5 January 2012

9 Januari: Akan adakah perintah berkurung di Kuala Lumpur?

Penyokong Anwar sudah menyebarkan bahawa akan ada 100,000 manusia berkumpul di kawasan Mahkamah Jalan Duta pada 9 Januari. Jumlah itu 10 kali ganda berbanding Bersih2.0 9 Julai,2011.

Ada maklumat, bahawa para penyokong upahan, dibekalkan RM1,000 seorang untuk turut serta berkumpul pada hari itu. Hari penentuan bagi Anwar Ibrahim.

Sejak Pertengahan Disember lalu dan hingga kini, Anwar menyerang negeri-negeri berpenduduk majoriti Melayu, untuk meminta simpati dan turut serta dalam demo 901 BEBASKAN ANWAR.

Kempen 901 Bebaskan Anwar, adalah sokongan kepada individu yang bernama Anwar Ibrahim, agar supaya pihak Hakim akan takut memberi keputusan yang tidak memihak kepada Anwar.

OKB yakin, Hakim Mohd Zabidin Mohd Diah tidak akan terpengaruh dengan desakan dan gertakan para penyokong Anwar, walaupun hari itu akan diistiharkan PERINTAH BERKURUNG di Kuala Lumpur.

OKB yakin, apapun keputusan Hakim adalah berdasarkan kepada fakta yang dikemukakan kepadanya, bukannya berasaskan kepada faktor-faktor yang bercanggah dengan undang-undang.

Penyokong Anwar telah tahu bahawa Anwar akan didapati bersalah disebabkan pihak pembelaan tidak mampu menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap pertuduhan kepada Anwar.

Penyokong Anwar, mendesak, walaupun fakta menunjukkan bahawa Anwar adalah peliwat, namun mereka tetap tidak mahu menerimanya.

OKB yakin, pihak pasukan keselamtan mampu mengatasi para penyokong Anwar ini, kerana mereka hanya sebahagian kecil daripada rakyat.

12 comments:

Anak Sabah said...

Para penyokong upahan dibayar RM1000? Siapa yang membayar ini?

Anak Sabah said...

Kita tunggulah dan lihat apa yang bakal berlaku pada 9 Januari minggu depan.

Scarlett said...

Kalau keputusan sudah dijatuhkan, apa yang mampu mereka buat??

zam said...

biarlah mahkamah yang mengadili kes Anwar dengan seadilnya.

zam said...

demo tidak harus dijadikn budaya kerana boleh menimbulkan pelbagai kesan negatif.

antap said...

kenapa perlu buat perhimpunan, tnggu ja keputusan kes dgn tenang. apa2 keputusan kena diterima dgn hati terbuka.

antap said...

jgnlah nak kecohkan negara kerana hal2 sebegini.

Karin-nah said...

Apa pun perhimpunan ini tidak akan menggugat keputusan mahkamah. Kerana Mahkamah akan memberikan keputusan yang adil dan muktamad.

nickko said...

untuk membebaskan dirinya sekaligus membantu beliau mendapatkan jawatan Perdana Menteri, beliau sanggup menggunakan penyokong2 beliau termasuk belia2 yang masih menuntut sebagai perisai beliau..

nickko said...

inikah contoh pemimpin yang layak merampas tampuk pemerintahan negara ini?? pemimpin sepatutnya melindungi rakyat, bukannya dilindungi oleh rakyat.. mungkinkah gerakan ini juga dibiayai oleh kuasa luar??

nickko said...

penyokong2 Anwar patut juga membebaskan semua banduan2 yang berada dalam penjara.. semua banduan2 itu juga telah melalui proses perbicaraan yang sama seperti Anwar..

Smookiekins said...

Anwar dibebaskan. Nampaknya kenyataan Anwar mengenai konspirasi sebenarnya tidak wujud.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels