6 November 2011

Faktor Sabah dalam politik negara

KALAU bukan kerana tsunami politik pada PRU-12, Sabah masih kurang diperhatikan dalam politik nasional.

Disebabkan Sabah dan Sarawak,maka BN mampu membentuk kerajaan, walaupun tidak mendapat majoriti 2/3 di dewan rakyat.

Pada PRU-12 lalu, daripada 222 kerusi parlimen yang dipertandingkan, barisan nasional mendapat 140, dimana 54 daripadanya disumbangkan oleh Sabah dan Sarawak (Sabah-24, Sarawak-30).

Kalau tidak mengambilkira sumbangan Sabah dan Sarawak, maka BN hanya mendapat 86 kerusi, berbanading Pakatan Rakyat (DAP-PAS-PKR) 82. Keadaan ini sebenarnya sungguh rentan bagi BN, sekiranya berlaku lompat parti.

Selepas PRU-12, walaupun Sarawak menyumbang 30 kerusi parlimen berbanding Sabah 24, namun, Sabah mendapat 4 menteri penuh berbanding Sarawak 2 dalam kabinet Malaysia.

Sabah Simpanan Tetap BN

Sabah yang ditunjangi oleh UMNO bersama PBS dan parti-parti lain seperti UPKO, LDP serta MCA, Gerakan dan PBRS dianggap sebagai simpanan tetap BN.

Pada PRU-12 lalu hanya Sabah mampu mempertahankan pencapaian pada PRU-11, di mana pada masa itu, bukan sahaja BN menang, akan tetapi kerusi yang dimenanginya melebih 2/3 dewan rakyat. Selain itu, melalui PRU-2004, Terengganu berjaya dirampas semula oleh BN daripada tangan PAS.

Sokongan Etnik

Walaupun ada pergolakan etnik yang berlaku di Sabah selepas PRU-11, dimana para pemimpin suku kedua terbesar, yakni BAJAU tidak diberi pernanan dalam pentadbiran negeri,kecuali TS Pandikar Amin Haji Mulia yang dilantik sebagai Pengerusi IDS-tank-tank Sabah. Pemimpin lain seperti Datuk Salleh Said, tidak dilantik pada sebarang jawatan, demikian juga Datuk Amir Kahar Tun Mustapha.

Melihat kepada keadaan ini, maka United Sabah Bajau Organisation (USBO) ditubuhkan pada 10 ogos 2006. Walaupun USBO berasaskan penubuhan adalah satu badan NGO yang bukan bersifat politik, namun para pemimpinnya menanam pemahaman di peringkat akar umbi, bahawa jika perlu organisasi itu ditukar kepada parti politik bagi tujuan membela suku Bajau yang diketepikan dalam Umno. Sebagai nota-majoriti kaum bajau adalah ahli umno, berikutan pembubaran USNO. Usno dianggotai oleh majoriti suku kaum bajau.USBO adalah rebranding daripada PSBB yang telah wujud lebih kurang 43 tahun lalu. Melalui rebanding tersebut, maka pemimpin iranun seperti Pandikar, dibolehkan sebagai ahli.

PRU-2008

Pada pilihanraya tersebut, pemimpin negeri yang diketuai Datuk Musa Aman mengambil tindakan berani dengan tidak mencalonkan BIG THREE pemimpin USBO- Datuk Salleh Tun Said, TS Pandikar dan Datuk Amir Kahar.

Ada yang melihat bahawa penguguran para pemimpin itu adalah untuk mengenepikan pengaruh USBO. Namun sangkaan itu ternyata meleset, apabila Musa memberi peranan kepada BIG THREE tersebut selepas sahaja usai pilihanraya.

TS Pandikar dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat.Perlantikan Pandikar adalah atas rekomendasi Datuk Safie Apdal(walaupun beredar khabar-khabar angin- Pandikar menepisnya) kepada Tun Abdullah Badawi, yang sudah tentunya mendapat sokongan dan persetujuan daripada Musa Aman.

Sebagai catatan, Datuk Safie pada masa itu adalah Timbalan Pengerusi perhubungan Umno negeri dan Datuk Musa adalah ketuanya.

Menjinakkan cabaran pemimpin USBO

Keputusan pemilihan Umno tahun 2008 merupakan turning point penjinakan para pemimpin Usbo. Datuk Safie Apdal di mana pada masa itu merupakan penasihat kepada USBO dan Timbalan Pengerusi Umno Negeri, menang jawatan Naib presdien Umno.

Akibat daripada pemilihan tersebut, maka berlaku perubahan jawatan dalam kepimpinan Umno Negeri. Datuk Safie ditukar ke Kedah untuk menyandang jawatan Pengerusi Umno Kedah. Melalui perubahan ini, Safie hanya menjadi Ketua Bahagian Umno Semporna, dan tidak lagi mempunyai akses bebas terhadap Umno negeri. Atas sebab itu, Safie mengsyorkan kepada Presiden Umno baru- DS Najib agar melantik Salleh sebagai Timbalan Pengerusi Umno Negeri bagi menggantikannya.Ada juga versi lain bahawa atas syor TS Pandikarlah Salleh dilantik ke jawatan itu.

Perlantikan Salleh yang pada mulanya bertujuan untuk check and balance kepimpinan Musa, akhirnya terhidu oleh Musa. Musa bertindak pantas, dengan memberi peranan yang lebih besar kepada Salleh dalam pentadbiran Kerajaan Negeri, melalui perlantikan sebagai Penasihat Sains dan Teknologi kepada Ketua Menteri Sabah yang berstatus menteri.

Salleh yang berkeadaan mengantuk disorongkan batal, sudah tentu menerima tawaran Musa itu dengan tangan terbuka, kerana pada hakekatnya penubuhan USBO adalah pendesak senyap kepada kepimpin Musa, agar mengiktiraf pemimpin USBO dengan memberi peranan dalam kepimpinan kerajaan negeri.

Selepas beberapa ketika, jawatan Salleh diupgrade ke Jawatan Speaker DUN Sabah, apabila Tun Juhar Mahiruddin dilantik sebagai TYT Sabah.

Kini lengkap sudah bahawa "bajau challange" terhadap kepimpinan Musa telah berlalu, apabila USBO dengan rasminya diterima sebagai ahli bersekutu BN, tambahan kepada sokongan Salleh secara terbuka kepada kepimpinan Musa Aman.

Salleh telah berulang-ulang pada sebarang peluang, memberi sokongan padu kepada kempinan Musa untuk meneruskan kepimpinan Ketua Menteri itu membangun Sabah. Sesuai dengan kenyataan TPM pada Majlis Penerangan Perdana bertempat di Universiti Malaysia Sabah pada 30 Oktober lalu, kepimpinan Musa wajib diteruskan.

OKB yakin melalui kepimpinan Musa, Sabah akan mengulangi kejayaannya sepertimana pada PRU-12 lalu, walaupun ada persepsi mengatakan bahawa Sabah akan kehilangan kerusi di berapa ADUN dan Parlimen yang mempunyai majoriti kaum cina.

45 comments:

Mohd Ishak said...

Sabah memang semakin menjadi tumpuan seluruh negara sekarang.

Mohd Ishak said...

Kita tunggulah dan lihat tsunami politik Sabah selepas ini.

No name said...

Sabah masih deposit untuk BN. Walaupun di PRU13 ini.

No name said...

Kalau BN Sabah enggan membuat perubahan, pasti BN akan mengalami tsunami yang tidak dijangkakan.

No name said...

Pembangunan ekonomi dan sistem pendidikan, infrastruktur harus menjadi tumpuan. Semoga semu awakil rakyat tidak melupakan tanggung jawab sebagai seorang wakil rakyat.

No name said...

Musa membawa perkembangan yang berlainan kepada Sabah jika dibandingkan KM yang lalu. Semoga beliau meneruskan usaha dan membawa Sabah ke era yang lebih memaju.

No name said...

Kalau tidak wujudnya projek IC yang dikatakan itu, rasa-rasa BN susah mengekalkan kuasa di Sabah. harap PRU13 lebih bersih dan adil.

Unknown said...

bagi BN Sabah adalah kubu kuat mereka, BN kena berusaha untuk mempertahankan sabah.

Anonymous said...

selagi keperluan Sabah dipenuhi, BN pasti akan kukuh di Sabah.

Smookiekins said...

Sama2 la kita lihat hasil PRU13 nanti. Harap2 yang terbaik untuk Sabah.

mike said...

sabah dan sarawak akan menjadi penentu siapa yang akan menjadi kerajaan malaysia pada PRU13 nanti..

mike said...

sabah bukanlah deposit tetap BN..ini kerana gelaran fixed deposit ini telah menyebabkan sebilangan wakil rakyat BN menjadi angkuh dan bongkak..mereka mengabaikan tanggungjawab mereka kepada rakyat di kawasan diwakili sehingga menimbulkan banyak isu seperti mana yang disiarkan melalui media..maka untuk mengekalkan sokongan rakyat kepada BN pada PRU 13 maka adalah perlu bagi pucuk pimpinan BN menyingkirkan mana2 wakil rakyat yang tidak disenangi oleh rakyat..

mike said...

isu2 yang membebankan rakyat sabah seperti isu tanah dan hak NCR serta PATI harus diberikan perhatian serius..kini terdengar suara2 dari pemimpin2 BN sabah yang mahukan SSD ditubuhkan untuk menyiasat projek IC di sabah..dan tuntutan ini sebenarnya adalah suara rakyat tempatan/tulen sabah..jika suara rakyat ini tidak diendahkan oleh najib, maka kemungkinan besar rakyat sabah akan lompat parti dan tentunya BN mungkin akan kalah pada PRu akan datang..

mike said...

bagi pimpinan kerajaan negeri sabah, tidak dinafikan sabah di bawah pentadbiran musa telah membangun dengan pesat terutama di sektor ekonomi yang mana urus tadbir kewangan sabah telah diiktiraf penarafan tertinggi...ini bukti bahawa musa selaku KM sabah menjalankan tugas dan tanggungjawab beliau dengan baik.

mike said...

sekiranya musa aman terus menjadi KM sabah selepas PRu 13, sudah pasti sabah akan bertambah membangun dan maju..

Antanum said...

Kerajaan harus berterima kasih kepada Sabah kerana Sabah telah menyelamatkan mereka dari hilang kedudukan.

Anonymous said...

BN sememangnya kuat di Sabah dan itu memang dapat dilihat melalui sokongan terhadap pemimpin.

Anonymous said...

apa pun, yang penting usaha untuk memenuhi keperluan rakyat perlu sentiasa diteruskan.

Scarlett said...

Tidak dinafikan bahawa dua buah negeri di Borneo ini mempunyai pengaruh yang kuat dalam menentukan kemenangan BN dalam PRU13 akan datang. Oleh itu, kerajaan persekutuan seharusnya menjaga kedua-dua negeri ini dengan baik.

Scarlett said...

Penubuhan RCI adalah amat penting dan tidak dinafikan bahawa PATI dan NCR adalah antara masalah yang besar di Sabah. Kerajaan harus tangani masalah ini sebaik-baiknya atau mungkin akan kehilangan undi rakyat pada PRU13 ini.

Scarlett said...

Musa harus bijak dalam mentadbir negeri Sabah dan mengawal orang bawahannya. Kehebatan Musa memang tidak dapat dinafikan.

Anonymous said...

tidak mustahil dalam pru13 nanti sekali lagi Sabah akan menyumbang kepada kemenangan BN..

Anonymous said...

Sabah contribute more seats to BN, indeed more political eye on Sabah.

Anonymous said...

Musa contribute to a great development to Sabah. More effort needed as Sabah still under poverty.

Anonymous said...

The people will decide who to go and who to lead. Just wait and see.

Anonymous said...

The people will decide who to go and who to lead. Just wait and see.

Anonymous said...

"OKB yakin melalui kepimpinan Musa, Sabah akan mengulangi kejayaannya sepertimana pada PRU-12 lalu, walaupun ada persepsi mengatakan bahawa Sabah akan kehilangan kerusi di berapa ADUN dan Parlimen yang mempunyai majoriti kaum cina."

Susah untuk meramal hati rakyat terutama BN mengecewakan rakyat dalam isu PATI, tanah, projek Ic dll.

Anonymous said...

Musa indeed a brilliant leader, what about their subordinate?

Anonymous said...

selamat berjuang kepada USBO yang baru diluluskan oleh RoS sebagai sebuah parti politik di bawah BN. sama2 kita lihat pencapaiannya dalam PRU nanti.

Anonymous said...

Sabah begitu menyumbang kepada kemenangan BN dalam PRU. diharap kerajaan akan memberi perhatian kepada pandangan dan suara rakyat Sabah dalam apa jua isu yang timbul selepas ini.

Unknown said...

pimpinan beliau masih banyak perlu diperbaiki untuk memperolehi undian ramai di PRU nanti

Unknown said...

wakil rakyat yang tahu mengambil hati rakyat tentunya menjadi pilihan di PRU nanti

Unknown said...

biarlah rakyat yang tentukan nasib parti/pemimpin dalam PRU nanti

Unknown said...

tentunya pemimpin yang tulus dan ikhlas dalam perjuangannya akan disanjung tinggi oleh rakyat....

Unknown said...

tetapi, pastinya rakyat tidak akan memihak kepada pemimpin yang bersikap NATO (no action talk only)

Unknown said...

Buktikan kepada rakyat bahawa Kerajaan BN dapat mentadbir dengan baik.

Sanih Alias said...

PRU13 adalah penentu untuk Kerajaan BN. Adakah BN masih mendapat sokogan dari rakyat atau tidak semua itu akan terjawab pada PRU13.

Sanih Alias said...

Sabah dan Sarawak merupakan fixed deposit untuk BN. Jadi BN perlulah memberikan tumpuan kepada dua Negeri ini.

Hamdan Hadillah said...

BN rasanya masih relevan untuk menerajui pentadbiran Negara kita Malaysia. Maka teruskanlah menyokong parti BN.

Bujang Senang said...

Dalam pembangunan Sabah masih perlu diberikan tumpuan dikawasan luar bandar yang masih menghadapi masalah kekurangan kemudahan asas.

Paquin said...

Politik memnag sukar diramal dan terpulanglah pada penilaian individu masing2.

Paquin said...

Bagi saya rakyat lah yang akan menentukan segalanya. Jadi kita nantikan saja.

Paquin said...

Walaupun ramai yang tak suka BN dan selalu cakap Sabah hanya sebagai FD BN, namun asalkan BN terus berusaha memenuhi keperluan rakyat; saya yakin sampai bila-bila pun BN akan tetap kukuh di Sabah.

Paquin said...

Apapun, sama2 kita nantikan keputusan PRU13.

Paquin said...

Kepada semua para pemimpin tambatlah hati rakyat sebaik mungkin sebelum terlambat.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels