8 November 2011

RCI untuk PATI: selain suara pembangkang juga suara KDM

ISU PATI kononnya "mendapat" kad pengenalan Malaysia, bermula selepas PRU-1990. Pada masa itu, jumlah DUN Sabah hanya 48, 20 DUN Majoriti bumiputera bukan islam termasuk KDM, 20 DUN majoriti bumiputera islam ada juga kawasan KDM dan 8 kerusi majoriti kaum cina.

Selepas persempadan semula, dan digunapakai pada PRU-1999, Kerusi bumiputera bukan islam, tetap pada jumlah 20, bumiputera islam meningkat kepada 32 dan kaum cina masih 8.

Berasaskan persempadanan pilihanraya inilah timbul isu "penambahan" pengundi di kawasan bumiputera islam, kononnya melalui "cara tidak sihat".

Kini, bukan sahaja pihak pembangkang mempertikai isu "cara" mendapatkan kad pengenalan Malaysia untuk penduduk Sabah tetapi juga komponen Bn seperti PBS dan UPKO.

Pada persidangan agong kedua-dua parti itu, telah meluluskan permintaan agar RCI ditubuhkan bagi menyemak dan mengetahui dakwaan bahawa wujudnya "cara" mendapatkan Mykad Malaysia secara pintu belakang.

Muka depan Harian Express hari ini, memuatkan kenyataan Timbalan Presiden UPKO, Datuk Welfred Bumburing yang juga MP Tuaran, bahawa parti itu telah jemu dengan penjelasan-penjelasan daripada berbagai pihak, yang menafikan wujudnya dakwaan pemberian Mykad kepada PATI melalui pintu belakang.

Sebenarnya, isu tersirat daripada desakan ini adalah berkaitan dengan jumlah kerusi DUN yang dimiliki bumiputera islam yang bertambah 12, sedangkan jumlah kerusi KDM masih tetap sama.

Perlu diingat, bahawa fakta sebenar adalah, kawasan bumiputera islam kebanyakkannya adalah penghuni pulau-pulau terpencil dan kawasan-kawasan terpencil, di mana hingga kini masih ramai yang tidak mempunyai dokumen seperti surat kelahiran, kerana masalah perhubungan.

OKB adalah salah seorang mangsa kepada masalah perhubungan ini. OKB hanya mempunyai surat kelahiran "Daftar lewat" dan mendapat Kad Pengenalan pada umur 17 tahun.

Selain itu, masalah pengetahun mengenai dokumen penting itu, adalah kurang, kerana di perkampungan bumiputera islam, dokumen seperti itu bukanlah perkara penting.

Akibat pembinaan infrastruktur seperti jalan dan pembinaan pusat pentadbiran yang berdekatan dengan pelosok tersebut, telah berakibat kesedaran mengenai dokumentasi, apa tah lagi, kini kebanyakkan perkampungan di pelosok negeri telah mempunyai sekolah. Atas kesadaran itu, maka ramailah penduduk mendaftar untuk mendapatkan dokumen seperti Kad Pengenalan, dan seterusnya mendaftar sebagai pengundi.

Sebagai penduduk asal kampung, walaupun isu PATI telah diperkatakan sejak tahun 1990-an, namun jarang sekali OKB melihat PATI yang didaftarkan sebagai pengundi di mana OKB mengundi, dengan kata lain, tiadalah pendaftaran seumpama itu. Tidak tahu pula di kawasan KDM di pendalaman, apa kah ada isu seumpama itu?

Di Tempasuk, DUN 6, di bawah parlimen P.169 Kota Belud, lebih separuh daripada pengundinya adalah daripada kaum KDM, namun tidak muncul pula ada pengundi PATI.

Bagi OKB, desakan penubuhan RCI untuk PATI adalah gimik politik yang ada hubung kait dengan jumlah kerusi yang dimiliki bumiputera islam, yang kini dikuasai sepenuhnya oleh UMNO.

54 comments:

Mohd Ishak said...

Harap kerajaan pusat akan meluluskan penubuhan RCI ini untuk menyiasat isu PATI di Sabah.

Mohd Ishak said...

Selain RCI, pemimpin kita juga berusaha mencari jalan yang berkesan untuk menangani masalah PATI.

No name said...

"Berasaskan persempadanan pilihanraya inilah timbul isu "penambahan" pengundi di kawasan bumiputera islam, kononnya melalui "cara tidak sihat."

Kewujudan projek IC ini yang menyebabkan pertambahan PATI di negeri Sabah. Kini, golongan ini bermaharaja di sini, apakah tindakan kerajaan terhadap mereka?

No name said...

Terbukti ada PATI bukannya mendapat 1 ic tetapi lebih dari itu, apakah penjelasan JPN? Golongan ini bermastautin dan berkeluarga di sini, kini, ada juga golongan beranak dan menginap di seluruh negeri Sabah. Lihat akibat teruk membawa masuk PATI tersebut.

No name said...

Please go ahead with RCI. We need to know what causes so many PATI in Sabah. How these group of people coming in.

No name said...

Kegagalan kerajaan menubuhkan RCi memberi isyarat bahawa kerajaan melindungi sesuatu dan menyembunyikan masalah PATI dan kewujudan projek IC.

No name said...

Pairin juga memihak kepada penubuhan RCI, kini, cuma kerajaan yang tidak menerima proposal tersebut.

Anonymous said...

masalah PATI dah lama membelenggu Sabah. usaha menyelesaikan masalah ini kena diteruskan.

Anonymous said...

penubuhan RCi adalah satu cara untuk selesaikan masalah ini, ramai yang menyokong RCI. harap ia akan ditubuhkan.

Kris Jr said...

Harap tu penubuhan RCI diluluskan. Ini mungkin cara berkesan menangani PATI.

Kris Jr said...

Sabah benar2 bermasalah dengan kewujudan PATI. Harap2 sangat dapat diselesaikan isu ni.

mike said...

desakan penubuhan RCI untuk menyiasat projek IC bukanlah satu gimik politik seperti yang dikatakan oleh OKB..ini kerana memorandum telah dihantar berserta dengan bukti2 kukuh oleh datuk wilfred kepada menteri KDN..selain itu terdapat juga beberapa buah buku yang telah diterbitkan mengenai projek IC berserta dengan bukti2 kukuh..jadi mengatakan tuntutan ini hanya satu gimik politik daripada UPKO dan PBS adalah tidak berasas..

mike said...

jika dilihat pada masa kini, di mana2 tempat di sabah pasti akan ada pendatang asing..baik secara sah ataupun tidak..kebanjiran pendatang asing ini telah mengubah demografi penduduk sabah...dan kebanjiran pendatang asing ini juga telah menutup peluang perniagaan rakyat tempatan..tengok saja di tamu2, ramai pendatang asing yang merampas peluang perniagaan rakyat tempatan..

mike said...

sebagai seorang rakyat yang cintakan negeri sabah dan memikirkan hak dan kepentingan generasi akan datang, maka adalah patut tuntutan penubuhan RCI ini disokong sepenuhnya..

mike said...

tuntutan RCI ini tidak seharusnya dipolitikkan..jika dikatakan projek IC ini tidak wujud, bagaimana pula bukti2 kukuh yang telah diserahkan kepada pihak KDN? jawapan yang diberikan oleh pihak KDN juga tidak menyakinkan dan ragu-ragu...ternyata ada sesuatu yang ingin disembunyikan oleh kerajaan persekutuan daripada pengetahuan rakyat sabah...jadi pada PRU 13, kemungkinan rakyat sabah tulen akan menolak kerajaan BN disebabkan sabah terus-menerus dinafikan hak dan kepentingannya..kini terpulang kepada najib untuk membuat keputusan..ada pepatah mengatakan bahawa 'seorang pemimpin yang hebat, terpaksa membuat keputusan yang sukar'.

mike said...

RCI untuk PATI bukan saja dari suara KDM, malah etnik2 lain di sabah..tuntutan penubuhan RCI ini adalah dari suara rakyat sabah tulen...

mike said...

harap OKB tidak akan mempolitikkan tuntutan penubuhan RCI untuk menyiasat projek IC di sabah..jika OKB seorang rakyat sabah tulen, maka OKB tentu akan faham..

Unknown said...

Jumlah PATI di Sabah sudah cukup mengancam ketenteraman penduduk di sini..mengapa kerajaan Sabah tidak tubuhkan sahahja RCI ini sekarang, isu PATI ini sudah semakin tegang kenapa mesti tunggu tahun 2012?

Unknown said...

janganlah sampai isu ini tidak dapat ditangani lagi baru kerajaan hendak bertindak..sudah pasti rakyat Sabah akan memihak kepada pembangkang untuk menyelesaikan masalah ini

Unknown said...

setiap tahun masalah PATI semakin menjadi-jadi...harap kerajaan pusat benar2 memberi perhatian serius terhadap masalah ini yang dihadapi oleh Sabah

Unknown said...

jika tidak, masalah lain akan timbul dan berturutan seperti masalah sosio-ekonomi di negeri ini

Unknown said...

semoga perjuangan ini akan diteruskan oleh para pemimpin Sabah tidak kira pihak kerajaan ataupun pembangkang walaupun selepas PRU-13 nanti

Logop said...

i wonder if there is still hope to solve this PATI issue.

Logop said...

Whats the problem in setting up the RCI??? I hope the gov consider it.

Logop said...

if gov refuse to set up RCI in sabah, then might as well come up with a better alternative to solve this problem. Don't let this problem get worser than it is now.

Logop said...

if this PATI issue is not solved, we be sure to have unfair election going on.

Anonymous said...

jika RCI ini dapat menyelesaikan isu pati, adalah wajar untuk ianya ditubuhkan.

Anonymous said...

harap masalah pati akan dapat diselesaikan melalui kesungguhan semua pihak.

Scarlett said...

RCI-it's now or never.

Scarlett said...

Kalau benar tiada projek ic, rasanya tidak perlu tunggu begitu lama untuk menubuhkan RCI kan? Berani kerana benar, takut kerana salah.

Anonymous said...

selain RCI, fikirkan juga alternatif lain yang boleh menyelesaikan masalah ini.. bagaimana dengan kawalan semapadan perairan kita? tidak ada gunanya kerajaan menghantar balik PATI ke negara asal jika mereka boleh menyusup masuk ke negeri ini pada bila2 masa.

Anonymous said...

semua pemimpin2 politik dan ngo patut memikirkan lain2 kaedah yang lebih berkesan dan bersifat aggresif.

Scarlett said...

Jika benar ada dalang di sebalik peningkatan jumlah PATI dan projek ic memang wujud, si pelaku harus dihadapkan ke muka pengadilan. RCI mungkin bukanlah penyelesaian sepenuhnya dan alterntif2 lain juga harus dicari.

Anonymous said...

RCI indeed a best method for time being. Why government rejected it?

Anonymous said...

Kewujudan PATI menjejas ketenteraman negeri Sabah. Kerajaan harus memberi perhatian yang wajar terhadap isu ini.

Anonymous said...

Pertambahan PATI akan menyebabkan masalah kemiskian yang lebih serius.

Anonymous said...

OKB adalah salah seorang mangsa kepada masalah perhubungan ini. OKB hanya mempunyai surat kelahiran "Daftar lewat" dan mendapat Kad Pengenalan pada umur 17 tahun. Selain itu, masalah pengetahun mengenai dokumen penting itu, adalah kurang, kerana di perkampungan bumiputera islam, dokumen seperti itu bukanlah perkara penting.

Inilar kelemahan sistem pendaftaran negara kami. Seharus kerajaan membaiki kelemahan tersebut agar OKB cukup matang mengendalikan dokumen penting tersebut.

Anonymous said...

Jika masalah PATI tidak diambil tindakan yang wajar, golongan ini akan hilang kawalan jika jumlah kuantiti PATI bertambah banyak. Semoga kerajaan Sabah membuat tindakan yang bijak terhadap isu yang serius ini.

Anonymous said...

Isu PATI memang tidak pernah berakhir. makin hari makin banyak bilangan PATI tapi penyelesaian yang efektif masih belum juga dapat dicari. satu2nya yang difikirkan sekarang ialah penubuhan RCI tapi hairan juga idea seperti ni ditolak pula. apa salahnya jika mencuba walaupun mungkin tidak menjamin penyelesaian 100%?

Anonymous said...

masakan pokok bergoyang jika tiada angin? sememangnya pemberian IC kepada PATI bukan lagi suatu dakwaan yang tidak berasas. jika RCI ditubuhkan pasti kita dapat mengetahui punca dan dalang di sebalik semua ini.

Bujang Senang said...

Maka sama-sama kita memohon dari kerajaan Persekutuan untuk meluluskan SSD untuk Sabah.

Sanih Alias said...

Pihak berkuasa perlulah jujur menjalankan tugas. Jangan memberikan mereka yang tidak berhak untuk mendapatkannya.

Hamdan Hadillah said...

Mungkin penubuhan RCI masih dalam perbincangan. Tapi perlu ingat bahawa rakyat akan menilai setiap hari apa yang kerajaan lakukan.

Unknown said...

Usaha kerajaan Negeri untuk merayu Suruhanjaya siasatan Di Raja masih belum mendapat keputusan dari kerajaan Persekutuan. Maka kita mengharap sangat kerajaan Persekutuan dapat memikirkan masalah ini.

Nemia said...

RCI is deemed important.

onong said...

Tidak kira suara siapa, RCI memang patut ditubuhkan.

Ezef said...

People voice are deemed important.

Danie said...

Kami semua memang harapkan agar semua masalah akan diselesaikan.

leila said...

The voice of the people.

Paquin said...

Nampak sangat isu pati mendapat perhatian ramai. Lihat sajalah komen yang panjang dalam blog ini. hehe

Paquin said...

Saya yakin semuan pihak saban hari mengharapkan agar isu pati dapat diselesaikan. Namun makin lama isu ini makin melarat.

Paquin said...

Saya yakin kerajaan punya alasan munasabah kenapa RCI tak ditubuhkan tapi lama kelamaan rasa macam geram juga. hehe

Paquin said...

Ramai pihak menyokong penubuhan RCVI, justeru kerajaan kenalah lakukan sesuatu dan pastikan isu pati dapat diselesaikan dengan baik.

Paquin said...

Semoga hal ini mendapat perhatian sewajarnya dan harap2 langkah terbaik menanggani pati ditemukan sebelum PRU.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels