8 January 2012

Akhirnya Pas pecat Dr Hassan Ali

PAS hari ini mengambil keputusan memecat bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali berkuatkuasa serta-merta tindakan yang dipercayai ekoran kenyataan-kenyataan yang bertentangan dengan dasar parti.

Keputusan itu dibuat sebulat suara dalam mesyuarat bulanan jawatankuasa kerja PAS pusat di ibupejabat PAS Jalan Raja Laut di sini.

Tindakan memecat Dr Hasan dibuat berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian sebagai ahli PAS.

"Setelah mempertimbangkan segala pandangan yang diberikan oleh ahli-ahli jawatankuasa pAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, PAS pusat telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian Datuk Dr Hasan Ali sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta-merta.

"Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan Datuk Dr Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan PAS," kata satu kenyataan di HarakahDaily.

Dr Hasan, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia dan exco kerajaan negeri Selangor sebelum ini seringkali mengeluarkan kenyataan yang "menongkah arus".

Terbaru beliau menolak perhimpunan 901 dan menyifatkannya sebagai perbuatan sia-sia serta memberi kesan tidak baik terutamanya kepada golongan muda.

Beliau berkata ahli PAS tidak perlu menghadiri perhimpunan berkenaan.

"Keputusan dibuat setelah meneliti, mengadakan rundingan dan memberikan nasihat kepada beliau (Dr Hasan) tapi beliau tidak mempedulikan arahan parti dan masih melakukan perkara yang bercanggah dengan dasar parti.

Turut hadir dalam mesyuarat hari ini Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

11 comments:

me gusta said...

Pemecatan Dr. Hassan Ali sudah tentu bakal mengundang pelbagai reaksi.

me gusta said...

Lepas ni Dr. Hassan Ali nak masuk parti mana??

azman said...

pemecatan Hassan Ali sedikit sebanyak memberikan kesan kepada pas dan pr.

azman said...

Hassan Ali merupakan antara pemimpin yang berpengaruh dalam pas. mungkin penyokong Hassan Ali pastinya tidak bersetuju dengan pemecatan ini.

antap said...

pemecatan ini pasti akan memberi kesan terhadap PAS.

Wazxiran said...

PAS bergolak lagi dengan hadir pelbagai kata-kata dari Hasan Ali.

Wazxiran said...

Tidak rasanya tidak akan menjejaskan kebolehan Hasan Ali untuk meneruskan usaha membongkarkan rancangan PAS.

nickko said...

dalam BN, mana2 pemimpin atau ahli yang mengkritik kepimpinan BN tidak akan di pecat.. tidakan itu hanya wujud dalam Pakatan yang kononnya memperjuangkan kebebasan suara di negara ini.. sedangkan dalam parti sendiri langsung tidak wujud kebebasan bersuara..

nickko said...

bagaimana agaknya jika PAS memerintah negara ini dan pada waktu itu terdapat sebilangan rakyat yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan kerajaan PAS? adakah rakyat yang tidak berpuas hati itu akan dikenakan tindakan?? rasanya tidak mustahil jika kita lihat apa yang berlaku dengan kepimpinan PAS pada hari ini..

Smookiekins said...

Pasti Hassan Ali akan jadi "Katak". Pasti Hassan Ali menerima beberapa tawaran dari pihak lain.

Kris Jr said...

kemungkinan ahli PAS akan ikut Hassan Ali sekiranya dia beralih ke parti lain.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels