lina a said...

dan harap Sabah dapat membangun dengan pesatnya...

lina a said...

juga berharap, semoga dengan adanya peruntukan ini nanti, Sabah tidak lagi disenaraikan negeri termiskin di Malaysia

lina a said...

tetapi..harap saluran peruntukan ini dapat digunakan sepenuhnya untuk pembangunan Sabah tanpa adanya penyelewengan kuasa/rasuah...

Logop said...

This is a good news indeed.

Logop said...

With allocation given more that it used to be, Sabah will definitely be more developed .

Logop said...

May there be no delay in implementing the projects or even completing it.

onong said...

Ini bermakna kerajaan negeri memang amat prihatin terhadap rakyat.

fazlin said...

bajet yang besar ini diharap akan dapat dinikmati atau dirasai oleh semua golongan rakyat Sabah.

fazlin said...

ini juga diharap akan mampu menjadikan Sabah lebih membangun dan meningkatkan pencapaian dalam pelbagai bidang.

rebirth said...

jumlah itu mampu untuk membawa perubahan yang besar kepada negeri ini.. rancanglah baik2 dan pastikan bajet itu benar2 dapat dirasai oleh rakyat Sabah..

Smookiekins said...

Harap2 bajet 2012 ni akan lebih mesra rakyat dengan meringgankan beban2 rakyat.

Alexis said...

kawasan luar bandar perlu diberikan keutamaan. harap2 banyak perubahan yang dapat dilihat selepas ini.

Secrety said...

Wah, memang mengejutkan...ini kali telah menggunakna banyak duit.

Secrety said...
This comment has been removed by the author.
POP said...

Janganlah kita harap sangat pada bujet yang kecil ini.

Nemia said...

Allocations for mission schools and other non muslim religious bodies show the government's concern.

Wazxiran said...

Pasti ramai yang tidak menyangka dan terkejut dengan bajet 2012 yang telah dibentangkan oleh KM.

Wazxiran said...

Bajet banyak maka tumpuan untuk pembangunan pasti banyak diberikan. Harap Sabah akan terus maju dan maju.

unknown said...

Applaud.

Ezef said...

Proves the state government is there for us.

Velove said...

Ini satu pencapaian.

Paquin said...

Ini memang satu pencapaian yang baik.

Paquin said...

Taniah Musa dan teruskan usaha melakukan yang terbaik buat rakyat.

Paquin said...

Walaupun ramai yang beranggapan kurang baik terhadap bajet ini, saya tetap berterima kasih dengan apa yang telah diberikan.

Paquin said...

Paling penting bajet yang diperuntukkan harus disalurkan pada golongan yang sepatutnya dna pastikan tidak ada penyelewengan berlaku.

Paquin said...

Semoga bajet ini membuahkan hasil yang positif:)

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels