15 November 2011

Pemimpin berpolitik dan kejayaannya

SEORANG pemimpin komponen BN pernah berkata, jika melihat seorang pemimpin Sabah yang berjaya dalam berpolitik, mesti melihat kepada Datuk Salleh Tun Said.

Datuk Salleh dalam kerjaya politiknya sentiasa pada pihak yang berkuasa.

Mantan Ketua Menteri Sabah itu, tidak pernah berada pada parti yang bukan berkuasa. Walaupun selepas keluar daripada parti PBS yang memerintah Sabah untuk menyertai UMNO, akan tetapi Umno berkuasa dalam negara.

Salleh dalam meniti kerjaya politiknya bermula pada Parti Berjaya, Pimpinan Datuk Harris Salleh (kini Tan Sri).

Salleh pernah bertanding menggunakan tikit Berjaya di DUN Usukan, namun kalah.

Salleh hanya menang dalam pilihanraya apabila menggunakan tikit Umno.

Salleh pernah menjadi ADUN Uskuan tiga penggal dan MP Kota Belud tiga penggal.

Salleh digugurkan pada PRU-12 . Pengguguran tersebut ramai yang beranggapan bahawa kerjaya Salleh dalam poltik telah tamat. Namun akibat tsunami politik pada PRU-12, Salleh terselamat.

Salleh “make a come back” dalam politik selepas menang jawatan Ketua Bahagian Umno Kota Belud. Selepas itu dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Umno Sabah, jawatan yang pernah disandangnya semasa Datuk Osu Sukam menjadi Pengerusi Umno Sabah.

Dalam usaha comeback Salleh dalam persada politik , beliau dibantu oleh Datuk Safie Apdal dan Tan Sri Pandikar. Malah ada yang mengatakan, bahawa Safie memberi sumbangan yang “agak” besar dalam pemilihan Ketua Umno Bahagian Kota Belud.

Dalam mencari flatform politiknya, Salleh pernah dilantik sebagai Pengerusi Kraft Tangan Malaysia, di mana agensi itu, di bawah Kemneterian Safie Apdal. Namun jawatan itu, tidak memberansangkan bagi Salleh dalam menampah nama dalam politik Sabah.

Dalam percaturan itu, Salleh menggunakan flatform USBO, sebuah NGO yang diuar-uarkan pada masa itu untuk memperjuangkan rumpun Bajau.

Pada satu ketika, USBO dikatakan mengancam kedudukkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman.

Disebabkan kemahiran Salleh dalam berpolitik, maka jika sebelumnya USBO dianggap sebagai ancaman kepada Musa, maka Salleh membuat pusingan 360 darjah, kali ini mengistiharkan bahawa USBO senantiasa menyokong kepimpinan Musa, dan seterusnya mempertahankan kedudukkan Musa sebagai Ketua Menteri Sabah.

Melihat perkembangan itu, Musa menawarkan jawatan bertaraf menteri kepada Salleh, yakni sebagai Penasihat Sains dan Teknologi kepada Ketua Menteri.

Kini Salleh adalah Speaker Dewan Undangan Sabah, jawatan yang diuar-uarkan oleh penyokongnya sebelum perlantikan itu , bahawa jawatan itu tidak sepadan dengan kelibar Salleh dalam arena politik.

Kelibat Salleh dalam politik memang bernilai A+++, bayangkan hanya seketika tidak bergelar Yang Berhormat, disebabkan kemampuan dalam berpolitik, maka gelaran itu kembali kepadanya pada 3 Januari,2011, selepas berjawatan Speaker DUN Sabah.

Adalah sayang, kemampuan Salleh dalam bidang politik mendapat markah A+++, namun pembangunan rakyat yang diwakilinya tetap malap.

Bagi ukuran dalam koporat, tempoh 15 tahun adalah puncaknya melihat kejayaan seorang itu. Salleh memang Berjaya dalam berpolitik, namun gagal membawa pembangunan kepada rakyat yang diwakilinya.

Bagi anak watan Kota Belud, Kota Belud kini, memerlukan para pemimpin yang boleh membawa pembangunan untuk keperluan rakyat.

Pembangunan politik telah cukup bagi Kota Belud. Kota Belud seharusnya menjadi contoh kepada kawasan lain daripada segi pembangunan, kerana Kota Beludlah merupakan anak sulung Umno di Sabah.

Kerana Umno, maka pembangunan di kawasan-kawasan lain yang tadinya terbelakang, kini berkembang pesat berbanding Kota Belud.

Mujurlah pada PRU-12, Musa Aman selaku Pengerusi Umno/BN Sabah melakukan tindakan berani mengenepikan calon-calon juara berpolitik di Kota Belud. Sebagai jawapannya, kini pembangunan Kota Belud mula menyerlah setelah sekian lama tidur nyenyak.

34 comments:

Mohd Ishak said...

Harap para pemimpin akan melakukan yang terbaik supaya dapat mencapai kejayaan seperti Datuk Salleh Tun Said.

Mohd Ishak said...

Harap Datuk Salleh akan teruskan usaha menjadi panduan yang baik kepada para pemimpin yang lain.

Sabah Indah said...

perjalanan politik Datuk Salleh dilihat amat baik sekali, beliau pernah menjadi Ketua Menteri Sabah dalam sistem pengiliran. kini beliau adalah Speaker DUN Sabah. kejayaan Salleh harus dijadikan contoh.

Sabah Indah said...

mohon agar OKB dpt menyenaraikan Blog ini dalam bloglist OKB.

http://nungkok.blogspot.com/

terima kasih.

Kris Jr said...

kegagalan bukan berakhirnya dunia. sikap cepat putus asa bukan 1 langkah yang bijak. kita harus sentiasa memajukan diri.

kamilla said...

Datuk Salleh antara pemimpin Sabah yg berjaya dan mendapat kepercayaan dari rakyat..

kamilla said...

Beliau harus dicontohi sebgai seorang berjaya dan tau menjalankan tugas beliau..

kamilla said...

Teruskan uasaha datuk...hehe

fazlin said...

Datuk Salleh dilihat memang berjaya dalam karier politiknya dan sentiasa diberikan peranan yang penting.

fazlin said...

apa pun, setiap pemimpin pasti ada kelebihannya. semoga setiap pemimpin yang ada sentiasa berusaha yang terbaik untuk rakyat.

rebirth said...

bilang orang kalau bijak mencari peluang, maka cerah la masa depan. memperolehi 2 jawatan sekaligus awal tahun ini membuktikan bahawa Salleh masih berbisa dan khidmat beliau masih diperlukan..

Anonymous said...

Guess there are some huge group of people still supporting Salleh.

Anonymous said...

Salleh pasti ada kebolehan dan keunikan beliau yang membuat beliau berkekalan di politik Sabah.

Anonymous said...

Pemimpinyang betul-betul berusaha dan berkhidmat ikhlas demi rakyat, tidak hairan beliau diberi jawatan tinggi selaku Ketua Menteri, Speaker Dun Sabah.

Anonymous said...

Pembangunan politik telah cukup bagi Kota Belud. Kota Belud seharusnya menjadi contoh kepada kawasan lain daripada segi pembangunan, kerana Kota Beludlah merupakan anak sulung Umno di Sabah.

Pembangunan KB masih diperlukan usaha. kami seharus mencontohi negeri lain dan buat membuat perbandingan dengan kawasan Sabah sahaja.

Anonymous said...

Musa will still do his best for the people in Sabah.

supra said...

kejayaan datuk Salleh adalah hasil usaha dia sendiri.

Alexis said...

sebagai seorang pemimpin pasti ada jatuh bangunnya juga. yang penting usaha berterusan dan pandai mencari peluang.

lina a said...

pastinya rakyat tidak akan memihak kepada pemimpin yang bersikap NATO (no action talk only)

lina a said...

tentunya pemimpin yang tulus dan ikhlas dalam perjuangannya akan disanjung tinggi oleh rakyat....

lina a said...

biarlah rakyat yang tentukan nanti siapa menjadi pilihan dalam PRU nanti

lina a said...

wakil rakyat yang tahu mengambil hati rakyat tentunya menjadi pilihan di PRU nanti

lina a said...

pimpinan beliau masih banyak perlu diperbaiki untuk memperolehi undian ramai di PRU nanti

Batresiah said...

Gandingan mereka ini adalah yang terbaik untuk Sabah. Semua apa yang buruk dikhabarkan itu semata-mata untuk menjatuhkan pemimpin UMNO.

Hanroizin said...

Perjalan datuk Salleh sangat lancar. Dari masa ke semasa ada saja rezeki beliau.

Wazxiran said...

Contoilah perjuangan Datuk Salleh Tun Said untuk Sabah. Beliau tidak pernah putus asa untuk meneruskan kerjaya politik beliau dari berjaya hingga UMNO.

Wazxiran said...

Dengan sikap yang ada pada beliau inilah yang membawa beliau menjadi lebih diterima dan disenangi oleh rakyat sehingga sekarang telah menjawat sebagai Speaker Dun Sabah.

POP said...

Harap semua pemimpin akan berjaya.

POP said...

Kenalah berikhlas untuk membangunkan negara.

Paquin said...

Bukan saja perjalan karier politik Salleh menarik tetapi juga olahan artikel ini. haha

Paquin said...

Namkun tak dinafikan kejayaan Salleh patut dijadikan contoh:)

Paquin said...

Saya yakin hingga saat ini pun masih ramai yang menyokong Salleh. Jadi tidak hairan jugalah kalau Salleh masih kukuh dalam dunia politik.

Paquin said...

Namun dalam mengecapi kejayaan jangan mudah alpa dengan apa yang dimiliki. Pastikan kebajikan rakyat tidak dilupakan.

Paquin said...

Apapun, all the best kepada Salleh dan harap para pemimpin yang lain akan mencontohi kejayaan Salleh.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels