15 December 2011

Ustaz Nasha dan Dr Hassan Ali-kononya terperangkap agenda UMNO

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menyifatkan Datuk Dr Hasan Ali dan Nasharudin Mat Isa sudah terperangkap dalam agenda Umno untuk melemahkan parti Islam itu.

Mustafa berkata, Hasan yang merupakan bekas pesuruhjaya PAS Selangor dan Nasharudin yang pernah memegang jawatan timbalan presiden bertindak tidak wajar sebagai pimpinan parti.

“Saya buat kesimpulan, mereka berdua terheret dengan agenda (Umno) yang boleh menjejaskan parti. Sama ada mereka sedar atau tidak sedar, mereka sebenarnya terperangkap dalam agenda musuh politik PAS

Mustafa mengulas kenyataan terkini kedua-dua pemimpin itu mengenai kedudukan mereka dalam parti.

Hasan, yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor pada Isnin lalu juga secara terbuka mengumumkan kesediaan menerima jemputan daripada perdana menteri untuk membincangkan usaha menyatupadukan PAS dan Umno.

Katanya, beliau akan berbuat demikian dengan menggunakan Islam sebagai teras.
Nasharudin dalam kenyataan baru-bari ini ada menyebut beliau berasa pelik dengan politik PAS yang semakin pelik.

11 comments:

Smookiekins said...

"Hasan, yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor pada Isnin lalu juga secara terbuka mengumumkan kesediaan menerima jemputan daripada perdana menteri untuk membincangkan usaha menyatupadukan PAS dan Umno".

Sesuatu yang sangat menarik tapi adakah akan berjaya bersatu

Anonymous said...

kalau setakat dua orang saja yang setuju untuk menyatupadukan PAS dan UMNO, memang tidak akan menjadi pun.

Anonymous said...

adalah wajar jika UMNO dan PAS bersatu.

Caldina said...

Mampukah mereka bersatu jika masing2 punya agenda tersendiri?

zam said...

pas ni sikit-sikit mahu salahhkan umno.

zam said...

pas sepatutnya berusaha memperbaiki diri dan bukannya asyik mencari kesalahan orang lain.

Green Sabah said...

Hope that they will make the right decision regarding this.

Green Sabah said...

We should just wait and see about it.

Anonymous said...

sebelum mengatakan bahawa kedua2 mereka terperangkap dengan agenda umno, baik Datuk Mustafa lihat dulu keadaan parti sendiri.. bahaya juga kalau tidak mengaku kelemahan sendiri malah terus menuding jari ke pihak lain..

Sanih Alias said...

Inilah PAS bila salah diri sendiri mulalah mahu mengaitkan dengan orang lain.

Sanih Alias said...

PAS yang dulu berjuang untuk islam sekarang entah hilang kemana. Perjuangan mereka tidak sama seperti dulu selepas bersatu dengan DAP.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels