31 January 2011

Makrof tiada pilihan selain letak jawatan

Jika Makrof gentleman-dia perlu letak jawatan guru. Kredibiliti Makrof bukan sahaja tercemar-akan tetapi juga tidak lagi sesuai sebagai guru.

Kepada Makrof-lepaskan lah jawatan guru mu itu- sepenuh masa lah jadi orang politik.

Mazlan Aliman yang tahu berkokok-Bukti pengundi Felda-sokong BN

Kokok Mazlan Aliman hanya mengganggu orang yang tidur nenyak. Kokok Mazlan bukan untuk membangunkan orang untuk sembayang subuh, tetapi kokok Mazlan adalah kokok yang tidak ikut waktu.

Sepanjang kempen PRK Tenang-Mazlan hanya tahu berkokok tanpa berbuat apapun. Kokok Mazlan salah satu faktor penyumbang kekalahan dan menurunnya undi Pas yang diterima Pas.

Sepanjang tempoh kempen PRK Dun Tenang-tidak habis-habis Mazlan mencabar Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan untuk berdebat. Cabaran itu tidak dilayan atas sebab-siapa Mazlan? Mazlan bukan sesiapa pada peneroka Felda DUN Tenang, Mazlan adalah pengacau tidak bertempat, yang hanya mencari publisiti murahan untuk dirinya, agar supaya, mendapat perhatian daripada Nik Aziz dan Hadi Awang.

Melihat keputusan PRK DUN Tenang yang berpihak kepada BN-jelaslah-pengundi itu di situ tahu membezakan mana satu kaca dan mana satu intan.

Para pengundi Felda tidak terkelabu mata-kerana Pas mengatakan batu itu intan berlian.

Kepada Mazlan, berhenti lah, menabur fitnah, semakin banyak fitnah yang ditaburkan, maka semakin jelaklah peneroka felda, terutama generasi kedua dan ketiganya.

Kaum melayu yang menghuni rancangan felda-tahu berterima kasih, tahu mengenang budi, tahu mana satu kaca dan mana satu intan. Peneroka Felda, tidak akan mencurahkan air ditempayan-dikala mendengar guruh di langit.

Mahfuz Omar-pemimpin pertama Pas ucap tahniah kepada BN

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar pemimpin pertama Pas mengucapkan tahniah atas kemenangan BN melalui laman Twitter kerana berjaya mempertahankan kerusi DUN Tenang.

Keputusan rasmi BN mendapat 6,699 undi manakala PAS mendapat 2,992 undi.

calon BN, Mohd Azahar Ibrahim menang dengan majoriti 3,707 undi - meningkat berbanding majoriti 2,492 undi pada 2008.

Calon BN juga menang undi Pos. Daripada 119 kertas undi pos yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Mohd Azahar memperoleh 115 manakala Normala memperoleh tiga undi. Satu undi pos ditolak.

Keputusan undi pos itu diumumkan oleh pegawai pengurus pilihan raya kecil, Md Asri Amir. di di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis petang ini.

30 January 2011

Kepada Normala: Masa berkepit telah usai

Sepanjang kempen PRK Tenang termasuk masa penamaan calon pada 22 Januari lalu- Normala senantiasa berkepit ke sana ke mari dengan Makrof. Makrof sanggup meminta cuti sakit selama 21 hari untuk tujuan itu.

Makrof tidak sedar bahawa selama Makrof mengiringi Normala- calon Pas itu sebenarnya tidak selesa. Lihat sahaja raut wajah Normala semasa ditemani Makrof-berbanding ketika Normala bersendirian.

Normala dalam hujan pun masih sempat pose

Tenang: Walaupun hujan pada 12 THari 49 peratus telah mengundi

Walaupun hujan-setakat jam 12 Tengah Hari tadi telah 49 peratus pengundi Tenang telah menunaikan tanggunjawab mereka. Jumlah itu mewakii 7,219 daripada 14.592 pengundi DUN Tenang. Tahniah kepada para pengudi Tenang.

Tenang: Pesanan akhir DIN @ Nor---Asmuni

PAS masih optimis dapat membuat kejutan dalam pembuangan undi hari ini, kata Pengarah Pilihan Raya PAS Dun Tenang, Salahudin Ayub.

Sehingga minit-minit akhir kempen pilihan raya kecil Tenang malam tadi, selepas tujuh hari berkempen sehabis, beliau meminta jenteranya dan semua ahli menerima kehendak pengundi.

“Hanya pengundi Tenang menentukan segala-galanya,” ujarnya malam tadi.

Pada pilihan raya kecil DUN Tenang, Azahar Ibarahim, 30, bekas pembantu pegawai daerah ditentang oleh calon PAS Normala Sudirman, 38, seorang bekas guru.

Kerusi Tenang kosong ekoran kematian penyandangnya Sulaiman Taha (BN) akibat komplikasi kencing manis

PRK Tenang: Hujan akan menurunkan peratusan jumlah undi

LABIS, 30 Jan — Pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang hari ini berlangsung dalam hujan lebat sejak awal pagi. Ekoran cuaca buruk ini dijangka 14,753 pengundi di kawasan itu dijangka akan menghadapi kesukaran untuk keluar mengundi terutamanya di kawasan kampung dan ladang. Atas sebab itu, kemungkinan besar peratusan jumlah undi akan turun dengan drastiknya. SPR sebelum ini mengjangkakan 80 peratus pengundi akan turun mengundi-akan tetapi disebabkan hujan, maka anggaran itu sukar dicapai.

Jika peratusan undi menurun-ada kemungkinan perbezaan undi antara calon BN dan Pas-tidak begitu ketara.

Jika keadaan ini berterusan, peratusan keluar mengundi dijangka kurang 50 peratus. Tinjauan The Malaysian Insider mendapati beberapa kawasan petempatan penduduk dinaiki air, malah jalan keluar dilalui penduduk juga tidak dapat digunakan.

Di pusat-pusat mengundi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak membenarkan pengundi membawa masuk payung sebaliknya hanya boleh menggunakan payung agensi kerajaan itu.

Walaupun hujan, penyokong kedua-dua parti tetap meneruskan usaha meraih undi daripada pengundi. Sementara itu Pegawai Pengurus Pilihan Raya Md. Asri Amir berkata keadaan masih lagi terkawal walaupun hujan lebat. “Keadaan di sini (Tenang) masih lagi ok, tiada masalah. “Pusat-pusat mengundi bebas dari banjir,” katanya.

Pada pilihan raya kecil DUN Tenang ini, Pakatan Rakyat meletakkan Normala Sudirman, Ketua Muslimat PAS Labis sebagai calon manakala BN pula diwakili bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit, Mohd Azahar Ibrahim.

Jabatan Meteorologi meramalkan cuaca pagi ini mendung manakala hujan lebat pada sebelah petang. Dalam pada itu Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz berkata semua 12 pusat yang mempunyai 32 saluran mengundi adalah selamat daripada kemungkinan dilanda banjir kerana terletak di tempat tinggi.

Kerusi DUN Tenang mempunyai 14,735 pemilih berdaftar termasuk 18 pemilih pos.

29 January 2011

PRK Tenang: Jentera PAS Kelam kabut

Isu demi isu melanda jentera Pas di Tenang. Selepas skandal pribadi calon Pas Normala Sudirman terbongkar, kini skandal Pengarah Jentera Pas Sallahudin Ayub yang juga Naib presiden Pas terbongkar.

Sallahudin dikata mempunyai kekasih yang bernama Norazizah (47)berasal daripada Rawang Selangor.

Nampaknya strattegi Pas menyerang pribadi calon BN-Azhar Ibrahim-yang ternyata tidak berasas- blogger mesra kerajaan terpaksa membalas serangan itu dengan fakta-fakta bukannya cerita rekaan.

Pas kesuntukkan masa untuk membalas.. sebelum pengundian esok Pas telah terhukum

Kepada Sallahuddin... kedegilan mu membawa padah.

Kempen Normala bersama Nik Aziz hanya acara makan-makan

Kempen Normala bersama Nik Aziz hanya acara makan-makan (disini)

Suami Normala sakit Tenat-Tapi berkepit sana sini



Gempar: Anwar dapat dana luar negara

Arab Saudi menemukan bahawa banyaknya wang disalurkan kepada pertubuhan Muslim brotherhood-di mana Anwar Ibrahim tersibat sama.

Muslim brotherhood adalah pertubuhan yang disifatkan pertubuhan pengganas antarabangsa.

Laporan CNN yang memetik penguatkuasa Arab Saudi-berkata-Mereka menemui ratusan dolar wang Saudi yang telah disalurkan kepada ahli politik Islam yang terkemuka dan aktivis politik luar negeri.

Menurut CNN, ia telah menemui laporan mengenai siasatan rahsia Arab Saudi berhubung aduan oleh Najib kononnya ada tokoh-tokoh diraja negara itu yang membiayai Anwar.

Menurut laporan CNN, siasatan berkenaan mendapati tiada bukti seumpama itu.

Menurut CNN, sebaliknya siasatan yang dijalankan kerajaan Arab Saudi menjumpai "sesuatu yang sangat berbeza - dan lebih membimbangkan".

Antara lain, laporan itu mendakwa pergerakan politik Persaudaraan Muslim atau Muslim Brotherhood adalah instrumental membuat pembiayaan seumpama itu “ada kalanya” membekalkan dana kepada kumpulan pengganas yang digeruni, al-Qaeda.

28 January 2011

Anwar dah jeling Normala

Akan berlaku kah peristiwa 13 tahun lalu? Semalam Anwar mula mengintai dan menjeling Normala.

Makrof selama makan malam itu tidak berganjak daripada kerusinya kerana Anwar "keep looking on Normala". Berjam-jam- Makrof duduk di kerusinya- sementara hadirin yang lain beberapa kali ke tandas untuk buang air kecil-namun makrof-hanya terpaku di kerusinya.

Meja Normala bertentangan dengan Anwar. Posisi mereka berhadapan- atas sebab itu- mata bertentang mata berlaku setiap masa.

Ada apa-apa kah Nuar?

Sebelum pengakhir majlis makan malam itu- Anwar sempat bergambar dengan Normala-Namun- Makrof menjadi perisai antara mereka berdua.

Makrof tidak pecaya Normala-sanggup menipu

Mungkin latarbelakang bagaimana Makrof mendapatkan Normala sebelum mereka diikatkan sebagai suami isteri mengimbau kembali dibenak Makrof Mutalib. Atas sebab itu- Makrof sanggup berbuat perkara keji-menipu Cuti Sakit.

Cuti sakit Makrof menurut apa yang tertera di cuti sakit itu adalah sakit yang ada kaitan dengan tekanan jiwa aka psikitiri.

Makrof mengalami tekanan jiwa kerana Normala dipilih menjadi calon dalam PRK Tenang. Sebagai calon perkara pokok adalah perlu berkempen ke sana kemari dengan ditemani jentera parti yang sudah tentunya bukan muhirim. Inilah yang menggusarkan Makrof.

Makrof selain sebagai suami pencemburu-juga sangat tidak yakin apabila isterinya berpergian tanpa disertainya.

Atas sebab itu semasa kempen di DUN Tenang ini- kita saksikan ke mana saja Normala-pasti ada Makrof. Mereka berpakaian senantiasa sedondon. Entah berapa pasang baju yang mereka tempah selama kempen ini.

27 January 2011

Makrof-Suami Normala Sakit Tenat

(Sumber: http://marahku.blogspot.com/)
Doktor Swasta di Pusat Kesihatan Keluarga Labis mengesahkan
Cikgu Maarof sakit dan mengeluarkan MC untuk 2 hari iaitu pada 6-7 januari 2011

Klinik Kesihatan Kerajaan Bandar Putra Segamat juga mengesahkan
Cikgu Maarof Sakit Kuat dan memberikan Cuti Sakit
selama 14 hari berturut-turut pada 10 - 23 Januari 2011

Sakit Cikgu Maarof semakin tenat
dan Doktor Pusat Perubatan Kerajaan Bandar Putra Segamat
menambah Cuti selama 5 hari lagi pada 24 - 28 Januari 2011.

Makrof Terlantar di Hospital (22 Januari-Hari Penamaan Calon DUN tenag)
Makrof sakit Tenat di Hospital (Bermain banjir 26 Januari 2011)

Wahai Makrof menipu sunat Ke? (oooooooooh adakah istilah itu???)

Menyelamat mangsa banjir DUN Tenang: Normala hanya berkepit dengan suami

Sementara Jentera BN berserta agensi kerajaan sibuk membantu mangsa banjir di perkampungan di DUN Tenang-calon pas Normala Sudirman hanya mampu berkepit dengan Makrof Mutalib-bodyguard 24 jamnya.

Terlihat bahawa calon Pas khasnya dan umumnya Pas tidak berbuat apa-apa menolong mangsa akibat bencana alam kilat itu.

Normala dan Makrof hanya kelihatan seperti bercanda dengan banjir.

Pengundi Tenang perlu mempertimbangkan antara keupayaan dan kesungguhan BN dibanding Pas

Mangsa banjir empat buah kampung itu ialah Kampung Lembah Bakti, Kampung Paya Merah, Kampung Air Panas dan Kampung Veeran. Kesemua mereka ditempatkan di dewan orang ramai Ayer Panas dan Lembah Bakti.

26 January 2011

PRK Tenang: Keadaan bertukar: BN Underdog

Laporan daripada rakan-rakan, setelah masuk lima hari berkempen-ternyata sokongan kepada calon Pas Normala Sudirman terutama dari kaum cina semakin hari semakin meningkat dilihat daripada ramainya pengundi mendengar ceramah Pakatan.

Kempen agresif daripada jentera PAS dan DAP ternyata semakin hari semakin ramai yang berkunjung ke ceramah-ceramah yang diadakan.

Memang dari awal-awal lagi jentera BN tidak menumpukan kepada ceramah-sebaliknya menumpuhkan kepada bersemuka.

Jentera Pemuda sepertimana dikatakan ketua Pemudanya Khairy Jamaluddin-kempen pemuda menumpuhkan kepada bersemuka.

Datuk Rais Yatim juga berkata bahawa ceramah hanya buang masa, yang penting jentera BN menumpuhkan kepada berapa ramai pengundi Tenang yang mampu dilawati melalui strategi rumah ke rumah.

Pendek kata-jika persepsi pengundi sama sepertimana pengundi Batu Sapi-Sandakan-Sabah, maka tidak mustahil BN menang besar. Sasaran majoriti 5 ribu-bukanlah angka mustahil.

Namun-jika pengundi Tenang termakan isu yang diutarakan oleh Pembangkang-misalnya isu Azhar Ibrahim yang dikatakan-disebabkan kecuaian calon BN itu-maka tanah seorang penduduk dilelong.

Selain itu isu kepimpinan Chua Soi Lek juga menjadi bahan kempen Pakatan. Isu salam yang ddibangkitkan Soi Lek-sedikit sebanyak mempengaruhi pengundi Melayu, isu ini postif buat Noramala.

Apapun-semoga strategi BN mengena. Masih ada tiga hari lagi masa berkempen. Gerakkan jentera secara ALL Out. Ingat PRK Tenang adalah kayu pengukur bagi BN dan juga Pakatan. Jika BN menang-memang dijangka-jika kalah-maka malapetaka akan melanda BN.

Isu jual arak-Normala mahu anak Chua Soi Lek minta maaf

Normala mahu anak Chua Soi Lek yang juga MP Labis minta maaf secara terbuka, jika tidak dia akan saman.

Kalaulah OKB-nak saman-saman lah. Apa yang telah diucapkan adalah betul. Jangan terpedaya dengan pembangkang-konon nak tahu kedai yang mana? Biarlah di mahkamah nanti- akan dibongkar.

Kedai kopi cina-jual arak: Akan tutup jika Normala Menang

Wakil rakyat Labis- Chua Tee Yong berkata ada sebuah kedai Kopi milik seorang cina di Labis berkata-bahawa Normala ada bertanya pada pemilik kedai itu " Kedai kopi? kenapa jual arak!"
Satu perkembangan lagi-cuba perhatikan bagaimana Normala bersalaman dengan kaum cina-walaupun bersarung tangan tapi-kelihatan Normala merasa jijik.

25 January 2011

Salleh masih berpeluang menjadi Ketua Menteri Sabah kali kedua

Kalaulah Datuk Salleh Tun Said bukan pemimpin-kita tidak perlu tahu lah mengenai dirinya. Apapun tindakannya adalah hal pribadinya. Disebabkan Salleh adalah pemimpin-maka kita ada hak juga mengetahui perkembangan pemimpin kita.

Datuk Salleh berkecimpung dalam dunia politik pada tahun 1981 di zaman kerajaan Parti Berjaya pimpinan Datuk Harris Salleh. Walaupun bapanya ketika itu masih merupakan pemimpin USNO-namun Salleh memilih parti Berjaya.

Pada tahun 1982 Salleh bertanding bagi kerusi Usukan atas tikit Berjaya-namun kalah kepada Pandikar Amin Haji Mulia (Kini Tan Sri) calon Usno.

Apabila Parti Berjaya kalah pada parti Bersatu Sabah (PBS) pada tahun 1985-Salleh keluar Parti Berjaya dan menyertai PBS. Salleh bersama-sama PBS-sehinggalahh menyertai UMNO pada tahun 1991- apabila UMNO mengembangkan sayapnya di Sabah. UMNO terpaksa mengembangkan sayapnya ke Sabah atas jemputan Tun Mustapha-kerana Usno didapati tidak mampu lagi bersaing dengan PBS.

Pada pilihanraya 1994-Salleh sebagai Ketua Umno Bahagian Kota Belud telah bertanding bagi kerusi Parlimen Kota Belud dan DUN Usukan-juga di Kota Belud. Pada pilihanraya itu- BN yang dianggotai oleh Umno-Akar-LDP-SAPP belum mampu menubuhkan kerajaan. Namun akhirnya BN menubuhkan kerajaan kerana PBS kehilangan majoriti di DUN Sabah apabila dua wakil rakyatnya keluar parti itu menyertai BN.

Semasa BN membentuk kerajaan Salleh dilantik sebagai Ketua Menteri selepas Tun Sakaran Dandai. Salleh menjawat jawatan Ketua menteri sehingga Mei 1996-kerana terpaksa melepaskan jawatan itu kepada Yong Teck Lee dibawah sistem penngiliran Ketua Menteri Sabah: Bumiputera Islam 2 tahun-Kaum Cina 2 Tahun dan Bukan Bumiputra Islam 2 tahun.

Walaupun Salleh kehilangan jawatan Ketua Menteri Salleh juga dilantik semula sebagai anggota kabinet Negeri sehingga tahun 2004.

Pada pilihanraya tahun 2004-Salleh tidak bertanding diperingkat DUN sebaliknya hanya diperingkat Parlimen. Salleh menjadi ahli Parlimen sehingga tahun 2008.

Pada PRU-2008-Salleh tidak bertanding sebarang kerusi-baik negeri mahupun Parlimen.

Akibat perkembangan dalam parti Umno- Datuk Safie Apdal yang pada mulanya sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Negeri, telah dinaikkan pangkat sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri kedah-atas kapasstinya seebagai Naib Persiden Umno.

Kekosongan jawatan Timbalan Perhubungan Umno Negeri telah diisi oleh Salleh. Semasa menerima jawatan tersebut Salleh mengatakan bahawa beliau akan senantiasa mempamerkan dirinya sebagai orang nombor dua kepada Musa Aman di peringkat Negeri. Salleh juga berjanji akan membantu Musa Aman sebagai Pengerusi Perhubungaan Umno dan Pengerusi BN Negeri agar Sabah tetap menjadi Simpanan tetap BN.

Dikerana keperluan kepada pentadbiiran Negeri- Musa Aman melantik Salleh seebagai Penashat Sains dan teknologi Kepada Ketua Menteri dimana jawatan tersebut bertaraf menteri kabinet negeri.

Kejaya politik Datuk Salleh difikirkan sangat diperlukan bukan sahaja diperingkat nasional namun juga diperingkat negeri. Tahun 2011 adalah kecemerlangan politik beliau-apabila dalam masa tempoh seminggu-Salleh mendapat hadiah jawatan-yakni sebagai Pengerusi Finas (berkuatkuasa pasa 1 Januari) dan Speaker Dewan Undangan negeri Sabah berkuatkuasa pada 17 Januari lalu.

Akibat perlantikan Salleh ke berbagai jawatan tersebut- Salleh telah melakar sejarah tersendiri bahawa semua jawatan pernah disandangnya-yang belum hanya jawatan Menteri Pusat dan TYT Sabah.

Datuk Salleh masih realtif muda. Peluang menjadi pimpinan pusat masih terbuka luas. Demikian juga peluang menjadi Ketua Menteri Sabah untuk kali kedua masih terbuka luas. Sejarah membuktikan bahawa Tun Mustapha pernah dilantik dua kali sebagai ketua Menteri, demikian juga Tun Fuad Stephens.

Walaupun Salleh telah dilantik sebagai Speaker DUN Sabah-namun Salleh tetap aktif dalam dunia politik. Pada penamaan calon di PRK Tenang-Johor pada 22 januari-Salleh bersama Datuk Musa Aman berada di Tenang bagi memberi sokongan kepada calon BN Azhar Ibrahim.

Musa Aman kononnya KKN?

Musa Aman, Ketua Menteri sabah ke 12 negeri ini. Dilihat sebagai pemimpin paling KKN (Kroni, Korupsi, Nepotisme) di sabah. Bagi mereka yang belum sedar dan belum tahu perwatakannya dalam kepemimpinan, memang melihat beliau sebagai orang hebat. Kenapa? kerana mereka mendapat kepentingan daripadanya. Namun bagi orang yang suka buat kajian, mereka pasti berkata, “dia memang teruklah!”.

Musa Aman, Ketua Menteri Sabah ke-12

Dengan membawa logo Umno, Musa Aman sering mengatakan umno sebagai parti untuk semua rakyat. Itu bahasa lisannya. Namun secara praktikal, Musa mempergunakan Umno untuk mengikis harta sabah untuk disumbangkan kepada para kroninya.

Tanyalah ke mana perginya harta konsesi Yayasan Sabah? Tanyalah siapa kontraktor-kontraktor pengusaha projek mega di sabah? Tanyalah siapa yang memberikan projek kepada syarikat Benta Wawasan untuk membuat pembalakan milik Yayasan Sabah seluas 306,000 hektar? Tanyalah siapa punya wang 15 juta yang cuba dibawa ke Permatang Pauh ketika pilihan raya kecil dulu? Dan masih banyak lagi kes Musa Aman membabitkan rasuah.

Malah sudah lebih daripada 20 aduan atau laporan telah dibuat kepada SPRM mengenai kes-kes Musa Aman ini tetapi sehingga kini pencegah rasuah itu belum ada tindakan lanjut-ada kemungkinan SPRM tidak yakin dengan laporan itu.. kita tidak tahu sebab musababnya.

Pernah juga tahun lalu Musa Aman pergi ke Sook untuk meninjau kilangnya yang ada di daerah ini. Beliau mendarat dengan helicopter di padang SMK Sook. Kehadiran beliau ini disambut oleh satu barisan pelajar sekolah SMK Sook kira-kira pada pukul 9.30 pagi. Ketika itu betul-betul penulis merasakan betapa seorang pemimpin yang bergelar Ketua Menteri sama sekali TIDAK menghargai pelajar kami. Kenapa? kerana seorang pelajar kami pun dia tidak salam atau jebat tangan. Beliau keluar dari helicopter, bersalaman dengan orang-orang kuatnya yang sedang menunggu lalu naik kereta ninja dan terus jalan ikut pintu pagar sekolah. Akhirnya para pelajar kami balik ke kelas masing-masing sambil berkata, “itukah ketua menteri, sombong. salam kami pun tidak. Penat-penat saja kami tunggu dari jam 7.30 lagi”. Kira-kira jam 11.00 pagi beliau masuk lagi ke kawasan sekolah untuk naik helicopter. Ingatkan dia mahu tengok-tengok keadaan sekolah SMK Sook sebelum berangkat balik ke KK. Kirim salam sajalah! Ninja yang dia naiki terus meluru ke tengah padang dan beliau naik helicopter lalu terbang.

Sungguh memalukan! Sikap seorang ketua menteri seperti ini. Langsung tidak layan penduduk. Yang penting dia tengok kilang dia, lepas itu terbang balik tanpa menjenguk walau sesaat pun keadaan sekolah SMK Sook.

Biarlah itu berlalu. Orang sook sudah kenal siapa manusia busuk ini. Sekarang kita lanjutkan dengan melihat kedudukan empayar Musa Aman terhadap negeri sabah ini. Anda pasti kurang tahu, dan mungkin kurang percaya jika saya katakan bahawa negeri sabah ini digenggam oleh Musa Aman dan sanak saudaranya. Jadi boleh dikatakan bahawa sabah ini adalah milik keluarga Musa Aman. Saya akan buktikan kepada anda, bagaimana empayar Musa Aman ini bertapak dan wujud menggenggam sabah sekarang ini.

Perhatikan baik-baik, orang-orang Musa Aman ini, yang mempunyai hubungan kekeluargaan yang rapat. Mereka adalah pemegang jawatan penting dalam mana-mana jawatan di beberapa daerah di sabah ini. Beliau sengaja meletakkan kerabat keluarganya ini memegang jawatan penting dalam parti setiap daerah, agar kepentingan beliau untuk menguatkan lagi kedudukannya di sabah terjamin. Perhatikan ini:

1. Musa Aman: Ketua Menteri Sabah merangkap Ketua Umno Bahagian Libaran;
2. Anifah Aman: Ketua Bahagian Kimanis;
3. Mohd. Arifin Mohd. Arib: Menantu beliau, Naib Ketua Bahagian Kimanis;
4. Yumani Hafis: Anak beliau, Ketua pemuda Bahagian Sipitang;
5. Hasnol Ayub Aman: Anak abangnya, Naib Ketua Umno Penampang juga bekas Pemuda Umno Pusat;Kini Pengarah IDS-Think-Tank Sabah.
6. Johari Ayub Aman: Bendahari Umno Pensiangan, juga wakil G7 ke KL;
7. Anwar Ayub Aman: Anak abangnya, Wakil G7 dan AJK Umno Bahagian Keningau;
8. Yasin Aman: Adik beliau, AJK Umno Bahagian Beaufort;
9. Mohd. Daud Aman: Adik beliau, Wakil G7 dan AJK Umno bahagian Beaufort

Inilah Musa Aman. Kroni family paling gila di sabah. Kalau perlu semua lorong dan jalan di negeri sabah ini harus dipegang oleh keluarganya sahaja. Namun yang menghairankan ialah orang-orang sabah khususnya penyokong BN masih buta tentang perkara ini. Atau memang mereka tahu tetapi sudah disumbat dengan wang dan jasa oleh kroni-kroni Musa ini? Alangkah bodohnya kita jika kita masih mengagungkan dia sebagai pemimpin yang berwibawa sedangkan segala kecurangan beliau terhadap rakyat sabah sudah terang-terangan di depan mata.

Sekarang fikirlah sendiri. Jangan ikut hati saja tanpa berfikir secara objektif dan realistik. Kita sebagai rakyat harus gunakan kekuatan fikiran yang lebih matang, penuh hikmah dan pertimbangan demi kesejahteraan negeri ini.

“Kalau kaya jangan jadi Qorun, kalau berkuasa jangan jadi Firaun” Dipetik disini

Kalau di Jepun-Orang seperti Khalid Ibrahim dah letak jawatan

Khalid Ibrahim gagal dalam usaahanya meminda undanng-undang tubuh kerajaan Selangor. Pindahan itu bertujuan agar supaya kuasa melantik tiga jawatan tertinggi negeri diletak di bawah kuasa Menteri besar.

Sidang khas DU Selangor semalam gagal dengan undian 35 lawan 20. Khalid memperlukan undi 38 agar pindahan itu diluluskan.

Jika di Jepun- orang seperti Khalid perlu letak jawatan.

24 January 2011

Saya Tiada Masalah Pribadi: Azhar Ibrahim

Calon Barisan Nasional (BN) Mohd Azahar Ibrahim berkata beliau tidak akan terperangkap dengan permainan politik kotor parti pembangkang yang mengancam melakukan serangan peribadinya pada pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, kerana "saya tiada masalah pribadi" demikian kata calon BN itu.

Mohd Azahar, yang lebih dikenali dengan panggilan "Tok Ai" berkata: "Saya tidak takut (ancaman serangan peribadi). Saya tidak ada perkara yang mahu disembunyikan."

Bercakap kepada pemberita semasa bertemu masyarakat tempatan di Pasar Tani Labis di sini, pada Isnin, Mohd Azahar berkata pembangkang bermain politik kotor dengan menyebarkan maklumat palsu mengenai dirinya.

Calon BN itu berkata beliau akan menjelaskan kepada para pengundi tentang usaha-usaha yang bakal dilaksanakanya untuk membangunkan Tenang.

Pada Ahad, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub pada sidang akhbar di bilik gerakan PAS di sini didakwa akan membangkitkan "isu-isu peribadi calon BN" jika MCA, parti komponen BN terus menjadikan pendekatan calon PAS bagi pilihan raya kecil itu, Normala Sudirman, tidak bersalam dengan pengundi lelaki sebagai satu isu.

Pilihan raya kecil DUN Tenang pada 30 Jan ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN, Mohd Azahar, bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit, Batu Pahat dan calon PAS, seorang bekas guru.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Sulaiman Taha pada 17 Dis lepas akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis.

Pada pilihan raya umum 2008, Sulaiman menewaskan calon PAS, Mohd Saim Siran dengan kelebihan 2,492 undi.

Mengenai sambutan pengundi-pengundi kaum Cina di DUN Tenang terhadap beliau dan kempen BN, Mohd Azahar berkata penerimaan pengundi Cina setakat ini amat baik.

"Saya amat gembira dengan sambutan dan sokongan yang diterima daripada pengundi-pengundi Cina di DUN Tenang setakat ini," kata beliau.

Terbukti Haji Hadi Bohong-Normala bukan penduduk Tenang

Isu PAS kononnya parti itu memilih Normala Sudirman, kerana anak tempatan Tenang. Namun semakan daftar undi, terbukti calon Pas itu bukan pengundi Tenang- Tapi Sekijang

Jika berbohong-sekelip mata akan terbongkar, kerana itu bercakap benarlah.

Pas pancing pemuda-kerana itu calonkan Normala

Pengundi muda di Tenang merupakan faktor penentu kemenangan Pakatan Rakyat di kawasan itu. Atas sebab itu Pas mencalonkan Normala. Penampilan Normala bagaikan model diperkirakan oleh Pas mampu menarik pengundi muda.Namun Pas juga lupa-bahawa calaon BN adalah juga oramg muda, bezanya Azhar bukanlah bintang filem.

Persiden Pas Datu Hadi Awang mendakwa bahawa pengundi muda adalah penentu, selain itu kata Hadi pengundi Felda kononnya berpihak kepada Pas. Hadi tidak menyebutkan atas dasar apa pengundi muda dan felda berpihak kepada Pas.

Selain itu MP Marang itu berkata bahawa di DUN Tenang tiada pengundi Pos sebagai undi deeposit BN, atas sebab itu-Pas yakin kononnya boleh mengalakan BN.

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, PAS akui terpasa menempuh laluan yang sukar di kubu kuat BN ini.

Beliau bagaimanapun tidak menolak kemungkinan, kejutan boleh berlaku atas faktor calon golongan muda yang diketengahkan parti itu. Cikgu Mala mempunyai kelebihan dari segi hubungan mesra dengan penduduk setempat dan juga golongan pengundi muda.

23 January 2011

Normala anggap pengundi Tenang adalah pesakit

Penggunaan sarung tangan plastik adalah baik untuk mencegah penyebaran bacteria di antara kakitangan dan pesakit-pesakit. Sarung tangan sepatutnya digunakan sebagai satu daripada prosedur-prosedur pengasingan semasa merawat pesakit-pesakit terjangkit dalam bilik pengasingan dan semasa menjalankan prosedur-prosedur yang memerlukan teknik-teknik aseptik. Satu perkara yang penting diingatkan ialah prosedur-prosedur yang 'bersih' mesti dilakukan sebelum prosedur-prosedur yang 'kotor', terutamanya apabila merawat pesakit-pesakit imunosupres yang rentan pada jangkitan apabila di hospital.

Punca kematian Pramugari MAS Disebabkan Sindrom Jet Lag

SEREMBAN: Suami pramugari Malaysia Airlines (MAS) yang mati akibat terjatuh dari tingkat 9, Hotel Radisson, Amsterdam, Belanda, minggu lepas, percaya kematian isterinya disebabkan sindrom lesu jet (jet lag).

Suami mendiang, Cheng Yin Chet, 39, mengesyaki isterinya mengalami keadaanitu semasa mendiang sedang menikmati keindahan bandar Amsterdam dari kawasanterbuka di tingkat 9, hotel tersebut di antara 12 tengah malam hingga 6 pagi (waktu Belanda).

"Sebelum isteri saya ditemui mati, dia ada beritahu saya melalui sistem pesanan ringkas (SMS) bahawa dia mengalami pening kepala atau jet lag," katanya kepada pemberita di rumahnya di Seremban 2 di sini Sabtu selepas tidak berpuas hati dengan pelbagai spekulasi media yang menyelubungi kematian isterinya.

Menurut kamus perubatan, jet lag merupakan satu keadaan yang biasa dialami dalam satu penerbangan yang jauh yang merentasi satu zon masa ke zon masa yang lain dan akan menyebabkan individu tersebut mengalami pening serta hilang keseimbangan badan.

Sehubungan itu, Cheng yang merupakan seorang ahli perniagaan dan mempunyai seorang anak lelaki berusia 16 tahun hasil dari perkahwinan itu, menafikan isterinya membunuh diri.

"Isteri saya juga tidak bunuh diri dan tidak ada rancangan untuk bunuh diri. Hubungan kami sangat baik, mendiang sempat menghantar sms kepada abangnya di Malaysia untuk menjemput abangnya makan malam di rumah kami sempena sambutan Tahun Baru Cina," katanya.

Beliau berkata, mendiang juga ada menghubunginya dari Belanda meminta Chengmenunggu kepulangannya untuk membeli-belah sempena sambutan perayaan itu.

Cheng juga melahirkan rasa kesal kerana ada spekulasi yang menyatakan bilik isterinya berselerak seperti diselongkar sedangkan perkara tersebut tidak berlaku dan wang tunai, kamera serta komputer bimbit milik mendiang masih berada di biliknya dan tidak hilang.

22 January 2011

Apek Cikgu Mala tak nak salam la

Di mana suami Normala?

Normala semasa menunggu disahkan sebagai calon di Dewan Majlis daerah Labis. Turut kelihatan Persiden Pas Datuk Haji Hadi Awang. Di mana gerangan Makrof Mutalib-Suami Normala.

PRK Tenang: Petanda Awal:BN tetap menang

Menyaksikan hari penamaan calon, di mana hanya dua calon bertanding- Azhar Ibrahim mewakili Barisan Nasional dan Normala Sudirman mewakili Pas, ternyata kerusi DUN N5 Tenang masih milik BN.

Perarakkan ke tempat pencalonan-BN yang diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri diiringi oleh kira-kira 10 ribu penyokong, seementara Pas yang diketuai oleh Persiden Pas diiringi oleh kira-kira 2 ribu penyokong pas.


Hanya dua orang calon mengemukakan pencalonan. Kedua-kedua calon telah memasuki dewan penamaan calon pada kira-kira pukul 9.10 pagi.

21 January 2011

Esok Normala guna sarung tangan ala Wan Azizah

Mentang-mentang jadi calon, cara berpakaianpun berubah. Jika dulu, tidak pernah guna sarung tangan, kini guna sarung tangan ala Wan Azizah persiden PKR.

Di khbarkan juga Normala tidak gemar berjumpa penduduk lelaki, kerana takut bodyguard yang senantiasa mengiringinya akan cemburu.

Normala apabila berjumpa penduduk wanita, bodyguardnya (Makrof Mutalib) akan jauh-jauh daripadanya, kerana sifat Normala yang panas baran-kuat cemburu dan suka mengongkong suami.

Apa kan daya-ini lah calon pertaruhan Pas, yang kononya boleh membela penduduk Tenang.

Kerana sifat-sifat Normala yang tidak mesra alam ini, para pennyokong DAP termasuk pemimpinnya telah hilang keyakinan terhadap calon pilihan Nik Aziz itu.

Jika sebelumnya Lim Kit Siang membuat andaian-bahawa Normala mampu mengurangkan majoriti BN, harapan itu tingggal harapan. Malah, Mahfuz Omar Naib Persiden Pas berkata, jika Normala mampu mendapat undi seepertimana yang diperolehi calon PaS pada PRU-12 lalu, itu merupakan satu kemenangan.

Para pemimpin Pakatan-terutama DAP merasakan bahawa pencalonan Normala-bukan sahaja akan membawa persepsi negatif kepada mereka di Johor, malah ada kemungkinan akan merebak di negeri jiran seperti melaka.

Kenapa DAP tidak mahu Normala menang?

Awal-awal lagi DAP melalui penasihat parti itu LIM Kit Siang tidak yakin Normala boleh menang di Tenang. Selain Normala bukan anak tempatan, calon PAS itu juga diketahui bermasalah semasa menjadi guru.

Di kalangan guru-guru, Normala dikenali sebagai guru yang kaki "bangkang", setiap program sekolah dia mana di mengajar, tetap sahaja mendapat bangkangan daripadanya.

Selain itu, Cikgu Mala adalah tipe wanita yang mengkongkong suami, sehingga suaminya sukar mengawal tindak tanduknya.

Setelah menjadi calon, khabarnya Normala tidak sehaluan dengan juru kempen yang dikirim PAS daripada negeri-negeeri lain, demmikian juga juru kempen DAP dan PKR, Normala tidak sehaluan dengan mereka.

Normala lebih senang dengan gayanya sendiri, yang ditemani suami keliling DUN Tenang, sehinggakan suaminya yang masih bertugas sebagai guru terpaksa ponteng-membiarkan anak didiknya tanpa guru.

Atas faktor ini pemimpin DAP tidak senang dengan Normala. Menurut sumber-sumebr, DAP khuatir-rakyat akan memberi persepsi buruk kepada pemimpin Pembangkang-kerana sifat Normala yang tidak mesra alam itu.

Normala dipilih Nik Aziz, bukan kerana kepimpinannya, Normala dipilih, kerana rupa parasnya. Melalui rupa paras Normala diperkirakan dapat menarik pengundi-pengundi yang miang-miang.

Jawatan Politik adalah jawatan Pengorbanan

Jawatan politik adalah jawatan pengorbanan. Seseorang pemimpin politik yang dilantik untuk jawatan politik adalah untuk menghargai sumbangan dan pengorbanan seseorang itu dalam dunia politik.

Dunia politik adalah dunia sukarela. Seorang ahli politik telah dianugerahkan kekuatan tanpa kekangan waktu dan masa senantiasa melayan karenah politik yang penuh dengan panorama.

Tiada tanda terima kasih yang boleh menggantikan sumbangan pemimpin politik selain daripada menghargai sumbangan itu melalui pemberian jawatan, agar pemimpin itu boleh terus menyumbang dan menyumbang. Demikianlah hal dengan Datuk Salleh. Datuk Salleh terus diberi peranan- atas sebab itu- baik di peringkat pusat mahupun negeri mantan Ketua Menteri itu diberi peranan.

Tahun 2008 semasa PRU-12 Datuk Salleh tidak dicalonkan dalam pilihanraya itu, namun kerana pengalamannya dalam dunia politik, Salleh tetap "cool" dalam perjuangannya. Selepa saja, Salleh dan Pandikar serta Amir Kahar tidak tersenari sebagai calon pada PRU-2008, ramai yang bersepulasi, bahawa dunia politik Datuk Salleh telah sampai ke penghujungnya.Namun, dua hari sebelum penamaan calon, telah tersiar gambar pertemuan antara Musa-Salleh-Pandikar yang berlangsung di rumah kediaman rasmi Musa di Sri Gaya yang juga dihadiri oleh Rahman Dahlan dan Musbah Jamali- semuanya berikar-bahawa mereka adalah SATU.

Walaupun ramai yang melihat bahawa politik Datuk Salleh telah sampai ke penghujungnya, namun pimpinan Pusat melihatnya di lain sudut. Selepas Datuk Safie mengosongkan jawatan Timbalan Pengerusi perhubungan Negeri, kerana dinaikkan pangkat sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Kedah, Datuk Salleh dipilih oleh Persiden Umno menggantikan Safie Afdal.

Pemilihan Salleh bagi jawatan No.2 kepada Musa itu, bukan sahaja menjadi buah mulut dikalangan pemerhati politik, malah ahli-ahli politik.

Najib telah membuat keputusan yang tepat. Buktinya persepsi yang salama ini mengatakan bahawa hubungan Musa-Salleh tidak akrab, ternyata semuannya omong kosong. Dunia politik adalah dunia semua boleh, dunia politik tiada musuh berkekalan, demikian juga tiada kawan selama-lamanaya.

Pemilihan Salleh sebagai nombor dua kepada Musa adalah untuk memastikan bahawa Sabah akan tetap sebagai simpanan tetap BN.

Puncuk pimpinan Pusat melihat kedudukan Salleh yang tanpa jawatan walaupun sebagai no.2 kepada Musa, maka kerajaan Pusat melantiknya sebagai Pengerusi Krfat Tangan Malaysia. Selepas itu, kerajaan Negeri mengiktirafnya lagi dengan sebagai Penasihat Sains dan Teknologi kepada Ketua Menteri Sabah bertaraf menteri.

Kerjaya politik Salleh bergitu memuncak pada tahun 2011. Dalam masa seminggu Datuk Salleh mendapat anugerah dua jawatan. Dua jawatan itu adalah pengerusi Perfileman Nasional (Finas) dan kedua adalah Jawatan Speaker dewan Undangan Negeri Sabah.

Sepertimana kata Datuk Salleh dalam blognya, bahawa anugerah dua jawatan tersebut merupakan hadiah kepada dirinya dan juga keluarganya. Sememangnya sumbangan Datuk Salleh dalam politik negeri dan tanah air-sukar untuk dibalas ganti, sebarang jawatanpun, sebenarnya belum berbaloi, jika ditimbangtarakan dengan sumbangan Datuk Salleh dalam dunia poitik.

19 January 2011

Anwar akan demam jika debat dengan saya: Najib

Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu mendesaknya untuk berdebat kerana beliau mempunyai pelbagai maklumat yang boleh menyebabkan ketua pembangkang itu 'demam' jika dibongkarkan ketika berdebat.

Perdana Menteri berkata, beliau tidak gentar berdebat dengan Anwar tetapi menyifatkan tindakan berkenaan hanya membuang masa kerana pembohongan ketua pembangkang itu dan kegagalannya menunaikan janji.

"Sudah cukuplah pembohongan, janji banyak tak boleh buat, ini nak debat dengan saya pula, buang masa. Saya boleh debat dengan dia, saya tak takut, saya dengan menteri saya tahu segala maklumat.

"Jangan cuba nak cabar saya, kalau saya dedahkan segala-galanya, ada orang yang demam nanti," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Jamuan Tengah Hari Bersama Rakyat dan merasmikan Dewan Semai Bakti serta Gelanggang Futsal di Padang Awam Felda Tenang, di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman dan Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Samad. Majlis itu dihadiri lebih 2,000 orang dan hadirin dihidangkan dengan nasi ambeng, makanan tradisi masyarakat Jawa.

Perdana Menteri menambah, 'Pelan 100 Hari' pembangkang juga merupakan perancangan yang songsang dan tidak betul dan diperkenalkan semata-mata untuk menarik sokongan rakyat.

"Saya tengok pelan itu hanya nak belanja sahaja. Ia tak ambil kira dari mana punca pendapatan. Kalau kita tak ada punca pendapatan, macam mana kita nak cari dana untuk belanja. Saya berharap rakyat jangan terpedaya dengan janji pembangkang ini," katanya.

Tambah beliau, Anwar sepatutnya membereskan janji seperti menubuhkan kerajaan baru 16 September dan masalah 'peribadinya' ekoran kes liwat yang dihadapinya daripada asyik mencabar dirinya berdebat mengenai 'Pelan 100 Hari' pembangkang.

"Nak tubuh kerajaan pada 16 September, tak tubuh lagi. Ini dah 2011. Kita tunggu sehari demi sehari tak jadi, dia kata 30 anggota Parlimen dari Barisan Nasional nak seberang masuk pembangkang. Kita tengok-tengok, belek-belek mana dia 30, rupanya lima anggota Parlimen dia (pembangkang) yang keluar jadi anggota Bebas.

"Tak payahlah debat, banyak hal lagi tak selesai. Bukan kerajaan yang bawa dia ke mahkamah, yang buat laporan polis ni Saiful (bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan)," katanya.

Dalam pada itu, Najib berkata, Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini semakin bercelaru kerana semakin ramai pemimpinnya keluar parti.

Menurutnya, belum pernah terjadi parti politik seperti PKR yang pemimpinnya daripada Timbalan Presiden, Naib Presiden, Setiausaha dan hingga ke peringkat bawahan keluar parti.

Beliau berkata, bekas pemimpin tersebut semuanya menyatakan hilang kepercayaan terhadap PKR yang semakin goyah.

Sementara itu, beliau menegaskan, Felda yang diwujudkan lebih 50 tahun lalu kini berjaya membawa perubahan besar kepada golongan peneroka dan ahli keluarga mereka termasuk generasi kedua dan ketiga.

Malah, menurut Perdana Menteri, Felda kini bukan lagi jaguh kampung, tetapi berjaya mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.

"Kini Felda sudah berjaya membuat pelaburan di Amerika Syarikat dan Kanada. Felda kini bukan lagi jaguh kampung tetapi sudah menjadi pemain di peringkat global. Malah banyak negara kini mencontohi Felda.

"Ada beberapa negara di Afrika seperti Sierra Leone dan beberapa negara lain turut menjadikan Felda contoh kerana mereka yakin Felda berjaya mengubah nasib rakyat. Ini bukan kita yang cakap, tetapi orang luar yang cakap," katanya.

Terdahulu, semasa berucap pada Majlis Ramah Mesra dengan penduduk di Sekolah Kebangsaan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (LKTP) Felda Chemplak, Najib mendedahkan, beliau pernah berhasrat melepaskan jawatan sebagai menteri yang bertanggungjawab menjaga hal ehwal Felda ketika baru menjadi Perdana Menteri.

Bagaimanapun, niat tersebut terpaksa dilupakan kerana masyarakat Felda mendesaknya untuk tidak melepaskan jawatan itu.

"Saya jadi menteri yang jaga Felda sejak 2004 yang dilantik oleh Tun Abdullah (Ahmad Badawi) sampai sekarang.

''Pada peringkat awal jadi Perdana Menteri saya nak lepaskan jawatan menteri yang jaga Felda tapi tak jadi setelah didesak masyarakat Felda," katanya yang disambut tepuk gemuruh kira-kira 10,000 masyarakat Felda.

Beliau berkata, walaupun keadaan para peneroka mengecapi hidup yang lebih baik tetapi mereka tetap tidak melupakan jasa Felda.

Pada majlis itu, Najib turut melancarkan tapak lot rumah generasi kedua Felda Chemplak yang berdekatan sekolah tersebut.

18 January 2011

Pantai Kota Belud layak lokasi penggambaran filem

Kalau lah ada filem yang berorentasikan pemandangan laut, Pantai Kota Belud boleh menjadi lokasi penggambaran.

Pantai Kota Belud adalah pantai yang terpanjang di Malaysia dan ke tiga di Asia dan ke sepuluh di dunia.

Bagi penggiat-penggiat filem, terutama filem percintaan, berilah peluang kepada Pantai Kota Belud menjadi lokasi penggambaran.

Perlantikan pemimpin negeri ini sebagai Pengerusi perfileman nasional (Finas) akan memberi ruang kepada Pantai Kota Belud untuk dijadikan sebagai lokasi penggambaran. Jika sekiranya perkara ini berlaku, OKB yakin Pantai Kota Belud boleh terkenal suatu hari kelak.

Selain sebagai lokasi penggambaran, Pantai Kota Belud boleh menjadi produk pelancongan atau tempat temasya antarabangsa, misalnya permainan "air galider" kerana pantai itu boleh diluncuri berbatu-batu jauhnya.

Semoga Pantai Kota Belud akan terkenal di suatu hari kelak.

16 January 2011

Sibuknya ADUN Tempasuk Kota Belud

Semalam saya menerima SMS daripada ADUN Tempasuk Kota Belud dimana kandungannya bahawa beliau berada di Kg Sarang dan Kg Dudar. Oleh kerana keduudukan Kg Rampayan Ulu berdekatan dengan dua kampung itu-dimana saya menetap-maka mungkin itu sebabnya ADUN tersebut menghantar SMS.

Malangnya semasa saya menerima SMS itu-saya berada di Kota Kinabalu-kerana sejak awal tahun lepas saya telah berpindah ke Kota kinabalu.

Menurut ADUN Tempasuk itu-sejak akhir-akhir ini beliau mempunyai jadual yang sangat padat dalam acara melewat kampung-kampung yang berada dalam kawasan N.6 Tempasuk untuk mengenal pasti kelancaran projek-projek kerajaan yang dilaksana di kampung-kampung.

Musbah melalui kementerian pertanian negeri terlibat memantau kejayaan projek Jelapang Padi Kota belud dan projek-projek lain di bawah Kementerian Pertanian seperti projek Agropolitan, projek tukun tiruan, projek ikan dalam sangkar serta projek Kampung Sejahtera dan projek pelancongan.

Kota Belud boleh dijadikan produk pelancongan yang bakal terkenal. Kota Belud mempunyai pantai yang terpanjang di Sabah dan mungkin di Malaysia. Dengan pantai yang indah yang menghadap ke Timur, Utara dan Barat-suatu hari Pantai Kota Belud akan menjadi produk pelancongan yang sangat berpotensi.

Sesiapa yang pernah melawat Pantai kuta-Bali, pasti akan terbayang Pantai Kota Belud. Sayang Pantai Kota Belud belum dimajukan.

15 January 2011

Hadiah Tahun Baru untuk Datuk Salleh

Tidak ramai dikalangan ahli politik yang berpeluang mendapat jawatan lebih dari satu dengan spin masa yang sangat singkat.

Mantan Ketua Menteri Sabah Datuk Salleh Tun Said adalah pemimpin politik yang mendapat hadiah dua jawatan dalam tempoh seminggu.

Jawatan pertama adalah pengerusi Finas yang berkuatkuasa 1 Januari dan jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah yang ddiumumkan oleh Ketua Menteri Sabah rabu lalu seusai mesyuarat Kabinet Negeri.

Berikut ulasan SSK melalui blognya mengenai hadiah tersebut.

"Pada tahun 2011 ini, perkembangan yang berlaku di sekeliling kita mengubah keadaan. Di peringkat Pusat, saya telah dilantik sebagai Pengerusi Finas yang baru, berkuatkuasa mulai 1 Januari. Dan di peringkat negeri, kerajaan memberikan tanggungjawab sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah." Dipetik dari sskeruak.blogspot.com

"Kedua-dua jawatan ini saya terima dengan penuh tanggungjawab sebagai menghargai kepercayaan dan amanah yang diberikan oleh kerajaan. Terus-terang saya katakan, bahawa saya tidak pernah terfikir atau mengharapkan jawatan sedemikian, jauh sekali melobi untuk mendapatkannya. Bagi saya, ia datang sebagai hadiah tahun baru buat saya dan keluarga, terutama isteri dan anak-anak yang menjadi sumber inspirasi saya" dipetik dari sskeruak.blogspot.com

13 January 2011

Salleh Said melakar sejarah lagi

Datuk Salleh melakar sejarah lagi. Tahun 1983 sebaik sahaja menamatkan pengajiannya di Kanada Salleh telah dilantik sebagai Pegawai daerah Kota Belud-daerah asalnya.

Setelah berkhidmat sebagai Pegawai daerah-beliau berkecimpung dalam dunia politik semasa pemerintahan Parti Barjaya (1976-1985) sebagai setiausaha politik. Selepas itu Salleh juga pernah dilantik ADUN Lantikan.

Salleh juga pernah bertanding dalam pilihanraya untuk julung kalinya pada tahun 80-an untuk julung kalinya atas tikit parti berjaya bagi PRK Usukan-namun tewas kepada calon Usno ( Pandikar Amin Haji Mulia-sekarang Tan Sri dan Speaker dewan Rakyat).

Selepas Parti Berjaya kalah pada tahun 1985- Salleh telah keluar daripada Parti Berjaya dan menyertai Parti Bersatu Sabah (PBS). Selama dalam PBS- Salleh tidak diberi peranan dalam kabinet-seebaliknya hanya menjadi pengerusi GLC.

Selepas PBS keluar BN pada ambang PRU-1990, Salleh keluar PBS dan menyertai UMNO.

Pada PRU-1994, Salleh memenangi kerusi ADUN Usukan dan Parlimen Kota Belud. Pada PRU tersebut- asecara keseluruhan BN belum mampu membentuk kerajaan-kerana kekurangan 2 kerusi.

Disebabkan majoriti mudah yang diperoleh PBS hanya 2 kerusi-maka atas permainan politik- PBS tumbang-ekoran keluarnya dua ADUN PBS ketika itu-yakni Datuk Lajim Ukin dan Datuk Robin Balang menyertai UMNO.

PBS tumbang- BN membentuk kerajaan dan melantik Tun Sakaran Dandai sebagai Ketua Menteri Sabah dalam sistem pengiliran Ketua Menteri Sabah. Tun Sakaran melepaskan jawatan Ketua Menteri kepada Datuk Salleh pada Disember 1994 ekoran pelantikkannya sebagai TYT Sabah.

Salleh menjadi Ketua Menteri Sabah hanya 18 bulan sehingga Mac 1996-kerana istem pengiliirian Ketua Menteri hanya dalam tempoh 2 tahun bagi bumiputra islam-2tahun bagi bumiputera bukan islam dan 2 tahun bagi kaum cina.

Selepas memberi laluan kepada Yong Teck Lee sebagai Ketua Menteri- Salleh menjadi anggota kabinet negeri sehinggalah pada PRU-2004.

Pada PRU-2004- Salleh hanya bertanding diperingkat parlimen dan tidak mempertahankan kawasan tersebut pada PRU-2008, sebaliknya memeberi laluan kepada mantan Ketua Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Rahman Dahalan.

Selepas PRU-12, Datuk Salleh dilantik sebagai Timbalan Pengerusi perhubungan UMNO negeri selepas jawatan itu dilepaskan oleh Datuk Safie Apdal-ekoran perlantikan wakil rakyat Semporna itu sebagai Pengerusi perhubungan Umno Kedah.

Walaupun Salleh bukan lagi sebagai wakil rakyat- Salleh diberi peranan di peringkat kebangsaan sebagai Pengeerusi Kraft Tangan Malaysia dan kemudian dilantik sebagai Penasihat Sains dan teknologi kepada Ketua Menteri Sabah-Datuk Musa Aman.

Tahun 2011 adalah tahun keberuntungan Salleh- dalam tempoh kurang dua minggu memasuki tahun baru ini-Salleh mendapat dua jawatan penting- Pertama sebagai pengerusi Finas dan kedua sebagai Speaker Dewan Undangan negeri Sabah.

Nampaknya sejak tidak menjadi wakil rakyat-Salleh di lihat oleh pimpinan baik pusat mahupun negeri melihat beliau merupakan pemimpin dimana tenaga dan sumbangannya masih diperlukan.

PRU-13 akan menjelang. Melihat senario itu- OKB yakin bahawa Salleh akan diberi pernanan sekali lagi sebagai salah satu tonggak utama di Negeri Sabah untuk mengekal Sabah sebagai Simpanan tetap Barisan Nasional.

Gandingan Salleh dalam Pertubuhan USBO- Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia- antara pemimpin yang masih mempunyai tenaga dan fikiran yang belum boleh diketepikan dalam arena politik Sabah mahupun Nasional. Demi kekuatan BN- OKB yakin ke dua-dua individu berjawatan speaker itu akan diberi pernan yang jitu oleh Datuk Seri Najib berganding tangan dengan Datuk Musa Aman menerajui Sabah dalam PRU-13 akan datang.

12 January 2011

Datuk Salleh daripada Penasihat Sains dan Teknologi kepada Pengerusi FINAS serta Speaker DUN Sabah

Peranan Datuk Salleh Said telah bertukar, daripada penasihat Sains dan Teknologi kepada Ketua Menteri Sabah kepada Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).

Perlantikan Salleh sebagai pengerusi Finas yang baru telah diumumkan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim pada Ahad.Perlantikan Salleh berkuat kuasa pada 1 Januari lalu.

Sebelum ini Pengerusi Finas adalah Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) Datuk Mohamed Mohd Daud.

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) menubuhkan Jawatankuasa Penasihat Finas bagi memberi peluang kepada persatuan perfileman memainkan peranan lebih aktif dalam pembangunan industri perfileman tempatan.

Tahun lalu Finas telah menubuhkan Jawatan Kuasa berperanan memberikan pandangan dan nasihat kepada menteri dan Ahli Perbadanan dengan membuat syor berkaitan dasar dan program bagi meningkatkan prestasi pembangunan industri filem tempatan.

Jawatankuasa itu terdiri daripada Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan dianggotai tidak lebih daripada tujuh ahli. Tiga daripadanya terdiri daripada ahli Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim) manakala empat lagi dipilih berdasarkan pengetahuan, pengalaman dan kepakaran dalam bidang perfileman.

Jawatankuasa tersebut diselia oleh Finas dan ia akan bermesyuarat setiap tiga bulan sekali.

Sebelum Salleh dilantik sebagai Pengerusi FINAS, mantan Ketua Menteri Sabah itu dispekulasi bakal dilantik sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah yang kosong berikutan perlantikan penyandangnya Datuk Juhar Mahiruddin.

Dalam perkembangan terkini Datuk Salleh telahpun sah sebagai Speaker DUN Sabah-berikutan pengumuman Ketua Menteri Sabah-Datuk Musa Aman sebentar tadi.

11 January 2011

USBO: NGO pertama memohon ahli terus BN

United Sabah Bajau Organization (USBO) mengistiharkan bahawa pertubuhan itu merupakan NGO ppertama memohon ahli terus BN.

USBO merupakan pertubuhan yang menghimpun suku-suku daripada rumpun BAJAU yang beragama islam seperti Iranun, Sama, Suluk dan lain-lain.

Presiden pertubuhan itu adalah Datuk Salleh Tun Said, Timbalannya Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia dan Ketua Penerangannya saudara Kibin Haji Samad.

Sebenarnya USBO pada awalnya dianggotai oleh berbagai individu yang berlainan pegangan politik- hampir sama dengan Perkasa Pribumi Negara. Namun, apabila Presidennya mengumumkan permohonan pertubuhan tersebut sebagai ahli terus BN, maka ahli-ahli yang tadinya bukan penyokong BN, menjadi serba salah. Mereka ini, tiada pilihan melainkan terpaksa meninggalkan pertubuhan itu dengan berat hati.

Memang diakui pengerak utama pertubuhan tersebut adalah ahli-ahli Umno- dengan menjadi ahli terus BN-maka selain individu-individu mrnjadi ahli komponen BN, diperkuatkan lagi melalui pertubuhan yang disertai.

Pada tahun 2006- USBO pernah digeruni oleh Ketua Menteri Sabah kini-Datuk Musa Aman, sehinggakan persepsi negatif kepada pertubuhan itu terbawa-bawa sehingga diambang PRU-12 (tahun 2008). Ekoran persepsi negatif itu- para pemimpin USBO termasuk Presidennya diketepikan sebagai calon untuk mewakili BN pada PRU tersebut.

Dikeranakan para pemimpin USBO sangat setia kepada partinya yakni UMNO dan BN, walaupun diketepikan, akan tetapi mereka bertungkus lumus memastikan keemenangan semua calon-calon UMNO dan BN menang dalam PRU tersebut. Presiden USBO, Setiausaha Agungnya (ketika itu Tan Sri Pandikar)dan Datuk Amir Kahar (Bendaahari Agung) nertungkus lumus berkempen untuk membantu calon-calon BN- keputusannya BN menang besar-bagi DUN 59-1 dan Parlimen 24-1.

Selepas keputusan PRU tersebut, persepsi negatif oleh Musa Aman terhadap USBO akhirnya sirna. Kini para pemimpin USBO- Musa Aman mempunyai hubungan yang sangat rapat ibarat kuku dan isi.

Banyak yang mahu melihat apa kah hubungan yang rapat antara para pemimpin USBO (juga pemimpin Umno) dengan Musa Aman (Pengerusi perhubungan Umno-Sabah) telah memberi manafaat kepada ahli-ahli USBO? OKB-banyak terbaca melalui komen-komen di surat khabar (komen pembaca) mahupun komen-komen di blog-blog ataupun facebook- ada yang meragui kerjasama itu. Malah ada yang melontarkan komen yang negatif terhadap para pemimpin USBO- kononnya para pemimpin itu begitu lantang terhadap kepimpinan negeri pada awal penubuhannya, namun apabila diberi peranan dalam kerajaan-akhirnya suara-suara keras itu kini telah hilang dan padam?

Namun persoalan selanjutnya-apa kah kemasukkan USBO menjadi ahli terus BN akan memperkuat pertubuhan itu? atau kah akan timbul bibit-bibit ketidak puashatian-sehinggakan simpatisan USBO akan bertukar arah?

Dalam politik biasanya yang banyak bercakap adalah persepsi-OKB berharap persepsi positif lah yang akan bertapak disebalik permohhonan USBO sebagai ahli terus BN.

10 January 2011

Apa yang rakyat Kota Belud mahu?

Apa yang rakyat Kota Belud mahu? Pertanyaan mudah-namun banyak jawapan. Apa yan OKB maksudkan adalah kemahuan rakyat merdeka.

Rakyat yang merdeka-sudah tentu mahukan keamanan, sumber pendapatan yang dapat dijangkau, kemudahan pendidikan, kemudahan perhubungan, kemudahan infrastruktur seperti bekalan litrik, serta bekalan air bersih.

Bagi kawasan pekan-sudah lama kemudahan yang disebutkan di atas telah menjama rakyat-namun bagi sebahagian besar rakyat terutama di perkampungan-hanya sebahagian sahaja yang menikmatinya, malah masih ada rakyat yang belum mengecap kemundahan bekalan litrik apatah lagi bekalan air bersih.

Untuk menghadirkan rakyat yang sihat-sudah tentu keperluan asas terutama air minum adalah sangat penting.

Tiada yang boleh menafikan-sehingga kini sebahagian besar penduduk daerah Kota Belud, masih mengkonsumi air yang tidak terawat aka air bawah tanah yang ditarik. Kandungan mineral yang tidak diketahui itu-telah menjadi santapan para penduduk sejak merdeka lagi.

Jadi jangan hairan dan pelik, sebahagian besar rakyat yang berumur menjangkau 50 tahun sudah ramai yang tidak bergigi, mengalami penyakit barah perut dan kerosakan buah pinggang. Memang data untuk itu-tiada, kerana penduduk kampung hanya akan ke hospital-jika malaikal maut hampir menjemput.

OKB kehilangan anggota keluarga yang sungguh ramai kerana penyakit hati- samada heptitas B atau A. Kita tahu-penyakit hati disebabkan oleh makanan yang kotor dan konsumsi berlebihan mineral yang tidak diperlukan oleh tubuh.

Rakyat Kota Belud-merupakan kawasan yang mesra kerajaan sejak dahulu kala-namun kemesaraan itu belum berbalas sepertimana mestinya.

Menjelang PRU-13 akan datang-rakyat Kota Belud masih dianggap sebagai mesra kerajaan- dan boleh lah dianggap sebagai SIMPANAN TETAP KERAJAAN BN. Tiga kawasan dewan undangan negeri pasti akan dimenangi BN, demikian juga kawasan Parlimen.

Wakil rakyat satu penggal Kota Belud-Datuk Rahman Dahlan-anak muda daripada Tuaran-jiran Kota Belud- nampaknya telah berusaha membawa pembangunan untuk daerah ini-terutama dalam misinya mengatasi bekalan air bersih. Walaupun Rahman tidak mempunyai jawatan dalam kerajaan-namun pendekatannya di peringkat persekutuan dan hubungannya dengan Ketua Menteri Sabah-Datuk Musa Aman, memungkinkan projek penyediaan air bersih berkos berjuta-juta ringgit mampu di bawa ke kawasan Kota Belud.

Demikian juga penjelmaan Kota Belud sebagai kawasan Jelapang Padi dan Agripolitan- berjaya dilaksanakan melalui usaha wakil rakyat Tempasuk Datuk Musbah Jamli.

Nampaknya para pemimpin muda yang diberi laluan oleh para pemimpin terdahulu-berjaya membawa misi keinginan rakyat.

Nampaknya kestabilan politik yang dimainkan oleh Ketua Umno Bahagian Kota Belud- Datuk Salleh membawa kepada pembangunan yang rancak di Kota Belud.

Datuk Salleh sebagai Ketua Bahagian UMNO menjaga kekuatan parti di peringkat Kota Belud, sementara itu para wakil rakyat menjaga keinginan dan pembangunan rakyat.

Keadaan ini lah yang seharusnya terus dipupuk-agar slogan Rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan bukan merupakan retorik.

7 January 2011

Mana yang anda pilih? Politik pembangunan atau politik retorik?

RAKYAT yang dianggap pengundi mempunyai banyak pilihan untuk memilih calon pemimpin yang layak menjadi wakil rakyat di kawasannya. Pada dasarnya, di negara kita antara faktur yang sering menjadi pertimbangan rakyat ialah calon itu perlu mewakilli parti yang disokong dan diminati di mana mereka menjadi ahli.

Mereka itu pasti mengundi parti yang disokong tidak kira siapa calon dan latarbelakang bangsa. Yang menjadi pertimbangan, calon yang dipilih perlu mewakilli parti atau pakatan parti yang sudah direstui pemimpin tertinggi.

Sokongan tanpa berbelah bagi harus diberikan seratus peratus walaupun kadangkala calon itu tidak dikenali penduduk setempat atau bukan pemimpin yang disegani.

Kedua, calon yang dipilih berdasarkan berkebolehan, jasa dan ketokohan calon yang bertanding tidak kira parti. Ini bermaksud calon itu sudah dikenal rakyat setempat dan mempunyai rekod perjuangan terpuji yang dikenali rakyat tempatan. Beliau mungkin dari parti pemerintah, pembangkang atau tidak mewakilli parti tertentu.

Ketiga, pengundi boleh membuat keputusan di saat-saat akhir berdasarkan pertimbangan dan perkiraan akhir mereka sendiri. Pengundi seperti ini digelar pengundi atas pagar yang belum memilih parti yang patut disokong walaupun sudah ada pilihan sendiri. Namun, mereka juga boleh bertukar fikiran, mengundi berdasarkan insiden dan peristiwa di saat-saat akhir seperti janji-janji manis pembangunan yang ditabur termasuk imbuhan lumayan yang bakal diterima jika mereka menyokong parti-parti tertentu.

Di negara ini kelompok pengundi pertama lebih ramai. Mereka mengundi berdasarkan parti yang disokong dan agenda perjuangan parti yang sudah difahami. Ahli-ahli PAS, PKR dan DAP tetap menyokong parti mereka yang bertanding atas tikit Pakatan Rakyat (Pakatan) kerana yakin mempunyai agenda sama yang boleh mendorong mereka ke Putrajaya sekaligus membentuk kerajaan baru – walaupun ideologi di antara mereka jelas berbeza dan tidak sehaluan.

Bagi parti Barisan Nasional (BN) yang sudah lama membentuk kerajaan, pesepakatan mereka lebih mudah kerana sejarah warisan tradisi yang sudah lama, kesefahaman yang ketara dan kepercayaan mendalam antara satu dengan lain. Pemimpin Umno, MCA, MIC, Gerakan dan berbagai lagi parti komponen lain bersedia bertanding di kawasan yang ditentukan - tidak kira kawasan undi - berdasarkan kesefahaman dan kesepakatan yang terbentuk lama sejak 50 tahun lalu.

Persefahaman mereka kadangkala dilihat tidak adil oleh kaum majoriti yang mempunyai jumlah pengundi yang lebih ramai, namun ia difahami dan terpaksa dilaksanakan berdasarkan kesepakatan yang sudah lama dipersetujui antara pemimpin dalam BN.

Berbeza dinegara maju, trend pengundi di sana lebih condong kepada kebolehan, ketokohan calon dan politik serta agenda pembangunan yang dibawa. Calon yang diyakinni boleh mengeluarkan negara dari kemelesetan ekonomi, membetulkan dasar luar yang salah, memberi peluang pekerjaan yang banyak dan memperkenal dasar sosial serta kesihatan yang adil boleh memenangi hati pengundi sekaligus memenangi pilihanraya. Rakyat di sana lebih bijak memilih calon dan faham parti mana yang harus di beri kemenangan undi berdasarkan agenda pembangunan dan kesejahtraan rakyat yang bakal dibawa parti-parti yang bertanding.

Kemenangan besar calon Demokrat, Barack Obama dalam pilihanraya Amerika lalu menewaskan calon Republikan bersandarkan alasan-alasan yang diberikan itu. Rakyat Amerika sudah menghukum kegagalan kerajaan dasar parti Repubilkan di bawah bekas presiden, Gerorge Bush yang dikatakan lebih mementingan agenda diri dan partinya lebih kepada agenda kepentingan umum rakyat.

Di negara ini, kekalahan mengejut BN dalam OPRU ke-12 lalu berpunca dari kelemahan perdana menteri ketika itu yang melibatkan campurtangan menantu yang tidak terkawal, rasuah berleluasa, kronism di kalanagan pemimpin termasuk kritikan keras bekas perdana menteri yang berterusan di samping kemunculan kuasa Pakatan sehingga membawa kepada pengunduran PM Abdullah sebagai perdana menteri.

Kemenangan Pakatan menguasai 5 negeri (kini tinggal 4 setelah Perak diambil semula BN) dalam tsunami politik PRU 12 lalu membuka lembaran baru tentang kemerosotan teruk pengaruh BN di kalangan rakyat di banyak negeri tanpa disangka dan kebangkitan luarbiasa suara rakyat yang memihak part-parti dalam Pakatan seperti PKR, DAP dan PAS.

Rakyat ketika itu mengundi Pakatan kerana dasar perjuangan yang dipercayai boleh merealisasikan agenda perjuangan rakyat terbanyak tidak kira kaum yang gagal dilaksanakan kerajaan BN.

Di Pulau Pinang, undi populasi kaum majoriti Cina yang mendominasi pulau itu memiihak DAP kerana yakin pemimpin DAP boleh merealisasikan agenda membela kepentingan kaum mereka yang selama ini dinafikan kerajaan BN.

Di Kelantan dan Kedah, pengundi Melayu memihak PAS kerana pimpinan Melayu Umno ketika itu mementingan agenda perut sendiri; terlibat rasuah, gagal membela tuntutan rakyat misikin dan menjaga kroni masing-masing sehingga membelakangkan kepentingan membela rakyat bawahan.

Kehadiran Datuk Seri Najib menggantikan Tun Abdullah Badawi sebagai perdana menteri pada awalnya dilihat tidak membawa kesan ketara kepada BN dan rakyat. Namun, setelah beliau memperkenalkan secara agresif gagasan 1Malaysianya di mana rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan, penerimaan rakyat terutama orang Melayu dan India nampak beralih arah kepada BN. Ini dibuktikan dengan kemenangan ramai calon BN dalam pilihanraya kecil yang diadakan termasuk terbaharu di Dun Galas dan Parlimen Batu Sapi.

Salah satu sebab besar kekalahan calon PAS di Galas - selain faktur Ku Li - dikatakan berpunca dari perubahan pendirian pengundi tidak kira kaum kerana dasar pembangunan rakyat yang dijanjikan pemimpin BN. Pengundi di situ memihak BN kerana parti itu menjanjikan banyak projek pembangunan untuk kesejahteraan rakyat yang memang dahagakan peluang pekerjaan, pembukaan bangunaan dan kilang, kemudahan sekolah dan sukan, kesejahteraan sosial mereka yang selama gagal dilaksanakan kerajaan negeri.

Kemenanagan berganda calon BN di Batu Sapi berpunca undi kaum Cina yang memihak dasar BN yang tidak dijangka selain sokongan berterusan undi orang Melayu Islam yang menerima gagasan 1Malaysia Najib. Kemenangan itu juga berdasarkan rekod kecemerlangan pembangunan ekonomi dan rakyat di kawasan itu yang sudah dilakukan oleh mendiang suami calon yang bertanding.

Pemimpin Pakatan harus sedar, rakyat semakin hari semakin bijak menilai kehendak dan keperluan mereka dalam landskap politik negara ini yang lebih mengutamakan agenda pembangunan ekonomi dan hidup mereka lebih dari ceramah-ceramah, retorik politik dan janji-janji manis yang tidak ditunaikan. Akhrinya rakyat harus memikirkan keperluan perut dan ekonomi keluarga mereka lebih dari ceramah dan cakap-cakap politik yang sedap didengar tetapi tidak membantu pendapatan hidup mereka dan keluarga.

Sepatutnya pemimpin PAS meneruskan agenda negara Islam dan menegakkan hukum Islam dan pada waktu sama melaksanakan program ekonomi yang boleh memberi pekerjaan dan pendapatan kepada ahli dan penyokongnya. Pemimpin PAS seharusnya melaksanakan agenda ekonomi dan sosial seperti gagasan 1Malaysia Najib, tetapi dalam bentuk lain yang lebih kemas dan mudah bertujuan memberi kesejahteraan ekonomi kepada rakyat terutama gulungan bawahan. Banyak boleh dibuat jika ada kesungguhan, kesatuan dan kesefahaman di kalangan pemimpin PKR dan DAP demi kebaikan hidup rakyat terbanyak tidak kira kaum sekaligus memberi kelebihan kepada mereka untuk meraih undi dari mereka dalam PRU ke-13 akan datang.

Ringkasnya, keperluan rakyat harus didahulu dan ditangani dalam pelbagai bentuk projek atau program ekonomi bukan perbalahan sesama sendiri dan retorik politik yang tidak menguntungkan rakyat. Rakyat memerlukan pembangunan program ekonomi dan pelan kejahteraan hidup untuk semua, bukan membela tuntutan sesuatu kaum saja seperti yang sudah berlaku atau mempertikai soal-soal sensitif dan semangat Perlembagaan yang sudah termaktub.

Rakyat juga tidak perlu disogokan dengan cerita kecelaruan dan kepincangan berterusan dalam parti tertentu yang menyebabkan agenda perjuangan Pakatan terpesong dari matlamat sebenar membela rakyat bukan individu tertentu. Rumahtangga parti yang bergolak dan tidak aman menjejas imej Pakatan dan menjadi perhatian rakyat termasuk penyokong sendiri tentang kemampuan pemimpin mereka menyelesaikan masalah dalaman sendiri secara adil dan berkesan!

Rakyat seharusnya diberikan jaminan bahawa perjuangan para pemimpin bukan retorik, akan tetapi perjuangan berasaskan poltik pembangunan.

Untuk itu- bagi para pemimpin yang masih mempunyai jiwa retorik- hapuskanlah jiwa itu-terjemahkan lah pemimpinan anda kepada politik pembangunan demi rakyat. Jangan asyik dengan cerita seribu bahasa-bahawa Pembangunan akan hanya boleh dibawah hanya KALAU ADA KUASA ERTINYA WAJIB ADA KEDUDUKKAN TERLEBIH DAHULU untuk diri sendiri- maka pada masa itu lah PEMBANGUNAN BOLEH DI BAWA KE KAWASAN SENDIRI.

Kepada pemimpin yang bersifat demikian- cara itu telah lapok- kerana dalam masa-masa tertentu- hanya seorang sahaja yang boleh memegang jawatan Ketua Menteri- Jika Jawatan Ketua Menteri adalah menjadi matalamat akhir-untuk membantu rakyat- Nampaknya Daerah Kota Belud- Perlu menunggu masa yang panjang lagi untuk maju.

2 January 2011

"Pemimpin Agung" Bumiputera Islam

Kononnya sang pemimpin itu mahukan dirinya diiktiraf sebagai "Pemimpin Agung" bumiputera islam, sepertimana gelaran "Huguan Siau" kepada Presiden KDCA Tan Sri Pairin Kitingan.

Memang diakui kepimpinan sang pemimpin itu telah diwarisi-demikian juga peluangnya dari semua aspek merupakan warisan. Kita bukan cemburu pada itu semua, kerana sang pemimpin itu memang telah dianugerahkan "kekananan" dalam memperolehi peluang.

Siapapun yang mempunyai kekananan dalam mendapatkan peluang-maka si pulan itulah yang berpeluang.

Tahun 80-an apabila belum ramai graduan-maka sesiapa sahaja yang mendapat ijajah daripada universiti-pasti mendapat pekerjaan yang setimpal dengan kelayakkannya, kerana kekananannya.

Kekananan mendapatkan peluang itulah menjadikan sang pemimpin itu terasa hebat!-Hebat dalam perkara apa! Tidak lain dan tidak bukan Harta dan kekayaan.

Dalam sitausi membangun-siapa yang kuat dia lah yang akan menang. Demikan juga dalam penguasaan persenjataan- Amerika merupakan POWER HOUSE kerana senjata canggihnya-dalam apa sahaja pergelutan-Amerika akan muncul pemenang.

Demikian juga apabila bersaing untuk merebut "power" selain senjata-harta dan wang ringgit juga merupakan senjata ampuh.

Dalam Umno misalnya-ramai pemimpin Umno diambil tindakan disiplin-kerana dikatakan "pengamal" politik wang.

Politik Kota Belud misalnya- kita-kita saja- tahu sama tahu saja lah- bagi merebut jawatan- pasti kuasa kepala raja biasanya berbicara.

Sesiapa yang mempunyai kepala raja bertimbun- maka akan muncul sebagai pemenang. Namun, dalam tulisan OKB kali ini- inti persoalnya bukan kepada cara untuk menang-namun kali ini OKB mengupas bagaimana-Peluang yang diperolehi akibat kekananan itu digunakan untuk MENCIPTA POWER DAN STATUS.

Dalam perjalanan mencipta power dan status itu-apakah telah terancang atau memang kebetulan- rakyat yang diwakilinya sangat sukar untuk mengubah kedudukan kehidupan. Cuba tanya di kampung-kampung, siapa kah pemilik tanah terluas! Memang benar-tanah-tanah itu bukan atas nama sang pemimpin itu- kerana apa- tanah-tanah itu telah digadai dan dijual tanpa proses jual beli yang biasa-kebanyakkannya menggunakan PA-Jadi terlalu sukar untuk membuktikan bahawa sang pemimpin itu mempunyai tanah yang sangat luas.

Di sini lah timbulnya persoalan? Sepatutnya sang pemimpin yang "konon" mewakili rakyat untuk mengangkat martabat rakyat yang diwakilinya dari semua aspek-namun kenyataannya-rakyat yang diwakili itu hingga kini masih teraba-teraba.

Tanah sekengkang kera telah bertukar tangan-kalaupun tidak bertukar tangan-cuba tanya diri sendiri sawah seluas 2 ekar berapa sahaja hasil tuaian padinya. Sampai bila-bilapun taraf pemilik tanah itu tidak akan berubah apatah lagi menyaingi kekayaan "sang Pemimpin".

Memang hak sang pemimpin itu dalam sistem demokrasi untuk menjadi Pemimpin Agung- Pemimimpin Agung komuniti bumiputera islam- Visi untuk mendapatkan status itu memang terbuka luas-kerana TARAF pemimpin ITU mempunyai kapasiti dari semua aspek.

Bagi para peniaga-Status tertinggi mereka adalah harta dan wang ringgit, namun bagi sang politkus- Status tertinggi adalah Kuasa dan kedudukkan. Bagi sang politikus-harta dan wang ringgit bukan merupakan kepuasan-Kuasa dan kedudukkan lah merupakan visi utama.

Bagi Sang pemimpin yang mempunyai harta dan wang ringgit, maka harta dan wang ringgit itu lah boleh dipergunakan untuk mendapatkan Kuasa dan kedudukkan. Jika dalam istilah kewangan-Money looking for money-tetapi dalam politik-money looking for power and status.

Bagi OKB selagi nawaitu sang pemimpin itu berpaksi pada nafsu dan kebanggaan diri-necaya-semua itu usaha itu akan terbantut dalam masa pra-matang.Fikir-fikirkan lah--

Nota: tulisan ini hanya rekaan-bukan ditujukan kepada sesiapa yang merasa dirinya pemimpin-yang kebetulan OKB kenal.

1 January 2011

Jawatan baru Datuk Salleh Said Keruak

UMNO mahu berubah, demikian janji Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak sebaik sahaja dilantik sebagai presiden parti melayu terbesar itu.

Selepas sahaja persidangan Umno Oktober lalu, Datuk Najib menzahirkan akan merombak kepimpinan Umno untuk proses pemantapan.

Minggu lepas melalui Setiausaha agong parti-Tengku Adnan Tengku Mansor, telah mengumumkan perlantikan Pengerusi perhubungan Umno negeri berserta timbalannya.

Sepertimana yang diramal- Kedah mendapat Pengerusi dan Timbalan baru, Pulau Pinang juga demikian, Terengganu juga sama, kecuali Perlis-yang meramalkan tokoh baru menjadi Timbalan Pengerusi- Namun Datuk Shaidan Kasim-Mantan Pengerusi dan Menteri Besar Perlis telah dilantik pula ke jawatan itu.

Di Sabah juga telah bertiup angin sebelum pengumuman itu- Sabah kononnya akan mendapat Pengerusi dan Timbalan Pengerusi-namun akibat PRK Batu Sapi- maka rancangan itu terbatal dengan sendirinya.

Khusus untuk Sabah- maka status quo akan terus berjalan-di mana pada masa ini Pengerusi Perhubungan Umno negeri adalah Datuk Musa Aman dan Timbalannya adalah Mantan Ketua Menteri-mantan pengerusi Perhubungan Umno Negeri- Datuk Salleh Said Keruak (Kedudukan Datuk Salleh ada lah serupa dengan kedudukkan Datuk Shaidan Kasim).

Di Sabah kini isu berputar lagi-ekoran kosongnya jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah-kerana penjawatnya Datuk Juhar Mahiruddin dengan rasminya dilantik sebagai TYT Sabah ke-10 hari ini 1 Januari 2011.

Desas desus dan cerita kedai kopi yang biasa mewarani politik Sabah- yang biasanya mempunyai ramalan-ramalan tepat kali ini meramalkan bahawa Mantan Ketua Menteri Sabah yang juga Ketua Bahagian Umno Kota Belud-merangkap penasihat Sains dan Teknologi kepada Ketua Menteri Sabah akan mengisi jawatan yang ditinggalkan oleh Datuk Juhar tersebut.

Para pengamat politik mengandaikan ini semua disebabkan pengalaman, kewibawaan, trek rekod serta keupayaan Datuk Salleh adalah yang paling sesuai untuk dilantik sebagai Speaker Dewan undangan Negeri Sabah.Jawatan Speaker mempunyai kedudukan eksekutif kedua tertinggi selepas Ketua Menteri Sabah.

Persiden USBO itu itu sebenarnya tidak memerlukan jawatan dalam meneruskan sumbangannya kepada rakyat-kerana sejak beliau tidak berjawatan dalam kabinetpun atau wakil rakyat- komitmennya terhadap rakyat yang memerlukan perhatiannya serta bantuannya- hingga kini senantiasa diambil berat oleh mantan Ketua Menteri Sabah dari Desember 1994 hingga Mei 1996 tersebut.

Ramai yang mengatakan bahawa untuk menghargai sumbangan mantan Ketua Menteri Sabah kepada rakyat negeri ini khasnya dan negara amnya adalah wajar Penasihat Sains dan Teknologi kepada Ketua Menteri itu dilantik ke jawatan Speaker DUN Sabah.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

countries

   

Labels

Labels