14 December 2011

Pandangan pengundi cina

Seorang kawan berbangsa cina yang berasal daripada Kluang Johor, namun menetap di Sabah dan mengundi di kawasan Kota Kinabalu.

Menurut kawan itu, yang baru-baru ini berkesempatan pulang ke kampungnya selama tiga minggu, dan sempat jalan-jalan hingga ke Pahang, menyimpulkan, bahawa pada PRU-13, parti-parti kaum cina yang ada dalam BN akan lenyap dengan sendirinya, kerana gagal mendapat kerusi.

Bagi kerusi parlimen di Semenanjung, di mana 46 kerusi adalah majoriti kaum cina dan india, besar kemungkinan seluruh kerusi itu dimenangi oleh Pakatan Rakyat.

Manakala kerusi di mana kaum melayu majoriti, sebanyak 120 kawasan parlimen, 65 kerusi akan dimenangi UMNO/BN, manakala bakinya dimenangi Pakatan Rakyat.

Jika benarlah anggapan kawan itu, maka daripada 166 kerusi Parlimen di Semenanjung, 101 kerusi Parlimen akan dikuasai oleh parti-parti Pakatan Rakyat. Namun, jumlah itu katanya tidak akan membolehkan Pakatan Rakyat membentuk Kerajaan, kerana masih kekurangan 11 kerusi. Atas sebab itu, kerusi Sabah dan Sarawak sangat penting, baik bagi Pakatan mahupun BN.

Berasaskan kepada PRN Sarawak April lalu, jika keputusan itu diambilkira, maka dengan mudah PR akan mendapat 11 kerusi Parlimen di Sarawak. Sarawak mempunyai 31 kawasan Parlimen.

Bagi Sabah pula, Pakatan akan ada kemungkinan mendapatkan 4 kerusi Parlimen. Jika benarlah anggapan kawan cina itu, maka pada PRU-13 akan datang maka Putrajaya akan terlepas daripada genggaman DS Najib.

Akan tetapi, jika keputusan PRU-13 itu akan berlaku demikian, maka akan berlaku "kejutan" politik yang "sukar" dijangkakan.

Melayu katanya akan malu tidak berkuasa di tanah airnya, atas sebab itu, akan berlaku "perkahwinan" antara parti-parti melayu, dan membiarkan kaum bukan bumiputera menjadi pembangkang.

Akan berlaku kah anggapan ini?

44 comments:

Smookiekins said...

Ramalan demi ramalan, harap2 jawapan akan dapat diketahui.

Smookiekins said...

Apa2 pun boleh terjadi pada PRU13. Mungkin akan menerima banyak kejutan.

Anak Sabah said...

Rakyat pasti akan memilih parti yang mampu berkhidmat dengan baik untuk mereka.

Anak Sabah said...

Harap semua parti yang bertanding akan melakukan yang terbaik untuk rakyat tempatan.

Irish said...

nampaknya, Sabah dan Sarawak ini sangat penting buat Pembangkang dan BN untuk menentukan kemenangan mereka.

Irish said...

Nantikan kejutan dalam PRU-13 nanti.

Sabah Indah said...

berbagai ramalan mengenia keputusan pilinraya umum walaupun ia belum lagi dilaksanakan. Sabah dan Sarawak dilihat amat penting kerana ia menjadi penentu kepada kemenangan.

http://nungkok.blogspot.com/

mantra said...

Sabah and sarawak pasti akan menjadi sasaran utama Bn dan pembangkang.

Mohd Ishak said...

Biar rakyat cina sendiri yang menentukan parti yang mana paling sesuai untuk mereka.

Mohd Ishak said...

Kita tunggulah dan lihat bila PRU-13 nanti.

Green Sabah said...

Sekali lagi Sabah dan Sarawak akan menjadi penentu sama ada BN akan terus kekal atau tumbang pada PRU13 ini.

Green Sabah said...

Politik, politik juga..dalam sibuk berkempen nanti, sila pastikan kawasan sekeliling bersih. Jangan buang sampah merata-rata.

http://sabah-go-green.blogspot.com

rebirth said...

banyak2 ramalan berkenaan dengan politik Malaysia, jarang sekali ada yang tepat..

rebirth said...

buat masa ini, mana2 parti tidak perlulah terlalu yakin kerana pendirian rakyat boleh berubah pada bila2 masa atau disaat2 akhir..

Paquin said...

Semuanya hanyalah anggapan atau ramalan seseorang. Jadi belum tentu betul juga. hehe

Paquin said...

Lain orang lain pandangannya, jadi tidak hairan jugalah jika ramalan demi ramalan timbul.

Paquin said...

Sesiapapun harus bersedia dengan sebarang kemungkinan yang berlaku. Politik ini macam magik, apa-apa pun boleh berlaku.

Paquin said...

Paling penting rakyat tahu apa yang patut dilakukan. Jangan pilih membabi buta nanti menyesal pun tak guna.

Paquin said...

Apapun, kita tunggu dan lihat sajalah nanti. Saya pun tak sabar mahu tengok apa yang akan berlaku nanti.

mike said...

yang menjadi penentu kerajaan pada PRU 13 ialah sabah dan sarawak..

mike said...

bagaimana pula dengan pandangan orang melayu dan india di semenanjung?

mike said...

sekarang banyak khabar2 angin yang tersebar meluas mengenai kemungkian apa yang akan berlaku pada PRU akan datang..namun ianya terpulang kepada seseorang individu untuk melihat dan menilainya..

mike said...

rasanya akan ada banyak perkara sensitif akan dimainkan pada PRu akan datang...pihak berkuasa seperti polis harus bersedia kerana kemungkinan akan ada rusuhan...PRU 13 adalah pilihanraya yang paling genting bagi semua parti2 politik di malaysia..dan PRU inilah yang akan menyaksikan sama ada BN akan kekal atau tidak..

mike said...

yang pasti mejelang PRU, semua persoalan akan terjawab..kita tunggu dan lihat dan bersedia dengan segala kemungkinan yang akan berlaku.

madd said...

banyak ramalan yang kita dengar tentang pru akan datang. apa pun, itu hanyalah sekadar ramalan.

madd said...

ketika ini semua parti pastinya sedang berusaha untuk memenangi hati rakyat. apa pun, semuanya terpulang kepada rakyat untuk membuat pilihan.

No name said...

Rakyat pandai menilai sekarang, merdeka tahu siapakah yang betul-betul berkhidmat dan memperjuangkan yang terbaik untuk mereka.

No name said...

Sabah akan menjadi deposit untuk BN di PRU13 walaupun banyak diantaranya akan melompat parti. Apakah sebabnya? Lihat jumlah PATI yang ada di Sabah!

No name said...

Pengagihan kerusi harus dibuat dengan lebih adil dan bersih.

No name said...

PRU13 akan menjadi satu persaingan bagi BN terutama di Sabah selaku negeri deposit BN.

No name said...

All votes are equally important in PRU. Im sure others like Indian votes also play an important impact to PRU13.

Jason said...

whatever it is,all voters must be wise in choosing the best party.

lina a said...

biarlah rakyat yang menentukan nasib sesebuah parti itu di PRU-13 nanti

lina a said...

prinsip perkongsian kuasa dan kesamarataan haruslah menjadi tunggak dan asas bagi Barisan Nasional

lina a said...

jika inginkan kemenangan dlm PRU akan datang

lina a said...

konflik dalam arena politik sehingga menimbulkan kegusaran dan pergeseran antara personaliti dalam BN, tidak patut diungkit

lina a said...

ini hanya akan menimbulkan prejudis dan buruk sangka di kalangan parti komponen Barisan Nasional

Saya orang Sabah bah!! said...

SAlam kepada para pembaca,

Bagi saya Setiap orang ada padangan mereka sendiri. Sesuatu perkara ini tidak mustahil akan berlaku. Maka sebagai seorang pengundi perlulah bijak menilai dan memilih yang terbaik untuk semua rakyat dan bukannya untuk diri sendiri semata-mata. BN rasanya masih relevan tapi setakat mana pendapat orang kita tidak tahu lagi.

Terima kasih dengan info dari blog ONE KOTA BELUD

bayausbh.blogspot.com

Wazxiran said...

Biarlah mereka mahu mengatakan apa yang mereka mahu. Yang penting sekarang setiap parti yang ada telah memberikan sesuatu yang terbaik kepada rakyat.

Wazxiran said...

Itu pendapat pengundi Cina sendiri. Rasanya tidaklah PR dan PAS biarkan begitu saja.

Hanroizin said...

Sesuatu perkara sukar untuk kita jangkakan. Sukar untuk kita menentukan. Maka lakukan usaha yang lebih jika ingin mencapai kejayaan.

Hanroizin said...

Jika kerajaan masih memberikan perhatian kepada semua bangsa rasanya tidak mustahil kerajaan yang ada sekarang ini akan terus kekal. Itulah dia 1 Malaysia.

Green Sabah said...

Vote smart during the next GE.

http://sabah-go-green.blogspot.com/

DorianG said...

Let's just wait and see

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels