29 January 2012

Mahukah Datuk Lajim buat kejutan?

Tahun 1994, Datuk Lajim membuat kejutan besar bersama Datuk Rubin Balang. Kejutan itu, membuatkan BN yang kalah melalui PRN Negeri mengambil alih tampuk pemerintahan negeri.

Bermulalah episod yang belum pernah berlaku di negara ini, yakni pengiliran Ketua Menteri setiap dua tahun.

Sebagai permulaaan kepada sistem penggiliran Ketua Menteri itu, dilantiklah Datuk Sakaran Dandai (kini Tun selepas dilantik TYT), kemudian diikuti oleh DSP Salleh bagi melengkapii dua tahun giliran bumiputera islam.

Selepas itu giliran kouta cina-Datuk Yong Teck Lee menjadi Ketua Menteri Sabah selama 2 tahun. Menjelang PRU- 1999, Datuk Bernard Giluk Dompok (kini Tan Sri) dilantik sebagai Ketua Menteri bagi kuota bumiputera bukan islam dan seterusnya beliau mengetuai PRN pada tahun 1999. Malangnya beliau tidak menang pada PRN tersebut,akibatnya giliran bumiputera islam pula mengambil jawatan Ketua Menteri.

Selepas dua tahun, giliran kuota cina pula.. walaupun Chong Kah Kiat (kini Tan Sri) hanya mempunyai 1 DUN, akan tetapi demi janji BN, maka beliau mengambil alih jawatan daripada Datuk Osu Sukam.

Selepas Chong Kah Kiat berundur pada tahun 2003, kerana tampat tempoh, maka giliran bumiputera islam pula, yang sepatutnya giliran bumiputera bukan islam, namun pada masa itu, wakil rakyat yang mewakili bumiputera bukan islam, tiada yang "layak' untuk dilantik sebagai Ketua Menteri, atas sifat masih baru dan mentah dalam politik.

Pucuk pimpinan BN masa itu memberi peluang kepada Menteri di Jabatan Ketua Menteri Datuk Musa Aman, yang kurang menonjol dan bersifat low profile.

Datuk Musa Aman dilantik sebagai Ketua Menteri ke-13 Sabah pada tahun 2003 dan beliau mengetuai PRN Sabah pada tahun 2004.

Pada PRN tersebut, ternyata BN hampir menyapuh bersih semua DUN dan Parlimen, kecuali kalah satu dun Kuala Penyu dan Parlimen Sandakan.

Atas kejayaan BN dibawah teraju Musa itu, maka gabungan BN Sabah yang dipersetujui oleh pimpinan Pusat, telah menghapuskan sistem penggiliran jawatan Ketua Menteri.

Selepas penghapusan tersebut, Musa terus menjadi Ketua Menteri sehingga kini.

Musa sebagai Pengerusi Umno/BN negeri telah membuat berbagai langkah perubahan semasa PRU-12. Pada PRU tersebut, Datuk Lajim yang sudah sinonim dengan DUN Klias, ditukar bertanding bagi kawasan Parlimen pula.

Sementara itu, pemimpin veteran seperti Tan Sri Pandikar, Datuk Salleh dan Datuk Amir Kahar, tidak dicalonkan.

Diambang pembuangan undi, ramai yang berspekulasi, bahawa BN Sabah akan kehilangan beberapa kerusi baik diperingan DUN mahupun parlimen, kerana tindak Datuk Musa yang sangat drastik tersebut. Namun semua anggapan itu, tidak benar, kerana Musa mengulangi keupayaannya, menang 24 daripada 25 kerusi Parlimen, prestasi sama seperti pada PRU-2004; demikian juga di peringkat DUN, BN menang 59 daripada 60 kerusi, sama dengan keputusan pada PRU-11.

Kemenangan BN Sabah yang luarbiasa tersebut bertolak belakang dengan prestasi BN di Semenanjung. Semenanjung dilanda tsunami politik, di mana daripada 166 kerusi yang ditandingi BN, BN hanya menang 84 kerusi berbanding Pakatan Rakyat 82.

Berasaskan prestasi buruk BN itu, maka terpaksa berlakunya pertukaran pucuk pimpinan. Tun Abdullah Badawi-Perdana Menteri ke-5 Malaysia memberi laluan kepada DS Najib untuk dilantik sebagai PM-6.

Walaupun telah berlaku perubahan pucuk pimpinan, nampaknya kemampuan BN di Semenanjung masih samar-samar. Ada yang mengatakan bahawa pada PRU-13 akan datang keputusan yang BN perolehi di Semenanjung akan hampir sama dengan keputusan PRU-12 dripada segi jumlah kerusi parlimen. Atas sebab itu, kerusi-kerusi bagi Sabah dan Sarawak adalah penyumbang penting baik kepada BN mahupun PR.

Berasaskan kepada prespsi itu, maka ramailah para pemimpin di Sabah dan Sarawak mencuba nasib, agar jika berlaku "hang parlimen" maka suara dari Sabah dan Sarawak merupakan penentu.

Kemungkinan besar inilah yang berada dalam benak Dr Jeffery Kitingan- kini Presiden STAR Sabah Chapter dan cita-cita SBF (parti yang dijenamakan semula).

Yang menariknya.. SBF dikaitkan dengan Datuk Lajim Ukin, Timbalan Menteri Perumahan negara (persekutuan) merangkap wakil rakyat Beaufort, Sabah.

Sejak pengakhir tahun 2011, telah diisukan, bahawa Lajim akan mengetuai SBF, untuk bertanding di semua kawasan yang ditandingi Umno. Tujuannya adalah supaya semua calon Umno kalah, dan seterusnya mengusir parti yang memasuki Sabah pada tahun 1991 tersebut akibat tikam belakang PBS semasa PRU-1990 akan hilang tapaknya di Sabah.

Jika demikianlah perkiraan dibenak para pemimpin SBF dan STAR, telaan mereka itu mungkin akan berlaku pada tahun 80-an, bukan pada masa kini.

Kerajaan Sabah di bawah kepimpinan Musa Aman, telah melangkah ke era baru daripada segi pembangunan mahukan pendapatan negeri. Sabah kini, saban tahun, bajet tahunannya terus meningkat. Tahun 2012 sahaja bajet Sabah telah melepasi RM4bilion, satu bajet yang belum pernah dibentangkan sebelum ini. Manakala reserve kerajaan negeri pula telah melebih RM3bilion.

Pembangunan Sabah terus berjalan, baik dana daripada kerajaan negeri mahupun dana daripada persekutuan.

Rakyat melihat dengan kepala sendiri, bahawa pembangunan negeri terus rancak dijalankan, baik pembangunan yang bercorak ekonomi mahupun keperluan asas rakyat.

Kerajaan BN terus menunaikan janji, tiada janji kosong yang ditaburkan. Malah, penduduk sendiri yang kadangkala menolak pembangunan, umpama pembangunan Dam Tambutoan di Kota Belud.

Pembangunan Dam Tambutoan Kota Belud akan menelan belanja hampir setengah bilion ringgit untuk keperluan pengairan sawah lebih 10,000 hektar di kawasan Kota Belud dan keperluan air minum bagi 100,000 penduduk Kota Belud.

Pembankang hanya menabur janji, kononya apabila mereka mengambil alih kerajaan, maka royalti minyak akan dinaikan 20%, sekarang ini, sebenarnya peruntukan kerajaan pusat yang disalurkan kepada kerajaan negeri telah melampui 20%.

Dalam prinsip equalbrium, apabila satu bahagian ditambah, maka akan mengurangkan bahagian yang lain, sebenarnya inilah yang ingin disampaikan oleh pihak pembangkang. Kalau royaliti minyak naik 20%, maka peruntukan daripada pusat akan berkurang 20%, akhirnya come back to square one.

Benarlah kata Musa, menjelang pilihanraya, pembangkang akan menabur janji bulan dan bintang, kerana mereka tiada kometmen untuk melaksanakannya.

Lihatlah janji-janji pembangkang bagi semasa PRU-12, di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah, walaupun telah 4 tahun memerintah negeri itu, janji2 seperti mana dalam manefesto mereka belum tertunaikan, alasan yang diberi.. mereka belum menguasai Putrajaya... satu alasan yang hanya mengelirukan rakyat.

Bagi para pemimpin Sabah yang sekarang ini berada dalam tampuk kuasa, janganlah turutkan nafsu, berilah sumbangan kepada parti yang memberi peluang kepada anda berkhidmat kepada rakyat.

Jangan mimpi, bahawa selamanya rakyat akan terpengaruh kerana tindakan pemimpin yang hanya berasaskan kepentingan peribadi.

44 comments:

DorianG said...

Hopefully the RAKYAT will not be confused by the opposition's propaganda.

DorianG said...

Cum GE-13, the people will be able to make the right decision

Anak Sabah said...

Adakah Lajim akan keluar BN untuk mengikuti SPF seperti apa yang dijangka? Baik kita tunggu Lajim membuat kenyataan beliau mengenai pendiriannya.

Anak Sabah said...

Tapi bagi pendapat saya, kemungkinan besar Lajim tidak akan meninggalkan BN kali ini. Jika Lajim keluar parti disebabkan tidak dilantik semula sebagai calon, perbuatan ini terlalu kebudak-budakan.

antap said...

jgnlah mudah terpendaya dgn janji2 pembangkang, negeri Sabah kini makin membangun di bawah pimpinan kerajaan sekarang.

antap said...

rasanya Lajim akan terus bersama BN, semua kabar angin mengenai Lajim adalah tidak benar.

Hinamori said...

I believe the people know how to evaluate between the good and bad

Kris Jr said...

The promises they have made are all empty promises.

Paquin said...

Hahahhahaa, kenapa lah bah si Lajim ni telampau popular. hehehe

Paquin said...

Kalau tak silap bukan si Lajim dah buat kenyataannya ka???Aish entahlah juga bah, bingung lama2.

Paquin said...

Saya harap rakyat dapat menilai hal ini secara matang. Agak menghairankan napa isu ini seringkali ditimbulkan???

Paquin said...

Soal kalah menang sesebuah parti itu, biaralah rakyat yang tentukan dan keputusannya akan diketahui pada PRU13 nanti.

Paquin said...

Jadi daripada memeningkan kepala mungkin lebih baik kita layan saja iklan politik ni. hhehe

Jason said...

The people will know who to vote when the time comes.

Jason said...

i don't think its necessary to focus on Lajim anymore.

Jason said...

most important thing rite now is for the people to make a wise judgement of all the parties.

Jason said...

Why everyone is so eager to know whether Lajim will quit BN. It shouldn't be a surprise anymore that he likes to jump party.

running man said...

Beliau sudah buat statement yang menyatakan pendirian beliau sebelum ini. Patut ianya tidak menjadi isu lagi.

running man said...

Kadang-kadang isu seperti ini timbul sama ada untuk merancakkan bahang p/raya, mengalih perhatian etc.

Karin-nah said...

Mengenai Datuk LAjim rasanya tidak ada yang perlu dirisaukan. Ini kerana Datuk Lajim telah memberikan kenyataan sendiri bahawa beliau akan meneruskan pejuangan bersama dengan UMNO/BN Sabah.

Karin-nah said...

Dulu heboh mengenai Datuk Lajim sekarang pembangkang cuba melemahkan Datuk Hajiji dengan memberikan kenyataan akan digugurkan pada PRU13. Namun semua itu tidak betul itu cuma permainan yang dilakukan oleh pembangkang.

Batresiah said...

UMNO tetap pilihan oleh Datuk Lajim. Kerana UMNO merupakan parti yang masih relevan untuk penduduk Sabah. Teruskan lagi usaha mengekalkan kerusi di Beaufort.

zam said...

ada saja isu yang dimainkan sekarang ini..

zam said...

khabar angin tidak perlulah dipercayai,..nama pun khabar angin..

zam said...

sehingga kini Lajim masih dalam BN, jadi tidak perlulah mempercayai sebarang spekulasi yang dimainkan.

rebirth said...

dalam politik memang banyak kejutan.. oleh sebab itu, pucuk pimpinan parti perlu sentiasa bersedia menghadapi setiap 'kejutan' yang timbul dalam parti mereka..

rebirth said...

saya yakin pada pru kali ini laluan pembangkang untuk merampas kerajaan negeri Sabah semakin sukar ekoran kewujudan banyak parti di negeri ini seperti STAR.. sedikit sebanyak, ia boleh memberikan kelebihan kepada BN untuk terus berkuasa, melainkan semua parti pembangkang mempunyai kesepakatan untuk mengelakkan pertandingan 3 penjuru..

No name said...

lajim akan membuat keputusan yang bijak. Tidak perlu memainkan isu sebegini.

No name said...

Guess Lajim will still loyal to BN. Lets wait and see what happen next.

No name said...

Tumpuan harus kepada rakyat dan bukan pihak yang memainkan isu.

No name said...

Tunggu perkembangan dengan status Lajim.

No name said...

Jika Lajim dilucutkan dari PRU13, rasa-rasa ini lah kejutannya.

mike said...

yang pasti sistem penggiliran KM sabah adalah satu sistem yang gagal untuk membangunkan negeri sabah...

mike said...

kemungkinan pada pru13 nanti, bn sabah akan menang besar mengulangi kemenangan seperti sebelumnya..mungkin akan ada pertandingan 3 atau 4 penjuru yang mana akan menguntungkan bn.

Anonymous said...

Lajim harus menjelaskan haluannya.

Anonymous said...

I think Lajim will still continue his work with BN. Just some opposition take things for granted.

Anonymous said...

Chances to win is high if the WR sincere to strike more for the people.

Anonymous said...

Lajim harus mengumumkan status beliau supaya tidak membuat andaian yang bukan-bukan.

Anonymous said...

Tiada kejutan sebab lajim masih akan berkekalan dengan BN.

aku baini said...

sama ada parti ini dapat kekal berkuasa, kedudukan BN/UMNO di Sabah hanya akan dapat ditentukan selepas tamat PRU-13

aku baini said...

semuanya di tangan rakyat Sabah sahaja yang dapat menentukan nasib negeri ini.

aku baini said...

berharap PRU-13 akan dijalankan secara bersih/adil dan tanpa penglibatan PATI atau 'phantom voters'

aku baini said...

nasihat kepada rakyat Sabah, undilah dengan bijak..!

aku baini said...

hanya dapat berharap BN Sabah akan kekal mendapat mandat daripada rakyat negeri ini

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels