25 January 2012

Anwar hanya tabur janji kosong: Musa

KOTA KINABALU. 24 Jan (Bernama) -- Pelbagai janji yang ditabur oleh Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada rakyat Sabah termasuk menaikkan pemberian royalti minyak sehingga 20 peratus dianggap sebagai janji kosong yang sengaja digembar-gemburkan semata-mata untuk meraih sokongan.

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata sudah menjadi lumrah bagi parti pembangkang menabur pelbagai janji apatah lagi menjelang pilihan raya umum.

"Ini kerja pembangkang... mereka menjanjikan apa saja bulan dan bintang kerana mereka tahu mereka tidak memerintah dan mereka bukan kerajaan.

"Semua janji ini adalah janji palsu. Saya percaya rakyat Sabah tahu janji ini adalah janji yang tidak boleh ditepati," katanya kepada pemberita selepas majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran MCA di Dewan Sekolah Tinggi Kota Kinabalu, dekat sini Selasa.

Musa, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, berkata demikian ketika diminta mengulas ucapan Anwar berhubung perkara itu pada majlis Rumah Terbuka PKR di Dewan Kian Kok, Likas, dekat sini semalam.

Beliau berharap rakyat Sabah tidak mudah terpedaya dengan janji manis parti pembangkang untuk meraih sokongan.

"Saya percaya rakyat kita tahu yang mana baik dan yang mana buruk. Mereka tahu kerajaan BN adalah pilihan yang terbaik kerana BN sentiasa mengotakan janji," katanya.

Sambil memberi contoh pemberian bantuan RM100 untuk pelajar sekolah, bantuan buku RM200 untuk pelajar Institusi Pengajian Tinggi dan Bantuan Rakyat 1Malaysia sebanyak RM500 bagi mereka yang berpendapatan kurang RM3,000 sebulan, Musa berkata ini membuktikan kerajaan BN benar-benar mengotakan janjinya "tidak seperti parti pembangkang yang hanya pandai menabur janji kosong".

Mengenai sambutan Tahun Baru Cina, beliau berkata ia merupakan landasan terbaik untuk memantapkan perpaduan di kalangan rakyat pelbagai suku kaum.

"Amalan saling mengunjungi ke rumah-rumah terbuka adalah baik untuk menyemai semangat persaudaraan dan kekitaan dalam masyarakat majmuk seperti di negara kita termasuk di Sabah," katanya.-- BERNAMA

45 comments:

Kris Jr said...

Janji2 Anwar hanya berhasil sekiranya PR dapat menawan Putrajaya. Kalu tidak semua tu hanya janji2 kosong.

Hinamori said...

rakyat pasti tahu menilai semua itu. Apa yang baik dan buruk.

noemi said...

Anwar is a con artist.

DorianG said...

"Ini kerja pembangkang... mereka menjanjikan apa saja bulan dan bintang kerana mereka tahu mereka tidak memerintah dan mereka bukan kerajaan.

-Spot on, Datuk. Talk is cheap. The task of governing a nation no easy task. Only those who have shoulder this monumental task can fully understand it.

DorianG said...

Hopefully the government continue to give more aids and assistance to the people.

noemi said...

He doesn't has anything to fight for.

onong said...

Sejauh mana Anwar boleh sumbang untuk Sabah?

wake said...

Indeed, he is giving white promises to all of us.

Nemia said...

Never mine, I don't think Sabahans will vote for him though.

Anonymous said...

pembangkang nak menaburkan janji mmg mudah, tapi nak menunaikan bukanlah mudah.

Anonymous said...

jgnlah mudah terpengaruh dgn janji2 pembangkang. ia hnya janji kosong.

Hinamori said...

rasany lebih banyak kerajaan melaksanakan janji daripada pembangkang melaksanakan apa yang dikatakan.

Jason said...

the opposition should not make a promise that they are not capable of fulfilling.

Carnation said...

He just want to be a PM !!

Carnation said...

He just wants to be a PM !!

Jason said...

if the government couldn't fulfil most of their promises then why it should be any different for the opposition.

Jason said...

all this promises are made to get the people support but it is not 100% that they will fulfil it.

running man said...

Anwar bukannya boleh dipercayai sangat. Beliau pernah jadi TPM dahulu. Ingat beliau "bersih" sangatkah?

Bujang Senang said...

Benar apa yang dikatakan oleh Datuk Musa Aman itu. Anwar cuma tahu menabur janji kosong untuk mencari penyokong.

Bujang Senang said...

Maka jangan mudah terpedaya dengan apa yang dikatakan oleh PR. Ini semua hanya untuk memastikan Anwar mendapat apa yang dimahukan. Iaitu kerusi PM Malaysia.

Unknown said...

Datuk Musa mesti tahu apa yang perlu dilakukan untuk memastikan penduduk Sabah akan terus menyokong BN Sabah. Datuk Musa Aman telah memberikan pelbagai pembangunan untuk penduduk Sabah. Maka pemimpin sebeginilah yang kita perlu sokong.

Anonymous said...

rakyat tidak sepatutnya memberi 100% kepercayaan kepada sesiapapun. kadang2 janji hanya sekadar diluah tetapi tiada tindakan. pandai2lah rakyat nilaikannya.

Unknown said...

Demi impian yang diingini, Anwar sanggup memberikan pelbagai janji manis yang hanya bertujuan untuk menjerat penduduk Sabah. Namun semua itu cuma permainan Anwar semata-mata.

Unknown said...

Benar atau tidak apa yang Anwar perjuangkan perlulah difikirkan sendiri oleh rakyat. Logik atau tidak apa yang diperjuangan itu.

Anonymous said...

berjanji memang mudah, tapi kita yang mendengar perlu menilai dengan teliti.

Anonymous said...

janji-janji yang seperti tidak munasabah tidak patut dipercayai.

Anonymous said...

janji-janji manis adalah strategi untuk mendapat hati rakyat. tapi nilailah dengan sebaiknya.

Paquin said...

Sangat setuju dengan Kris Jr. Kalau menang konpom la boleh kotakan janji kalau tak alamatnya janji tinggal jani la. hehhee

Paquin said...

Rakyat pasti tahu s/ada si Anwar ni berbohong ka tak. Biasalah politik kan sukar diramal:P

Paquin said...

Yang penting sekarang ini kerajaan terus berusaha memenuhi keperluan rakyat. Soal lain tu ketepikan dulu.

Paquin said...

Namun terpulanglah pada rakyat untuk menentukanya. PRU13 adalah peluang rakyat untuk membuat pilihan so jangan sia-siakannya.

Paquin said...

Selebihnya kita tunggu dan lihat sajalah nanti.

Anonymous said...

Let the people decide what they want and who they can trusted.

Anonymous said...

They are no 100% trust worthy party. Its all needed to prove by their work and result.

Anonymous said...

Semoga janji Anwar menjadi kenyataan. Jika tidak, ia mendatangkan kesan yang amat negatif.

Anonymous said...

What will happen if really Anwar become the next PM? Good or bad impact?

Anonymous said...

Banyak yang tidakboleh dipercayai, bukannya Anwar sahaja malah UMNo juga ada banyak opportunist.

No name said...

Anwar also cannot trust, BN also cannot trust, who else can be trusted?

No name said...

Susah untuk menilai siapa yang betul atau salah.

No name said...

Jika tidak dapat menunaikan janji baik jangan buat janji.

No name said...

Berapa banyak janji yang tidak dapat direalisasikan boleh dibuat? Rakyat makin pandai menilai.

No name said...

BN can fulfill more people wish.

kamilla said...

Boleh kh anwar menunaikan janji2 beliau itu?

Anonymous said...

boleh la dikatakan janji kosong kerana tidak semua janji2 kerajaan Pakatan diempat buah negeri ketika pru12 ditunaikan..

Anonymous said...

Anwar hanya layak mengemukakan janji2 yang lebih besar jika semua janji2 beliau dan pemimpin2 bawahan beliau di negeri2 Pakatan berjaya ditunaikan..

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels