15 January 2012

Anwar sokong gay

Hanya beberapa hari selepas bebas tuduhan liwat, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini mempertahankan hak golongan homoseksual semasa temubual dengan BBC.

Anwar telah dibebaskan daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan, dengan Mahkamah Tinggi memutuskan tidak dapat menjamin 100% sampel DNA yang dikemukakan tidak terusik.

Pengakuan Anwar menyokong gay disiarkan di muka depan Mingguan Malaysia bertajuk “Anwar ulas isu gay” sementara Berita Harian pula dengan tajuk “Tindakan Anwar sokong homoseksual dikecam”.

Mingguan Malaysia berkata ketua pembangkang itu semasa temubual dengan BBC mengatakan undang-undang berkaitan hak golongan seksual di Malaysia tidak boleh diterima sebagai sesuatu yang relevan.

Wartawan BBC bertanya kepada Anwar, sama ada beliau bersedia untuk menolak idea anti-diskriminasi hak golongan gay yang menjadi kebimbangan di mana beliau berkata “kami akan kaji semula undang-undang lapuk ini.”

“Kami masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia secara keseluruhannya percaya dan komited untuk menyokong kesucian perkahwinan antara lelaki dan wanita tetapi kami tidak harus dilihat sebagai menyusahkan dan menganggap undang-undang lapuk sebagai relevan.” kata Anwar kepada BBC.

Anwar juga berkata pandangan Pakatan Rakyat adalah “kami tidak menggalakkan homoseksual di domain awam dan kami tidak perlu meminta maaf.”

Laporan Utusan itu menegaskan pembebasan Anwar diterima baik oleh beberapa pihak yang cenderung menyokong kebebasan hak kumpulan lesbian, gay, bisesksual dan transeksual (LGBT) termasuk sebuah pertubuhan homoseksual di Filipina.

Dalam sokongan kepada Anwar, pertubuhan yang dikenali sebagai Organisasi Progresif Gay Filipina (ProGay) menerusi sebuah portal berita membuat kenyataan, sudah tiba masanya undang-undang berkenaan liwat yang merupakan sebahagian daripada legasi kolonial British itu dihapuskan.

Sementara itu Berita Minggu, edisi mingguan Berita Harian mengkritik Anwar kerana menyokong hubungan sesama jenis.

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berkata umat Islam tidak boleh mengeluarkan kenyataan yang dilihat menyokong amalan seks sejenis iaitu homoseksual, lesbian atau liwat antara dua jantina berbeza kerana ia boleh menyebabkan mereka terkeluar daripada asas akidah.

“Kita tidak boleh menyokong atau menghalalkan hubungan sejenis kerana ia sama dengan menghalalkan zina. Ini boleh menyebabkan seseorang itu murtad.

“Umat Islam harus menentang amalan seks sejenis tidak kira sama ada lelaki dengan lelaki atau perempuan dengan perempuan atau amalan liwat antara lelaki dengan wanita. Jangan kerana mahu mengejar sokongan, kita membelakangkan agama,” katanya dipetik Berita Minggu.

Bekas ahli Parlimen PKR Wee Choo Keong berkata keberanian Anwar adalah untuk mewujudkan undang-undang membela hak golongan gay dalam manifesto Pakatan Rakyat.

“Setahu saya, homoseksual perbuatan serius dalam hukum syariah Islam dan sebarang pandangan mengenainya perlu mengambil kira sensitiviti umat Islam. Dalam hal ini, seharusnya Anwar lebih faham berbanding saya,” kata Ahli Parlimen Wangsa Maju ini.

13 comments:

Green Sabah said...

This is a very sensitive topic as people's opinion about this issue is different.

twenty12 said...

Saya tidak merasakan beliau menyokong perbuatan gay namun biasalah bila ucapan seseorang diputar belitkan.

twenty12 said...

Gay pun manusia juga. At least bantu mereka untuk kembali ke jalan benar dan bukannya mahu condemn mereka. Sesetengah orang ada krisis identiti.

DorianG said...

There are more pressing matters pertaining our state and nation that requires our attention than that of a person's sexual orientation, don't you think?

DorianG said...

Hopefully there are no more malarkey spin offs from the Anwar trial. Get your head out of the gutter and focus on matters that of a more significant importance.

antap said...

budaya gay tak harus diamalkan di negara kita, ia bertentangan dgn fitrah manusia.

Smookiekins said...

Kenyataan Anwar boleh membuat rakyat keliru.

Kris Jr said...

Pembebasan Anwar menunjukkan tiada konspirasi dan sistem kehakiman tidak tempang.

Irish said...

di dalam agama sendiri pun perkara ini adalah salah. bagi saya, tidak sepatutnya menyokong gay atau lesbian.

Irish said...

the sign of the end of the world!

Karin-nah said...

Inikah yang mahu menjadi PM kita nanti? Hubungan seks sejenis seharusnya dielakkan dan Anwar perlu sedar akan kenyataan yang dibuat. Maka pendedahan perlu lebih diberikan kepada mereka yang terlibat dengan masalah ini.

nickko said...

agaknya itulah kebebasan yang diperjuangkan oleh Anwar dan penyokong2nya.. kebebasan yang bertujuan untuk memimpin negara ini menuju kehancuran..

Sekolah Bahagia said...

Baca ini.. heeeee

http://amenoworld.blogspot.com/2012/11/ini-sebab-kenapa-saya-kutuk-anwar.html

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels