3 December 2011

Salleh Said Jek Najib- ada makna tu

Menurut para pemerhati daripada Sabah, seharusnya ucapan Perwakilan Sabah yang disampaikan oleh Ketua Bahagian Kota Belud, Datuk Salleh Said Keruak, mengutarakan kemajuan-kemajuan yang di bawah Umno selama menjadi tunggak kerajaan BN di Sabah.

Selain itu, pencapaian kerajaan Sabah sejak Umno bertapak di Sabah perlu diutarakan, agar supaya rakyat yang memilih pembangkang akan terbuka mata, bahawa Bn yang ditunjangi Umno akan terus membawa kemajuan kepada rakyat.

Namun, Salleh tidak menggunakan peluang itu, sebaliknya 90 peratus ucapannya berisi puji-pujian kepada Najib sehingga meyakitkan telinga.

Ramai pemerhati daripada Kota Belud sendiri, berkata bahawa puji-pujian kepada Najib itu ada hubungan dengan kesilapan Salleh pada pemilihan Umno tahun 1993, di mana pada mulanya, ahli akar umbi Bahagian Kota Belud sudahpun memutuskan bahawa pencalonan jawatan Naib Presiden Umno diberikan kepada Najib, namun di saat-saat akhir pencalonan itu dibatalkan.

Ketua Bahagian Umno Kota Belud pada masa itu, adalah Salleh sendiri.

Di kala Umno, berdepan dengan "ibu" kepada Pilihanraya, sanjungan kepada pemimpin tertentu, perlu dielakkan, sebaiknya sanjungan kepada keupayaan Parti secara keseluruhan perlu ditonjolkan.

Bagi OKB, ucapan Salleh semasa persidangan Umno kali ini, ada motif tertentu, untuk keuntungan peribadinya, semoga Najib tidak mabuk dengan puji-pujian itu.

52 comments:

Smookiekins said...

Kalau performance bagus tidak payah puji2an. rakyat pun tahu menialai.

Unknown said...

dah menjadi perkara biasa para ahli akan memuji pemimpin mereka. tapi tak ada salahnya memuji jika benar kepimpinan Najib amat baik.

http://nungkok.blogspot.com/

Unknown said...

tapi adalah lebih baik jika Salleh utamakan kepada sumbangan parti kerana semua ahli memainkan peranan dalam membangunkan negara kita.

onong said...

Makna apa?

Nemia said...

Politics can do good or harm you.

Danie said...

Makna apa?

Anonymous said...

Jangan terlalu memuji. Nanti dikatakan kuat mengampu pula.

Nemia said...

Never assume.

Anonymous said...

Pemimpin haru tahu isu mana yang harus jadi keutamaan. PRU13 tidak lama lagi. Sepatutnya cari jalan penyelesaian kepada masalah2 yang ada sekarang.

Anonymous said...

Tiada manusia yang sempurna. Pujian yang terlalu tinggi seboleh-bolehnya disederhanakan. Rakyat pun tahu nilai sejah mana prestasi Najib.

POP said...

Tak ikhlas pun...

Paquin said...

Suka hati lah Salleh puji siapa, itu haknya.

Paquin said...

Tak baik buruk sangka, mana tau memang dia ikhlas puji.. hehe

Paquin said...

K/kala saya hairan dalam dunia politik ni ada saja yang tak kena... huhu

Paquin said...

Kalau, tak suka tutup ja telinga. Kalau terpaksa dengar pun then sendiri mahu ingatlah apa yang patut dibuat.

Paquin said...

Apapun, terpulanglah pada penilaian individu masing-masing dalam perkara ni.

Jason said...

Does it always have to be a hidden agenda if a person compliment other?

Jason said...

paduli lah if he wants to compliment najib. not our problem

Jason said...

this should be an issue in the first place.

Anak Sabah said...

Harap rakyat sendiri akan pandai menilai sama ada parti BN ataupun parti pembangkang lebih sesuai untuk mereka. Undilah dengan bijak nanti.

Anak Sabah said...

Kata-kata pujian biar sederhana sahaja, janganlah terlebih-lebih.

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

sejak kebelakangan ini Salleh sering mendapat jolokan sebagai pemimpin pengampu..

Anonymous said...

kalau itulah strategi beliau untuk kekal dalam arena politik, semoga beliau berjaya la.. saya harap Najib membuat pilihan bukan atas dasar kawan tetapi benar2 atas dasar calon boleh menang..

joey said...

adalah pekara biasa jika ahli memuji atau menunjukkan sokongn terhadap pemimpin mereka.

joey said...

apa pun, semua pemimpin perlu sentiasa menjalankan tugas dengan baik dan fokus terhadap tugas kepada rakyat.

onong said...

Takde makna apa2.

Anonymous said...

Sabah masih banyak diusahakan. Cuba membuat bandingan, akan memberi jawapannya.

Anonymous said...

He has his right to praise anyone, but that is only his own opinion. The people has their own opinion about Najib & government.

Anonymous said...

He has his right to voice out his concern.

Anonymous said...

Pujian yang keterlaluan akan membawa kesan yang negatif juga.

Anonymous said...

Semua wakil rakyat harus memainkan peranan masing-masing. Persefahaman diantarany adlah amat penting juga.

Anonymous said...

kalau memuji biarlah ikhlas dan bukan ada niat tersirat. perlu diingat, kadang2 pujian juga boleh menjatuhkan seseorang.

Anonymous said...

hanya Salleh saja yang tahu adakah pujian beliau ada maksud terselindung. orang lain hanya dapat membuat spekulasi. apapun, kita tengoklah nanti adakah spekulasi anda benar atau sebaliknya..

POP said...

Biarkan rakyat yang menilai..

No name said...

kepujian yang terlampau memberi pandangan bahawa beliau "mengampu".

No name said...

He just express his opinion about PM.

No name said...

Tidak salah beliau membuat pujian, bagi Salleh berkemungkinan najib betul-betul bertanggung jawab dan berkhidmat dengan baik. Walau apa pun, yang baik harus diamalkan.

No name said...

What is the purpose of doing such?

Bujang Senang said...

Memang kalau kita sendiri lihat pembangunan semakin bertambah dibawah kerajaan BN yang ada sekarang ini.

Sanih Alias said...

Siapa lagi yang mahu memuji PM kita kalau bukan kita yang melihat sendiri kebolehan beliau. Betulkan..

Hamdan Hadillah said...

Jek Najib bukan ada makna apa-apa pun. Itu satu pujian kepada pemerintahan Datuk Najid sendiri. teruskan menyokong mereka yang berkebolehan.

mike said...

memang tidak salah memuji pemimpin, namun tidak payah lah hingga keterlaluan..

mike said...

mungkin lebih bermakna sekiranya salleh mengemukakan usul penubuhan RCI untuk menyiasat projek IC di sabah pada perhimpunan agung UMNO..tapi rasanya mustahil..

mike said...

najib cakap letakkan kepentingan parti di tempat tertinggi berbanding kepentingan peribadi...tetapi semua jek2 najib mahu dicalonkan semula atau mahu dijadikan calon..

mike said...

ada makna ataupun tidak terpulang kepada kita untuk menilai..yang tahu hanya tuan punya badan sahaja..

mike said...

kita tunggu dan lihat siapa yang akan dijadikan calon UMNO pada PRU akan datang.

Unknown said...

hope the people are matured and capable of making the necessary judgment...

Unknown said...

harap dengan adanya kesefahaman dan perpaduan antara pemimpin kita ini dapat menjadi contoh kepada rakyat di negeri ini

Unknown said...

kerana ianya tunggak kejayaan dalam sesebuah pemerintahan

Unknown said...

semoga, tidak ada perbelahan di antara kaum/puak di Sabah dan semuanya dapat bersatu-padu untuk membangunkan negeri ini bersama-sama

Unknown said...

dan rakyat perlu berfikiran positif supaya ini dapat menjadi kenyataan suatu hari nanti

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels