25 November 2011

Musa Aman tidak bakal lupa pemimpin yang cuba menghalangnya jadi Ketua Menteri

SEBELUM Datuk Musa Aman dilantik menggantikan Tan Sri Chong Kah Kiat pada tahun 2003, ada kumpulan pemimpin yang kasak kusuk menghalang perlantikan Ketua Menteri terlama itu.

Malah masa itu, beberapa orang Ketua Bahagian Umno menandatangan memorandum kepada Perdana Menteri untuk menghalang perlantikan Musa.

Para pemimpin kanan itu pada mulanya mengatur rancangan bersendirian sambil mengumpul sokongan baik di peringkat negeri mahupun pusat untuk dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah.

Kemudian, mereka bergabung dan berjanji antara mereka, siapapun dilantik antara mereka perlu disokong, dengan syarat jangan Musa dilantik bagi menggantikan Chong Kah kiat.

Namun, Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir mengambil keputusan yang memeranjatkan kumpulan itu, dan seterusnya melantik Musa sebagai Ketua Menteri.

Rekod menunjukkan sejak Musa menerajui kerajaan negeri, akaun Sabah senantiasa surplus, walaupun membentang bajet pada awalnya deficit, tetapinya akhirnya mengalami surplus dipenutup tahun.

Musa juga berjaya mempertahankan kecemerlangan dalam dua pilihanraya, tahun 2004 dan 2008, sehingga Sabah dianggap sebagai Fixed Deposit BN pada sebarang Pilihanraya.

Pada Persidangan Dewan undangan Negeri yang bermula pada 18 November dan berakhir semalam, boleh dikatakan semua ADUN penyokong Kerajaan menyokong secara padu kepimpinan Musa.

Tiada ucapanpun yang mengandung kritikan, melainkan semua menyanjung, kecuali barisan ADUN Pembangkang.

Nampaknya semua ADUN mahu menarik perhatian Pengerusi BN itu agar mereka dicalonkan semula dalam PRU-13 akan datang.

Namun sokongan padu itu belum cukup, kerana bagi Musa hanya para ADUN yang dekat dihati rakyat sahaja dan bebas skandal akan diketengahkan pada PRU-13 akan datang.

OKB teringat lagi, pada PRU-12, apabila Musa bertindak berani dengan mengguguran beberapa pemimpin kanan dalam pilihanraya itu, OKB tidak akan terperanjat, jika pada PRU-13 akan datang, akan ramai pemimpin kanan akan diketepikan, bagi memberi peluang kepada pemimpin pelapis yang dinamik.

Dalam DUN Sabah sekarang, ramai pemimpin yang berpenggal-penggal menjadi Yang Berhormat, malah ada yang menjadi anggota kabinet, namun kawasan-kawasan yang diwakili mereka, tidaklah membangun sepertimana yang diharapkan.

OKB menganggarkan bahawa pada PRU-13 akan datang, Musa akan menampilkan individu yang mempunyai visi dan perancangan demi mendukung visi Musa-HALATUJU SABAH.

Para pemimpin yang berpaksi kepada politiking akan menerima nasib tidak akan ditampilkan, kerana peristiwa tahun 2003, perlu dielakkan.

48 comments:

Mohd Ishak said...

KM Musa Aman juga pernah menyumbang usaha dan pembagunan kepada Sabah.

Mohd Ishak said...

Harap isu ini tidak akan dipolitikkan.

No name said...

"Musa juga berjaya mempertahankan kecemerlangan dalam dua pilihanraya, tahun 2004 dan 2008, sehingga Sabah dianggap sebagai Fixed Deposit BN pada sebarang Pilihanraya."

Terbukti usaha Musa demi pembangunan di negeri Sabah. harus juga usaha ini diterusakan sebab Sabah masih sangat berkurangan.

No name said...

PRU13 merupakan persaingan hebat bagi Musa selaku KM Sabah. Adakah rakyat masih menyokong beliau, kami menantikannya.

No name said...

OKB tidak akan terperanjat, jika pada PRU-13 akan datang, akan ramai pemimpin kanan akan diketepikan, bagi memberi peluang kepada pemimpin pelapis yang dinamik.

Sebagai parti komponen seharus sebulat suara dan memperjuangkan menghala misi yang sama.

No name said...

UMNO masih menjadi pemenang besar jika benarnya kewujudan projek IC. Tetap Musa akan menjadi KM Sabah.

No name said...

Persaingan dan perebutan kuasa memang satu kebiasaan dalam dunia politik. Jika tidak sehaluan, tidak gunanya bergabung, lebih baik mencuba nasib sendiri.

Smookiekins said...

Memang tidak dinafikan sejak Musa sebagai Ketua Menteri Sabah banyak pembangunan yang boleh kita nampak. Harapan agar Sabah akan sentiasa maju dan membangun.

Jemput ke blog saya

U Say Bah, I Say Bah. Sabah Bah......

Smookiekins said...

Para pemimpin atau wakil2 rakyat yang tidak menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan, lebih baik diganti kepada pelapis yang lebih dinamik.

Anonymous said...

Semoga semua wakil rakyat menjalankan tanggung jawab dengan baik agar tidak mengecewakan rakyat yang menyokongnya.

Anonymous said...

"Rekod menunjukkan sejak Musa menerajui kerajaan negeri, akaun Sabah senantiasa surplus, walaupun membentang bajet pada awalnya deficit, tetapinya akhirnya mengalami surplus dipenutup tahun."

Terbukti Musa bijak mengendalikan kewangan Sabah. Semoga projek pembangunan diteruskan agar ekonomi tempatan bertambah baik.

Anonymous said...

Perosak parti harus disingkirkan dari lembaga. Golongan ini akan menjejaskan perkembangan dan imej BN.

Anonymous said...

Musa will do the best and he know who is the team member he should selected. Good luck!

Anonymous said...

They should work heading the same agenda.

ferlo said...

walaupun sebelum ini ramai yang tidak setuju Musa menjadi KM, namun kini dilihat Musa adalah KM yang hebat dan byk membangunkan Sabah.

ferlo said...

apapun, semoga Musa akan teruskan prestasi baiknya dalam memimpin Sabah.

Ezef said...

Wow.

onong said...

Apapun masalah yang menimpa Sabah harus diselesaikan.

Nemia said...

Good luck.

Paquin said...

Saya percaya MA hanya akan fokus pada usaha utuk memajukan Sabah berbanding daripada menimbulkan huru hara.

Paquin said...

Banyak perkara yang dilakukannya dalam membangunkan negeri Sabah dan sebagai rakyat saya kagum dengan apa yang telah dilakukannya.

Paquin said...

Bagaimanapun tak dinafikan masih banyak kelemahan yang timbul. Jadi tak hairan jugalah kalau ada suara2 sumbang yang tak puas hati dengan MA.

Paquin said...

Apapun, bagi saya MA harus terus berusaha untuk membuktikan beliau layak untuk mendapat sokongan padu rakyat.

Paquin said...

Selebihnya kita tunggu dan lihat sajalah apa kata rakyat dalam next GE nanti. hehe

Jason said...

MA must prove to the people that he is the best person to be the cm.

Jason said...

I can't say that MA is not a good cm cause he did made a lot of changes to sabah.be it positive or negative changes.

Larry said...

Hope that all our politicians will focus on helping the people instead of politicizing issues.

Larry said...

As long as the leader is capable and has contributed to the state, his contributions will be remembered.

joey said...

Musa Aman telah menunjukkan prestasi yang baik dan dilihat semakin banyak pembangunan yang dilakukan.

joey said...

apa pun, semua pemimpin perlu sentiasa berusaha untuk memberikan khidmat terbaik kepada rakyat.

rebirth said...

jika tahun 2003 bukan Musa yang dilantik memimpin negeri ini, adakah Sabah akan mampu mencapai apa yang telah dicapai oleh negeri ini pada hari ini??

rebirth said...

keputusan Tun M melantik Musa Aman sebagai KM Sabah memang tepat, kerana jika Tun melantik pihak yang cuba menghalang pelantikan Musa, pasti Sabah akan berhadapan dengan masalah yang lebih besar kerana sudah tentu pihak yang beriya2 mahu mendapatkan jawatan itu mempunyai agenda tersembunyi.

binocular said...

MA tentu tahu siapa yang layak dan tidak layak dicalonkan untuk PRU akan datang berdasarkan prestasi setiap wakil rakyat. Lebih baik wakil rakyat yang ada sekarang berusaha membuat yang terbaik di kawasan masing2 daripada mahu jadi kaki kipas.

binocular said...

MA kena proaktif dalam mencari penyelesaian kepada masalah2 yang menghantui Sabah selama ini seperti PATI, isu tanah etc..

binocular said...

Ahli2 politik yang tidak dicalonkan nanti jangan pula terus merajuk. Kalau perjuangan ikhlas, sokongan akan diberikan kepada sesiapa saja yang menjadi calon nanti. Semangat itu yang diperlukan.

Irish said...

bersedialah mereka yang tidak menunjukkan prestasi yang terbaik. pasti akan digugurkan.

Irish said...

kepimpinan MA masih relevan untuk beberapa penggal lagi. harap2 lepas ni Sabah akan menjadi lebih maju lagi.

Green Sabah said...

Capable leaders will be recognized by the people, those who are non-performing will be terminated.

Hanroizin said...

Datuk Musa masih yang terbaik sebagai ketua Menteri Sabah. teruskan usaha beliau untuk terus mendapat sokogan dari penduduk dan juga ahli parti yang lain.

Hanroizin said...

Rasanya satu parti perlulah bersatu untuk memastikan parti tersebut akan terus kuat dan kukuh.

Wazxiran said...

Pastikan calon yang berkebolehan diambil untuk penduduk. Bagi mereka yang kurang relevan dan tidak menjalankan tugas dengan baik perlulah dinilai semula.

Wazxiran said...

Nampaknya PRU semakin hampir. Datuk Musa perlu menyusun jentera parti BN Sabah sebaiknya. Buktikan bahawa Sabah masih memerlukan BN untuk mentadbir negeri tersebut.

Batresiah said...

Musa Aman akan terus mendapat sokongan dari penduduk Sabah jika terus mencuba untuk memajukan negeri dibawah bayu ini. Sekarang pun kita boleh nampak sedikit pembangunan yang pesat.

Tapi pastikan penduduk pendalaman akan dapat menikmati perkara yang sama.

mike said...

memang ramai ADUN sekarang yang ada menjadi anggota kabinet dilihat tidak begitu produktif di kawasan masing2...malah ADUN2 tersebut dilihat lebih suka melobi dari membuat kerja..ADUN2 seperti ini harus disingkirkan dan tidak dicalonkan semula pada PRU akan datang kerana sudah pasti akan menjadi liabiliti kepada BN sabah.

mike said...

dan pasti KM sabah selaku pengerusi BN sabah sudah mengenal pasti YB2 BN yang tidak disukai oleh rakyat di kawasan diwakili...musa aman harus mencari calon yang lebih dinamik dan kalau boleh biarlah calon tersebut dari golongan muda...

mike said...

sejak menerajui pentadbiran sabah pada 2003, dilihat sabah semakin membangun dan bertambah baik terutama di sudut ekonomi..kewangan sabah yang bertambah kukuh adalah hasil dari usaha musa aman selaku menteri kewangan sabah..maka, rekod cemerlang ini harus dikekalkan di mana musa aman harus dikekalkan sebagai KM sabah selepas PRU 13.

mike said...

BN sabah harus memperkukuhkan lagi kedudukan mereka di sabah..perselisihan faham antara parti komponen harus diselesaikan secara baik...harus diingat bahawa, rakyat sabah mahukan penyelesaian dan bukannya janji2 politik terutama berhubung dengan isu PATI dan kemiskinan..

mike said...

kita tunggu dan lihat siapa yang bakal dicalonkan pada PRU akan datang.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels