27 December 2011

RCI untuk PATI-hanya permainan politik

Tidak benar kenyataan Timbalan Speaker DUN Sabah Johanny Mositun, bahawa RATA-RATA penduduk Sabah bersetuju dengan Suruhanjaya diRaja (RCI) untuk kad Pengenalan Palsu? di Sabah.

Isu Kad Pengenalan Palsu di Sabah, menjadi isu utama parti-parti yang ada kaitan dengan KDM dan pembangkang sejak tahun 1990.

Melihat kepada iktibar berhubung permohonan Kad Pengenalan anak Mufti Perlis Dr Juanda Jaya baru-baru ini, ternyata proses mendapatkan Kad Pengenalan itu memang ketat.

Bayangkan anak seorang public figurepun tertera di data Jabatan Pendaftaran Negara di mana ke warganegraannya masih tanda tanya, macam mana pula, warga asing dengan mudah mendapat warga negara seperti mana dakwaan pihak tertentu.

Isu kad pengenalan palsu bermula tahun 1990, apabila pada masa itu berlaku pendaftaran secara agresif oleh pihak Jabatan Pendaftran terutama di kawasan-kawasan bumiputera islam, di mana terdapatnya rakyat Sabah yang belum mempunyai kad pengenalan, kerana berbagai masalah, terutama masalah perhubugan, ketidak tahuan undang-undang, sehingga mereka yang mempunyai kad pengenalan lama tidak-tidak ditukar dan tidak mendaftar sebagai pemilih.

Akibat tindakan agresif daripada pemimpin bumiputra islam yang merasa dipinggirkan semasa pemerintahan PBS, maka ramailah bumiputera islam mendaftar sebagai pemilih, malah ramai yang menjadi pertama kali memilih pada tahun 1994.

Akibat daripada tindakan agresif tersebut, maka pertambahan para pengundi di kawasan-kawasan bumiputera islam bertambah, akibatnya apabila berlaku persempadanan semula pilihanraya, yang digunapakai pada tahun 1999, maka jumlah kerusi DUN bumiputera islam Sabah bertambah daripada 20 kepada 32.

Sebelum tahun 1999, jumlah kerusi bumiputera islam adalah 20, bumiputera bukan islam 20, sementara kaum cina 8.

Isu RCI sebenarnya adalah ketidak puasaan hati terhadap pertambahan kerusi bumiputera islam, itulah pokok masalahnya, bukannya pemberian kad Pengenalan secara sewenang pihak JPN kepada warga asing.

Memang diakui, ada kad pengenalan palsu, dan kad itu tetap palsu, tidak boleh diguna sebagai dokumen rasmi, apatah lagi mendaftar sebagai pemilih.

Sejak tahun 1990-an lagi, saban hari pihak polis, imigresen terus menangkap pemilik kad pengenalan palsu, namun kegiatan sindikit itu sukar dibenteras kerana dijalankan secara underground demi kepentingan wang pihak-pihak sindikit.

Antara tahun 1996-1997, ramai individu yang ditahan di bawa ISA, kerana sindikit kad pengenalan palsu, dan sejak itu, pihak berkuasa bertungkus lumus untuk menjejaki kad-kad pengenalan palsu itu.

Apabila, berlaku pertukaran kad pengenalan daripada bungaraya kepada MYkad, maka kad-kad pengenalan palsu bungaraya, tidak dapat ditukar kepada Mykad. Apabila ada yang cuba menukarnya, maka akan tertangkap.

Apabila kita membuka kembali rekod surat khabar daripada tahun 1994-2000, saban hari tersiar di akhbar tempatan, bahawa ramai yang tertangkap mempunyai kad pengenalan palsu, apabila cuba menukar kad pengenalan bungaraya kepada Mykad. Rekod-rekod itu, menunjukkan bahawa, JPN tidak terlibat dengan sindikit pemberian kad pengenalan sepertimana yang didakwa.

Namun, bagi OKB, demi menyelesaikan isu ini, once for all, sebaiknya kerajaan menubuhkan RCI, agar dikemudian hari tidak lagi menjadi isu.

39 comments:

Jason said...

RCI should be set up to investigate this project ic.

Jason said...

We need RCI to solve this issue once and for all before these PTIs outnumbered us. Majority of crimes in sabah were made by PTIs. How long are we going to let them continue to do crime in our beloved sabah??

Jason said...

Those who protest the set up of RCI is either hiding something or they are PTIs.

me gusta said...

Siapa2 pun boleh putar belit mengenai isu RCI dan PATI ini. Setuju dengan penulis, tubuhkan saja RCI..once for all.

me gusta said...

Jumlah PATI pun naik mendadak. Mereka juga penyumbang kepada jenayah di negeri ini. Penjara pun penuh oleh mereka. Sampai bila perkara ini mahu dibiarkan? Malah mereka semakin bermaharajalela di negeri ini. Keselamatan penduduk tempatan pun terancam.

antap said...

dahulu IC tak aada cip dan sistem keselamatan seperti sekarang. Mykad sekarang amat sukar untuk dipalsukan kerana ia mempunyai ciri2 keselamatan yang kukuh.

antap said...

apapunm kita tetap perlukan RCI untuk selesaikan isu PATI yang telah lama membelenggu Sabah.

Green Sabah said...

Hope that there are no one who will use this issue as a political tool as the illegal immigrant issue is a very serious case in Sabah. The issue must be resolved before Sabah was flooded by illegals, therefore the RCI should be implemented.

http://sabah-go-green.blogspot.com/

Green Sabah said...

We should wait for the Federal Government's decision in regards of the RCI implementations. They are expected to give their decisions early next year.

http://sabah-go-green.blogspot.com/

joey said...

banyak yang mahukan RCI ditubuhkan untuk mencari penyelesaian terhadap isu pati yang berlaku.

joey said...

kerjasama daripada semua pihak penting untuk membantu menyelesaikan masalah pati yang berlaku.

joey said...

harap masalah pati akan dapat diselesaikan dan tidak terus berpanjangan.

rebirth said...

sudah beberapa kali pihak berkuasa berjaya menangkap sindiket yang mengeluarkan IC palsu termasuk yang baru2 ini berlaku di Tawau.. malah ada juga kes dimana rakyat tempatan sendiri membantu anak PATI yang baru dilahirkan bagi mendapatkan dokumen sah dengan mengenakan bayaran tertentu..

rebirth said...

mungkin ada baiknya juga jika penukaran MyKad tahun depan turut bertujuan untuk mengesan pemilik MyKad palsu..

Smookiekins said...

RCI diperlukan bukan disebabkan parti2 bukan bumiputra Islma tidak berpuas hati terhadap pertambahan kerusi bumiputra Islam. Ni untuk menyiasat/ menyelesaikan masalah Mykad/IC yang semakin panas dengan pertambahan penduduk secara mendadak. Sekiranya masalah ni dapat diselesaikan dengan RCI kita semua rakyat Sabah mendapat manfaat. Jika pemilikan ststus warganegara secara sah mengikut undang2 rasanya tidak perlulah risau mengenai hal tersebut.

Kris Jr said...

RCI harus dilaksanakan tahun depan bagi kesejahteraan rakyat Sabah.

Anonymous said...

Tubuhkan RCI untuk mengenal pasti masalah.

Anonymous said...

Golongan ini akan mencari kelemahan sistem negara semata-mata untuk mengekalkan kuasanya.

Anonymous said...

Pihak imigresen dan JPN harus menjalankan tugas dengan lebih amanah.

Anonymous said...

Kerajaan tidak harus mengabaikan ketenteraman negeri Sabah dengan membawa masuk begitu banyak PATI.

Anonymous said...

PATI menuntut RM500, lama kelamaan, lebih banyak mereka akan menuntut dari kerajaan. Adakah ini harus berlaku?

Saya orang Sabah bah!! said...

Rasanya pasti permintaan untuk RCI ini bukannya agenda politik semata-mata tapi ini adalah yang sebenarnya diinginkan oleh parti pemimpin Sabah sendiri.

Karin-nah said...

Masalah PATI di Sabah semakin membimbangkan. Semestinya kerajaan Negeri mencari jalan penyelesaian mengenai perkara ini. Apa pun kita harap Kerajaan Negeri akan terus berusaha untuk memastikan PATI ini akan dapat ditangani.

Irish said...

pertambahan pengundi secara mendadak di Sabah dikaitkan dengan PATI yang diwarganegarakan melalui Projek IC. jadi, RCI ni memang untuk mengesan PATI yang dapat IC melalui pintu belakang/tidak sah. sokong penubuhan RCI!

No name said...

Please setup RCI to address the PATI issues.

No name said...

Kerajaan melindungi sesuatu dari rakyat, itulah sebab RCI ditolak?

No name said...

Golongan PATI bukan diberi IC palsu tetapi IC original, apakah sebabnya? Siapakah yang memberi golongan ini IC ori?

No name said...

Kerajaan tidak harus pinggirkan keselamatan dan ketenteraman negeri Sabah.

No name said...

Pertambahan penduduk asing harus disiasat sebabnya. RCi adalah salah sastu cara yang lebih berkesan.

Nemia said...

Come on, this issue has been politicized thus it makes you think it is indeed a political game.

noemi said...

Stop talking about politics. Real deal please.

onong said...

Tolongla, asyik nak cakap pasal politik.Boring.

vmadone said...

Akjan is a Philippino, no wonder he would say like that.

onong said...

RCI penting untuk menyelesaikan masalah.

lina a said...

memang wajar RCI ditubuhkan sekarang kerana negeri Sabah dan rakyat tulen
negeri ini perlu dilindungi hak mereka demi masa depan anak bangsa.

lina a said...

dengan adanya sokongan penubuhan RCI
membuktikan bahawa sebilangan pemimpin politik di negeri ini samada
parti UMNO/BN atau pembangkang turut berprihatin mengenai isu PATI yang semakin tenat ini

lina a said...

semoga kerajaan dapat merombak kembali Dasar Maritim dan
Undang-Undang Imigresen serta mengetatkan kawalan keselamatan perairan
negara bagi menjamin sempadan negara ini tidak mudah dibolosi dan
dicabuli PATI.

lina a said...

sudah sekian lama rakyat menggesa Kerajaan Persekutuan untuk memberikan perhatian serius kerana isu ini sudah semakin meruncing.

lina a said...

Semoga masalah ini akan diselesaikan dengan segera kerana ia menyebabkan terlalu banyak masalah kepada Sabah

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels