24 January 2012

Politik Kota Belud: Apabila pendekatan basi digunapakai semula

Ada pemimpin mengulangi pendekatan basi dalam penentuan calon bagi mewakili BN pada PRU-13 akan datang.

Menurut pemimpin itu, jangan banyak songeh, siapa sahaja calon yang diketengahkan oleh parti, maka perlu disokong. Alasannya, pemimpin saling pergi dan berganti, namun yang tertinggal adalah parti. Jika demikian pendekatannya, parti yang tidak boleh berkata-kata itu, akan menjadi malang, atas sebab diwakili oleh pemimpin yang ada penyakit tidak setia pada parti.

Najib dalam pendekatannya adalah mengutamakan calon yang "winnable candidate" ertinya calon itu mempunyai grassroot, suka turun padang, mudah didekati dan dekat dengan rakyat, kemudian ditambah oleh Muhiyidin calon itu mesti capable, kerana itu calon itu boleh menjamin kemenangan pada parti.

Atas sebab itu, pada PRK Tenang, Johor, orang luar daripada parti Azhar ibrahim dicalonkan mewakili BN, dan terbukti, Azhar menang besar mengalahkan calon glamour Normala Shamsuddin.

Di Kota Belud kini, sungguh ramai yang berura-ura untuk menjadi calon-calon samada mahu mewakili BN atau Pembangkang. Mereka itu terdiri daripada mantan-mantan YB atau pegawai2 kerajaan yang masih berkhidmat atau presiden2 persatuan atau pegawai2 kerajaan yang telah pencen.

Namun yang menarik adalah "cubaan" para mantan YB yang telah gagal semasa zamannya sebagai wakil rakyat mencuba melalui pintu belakang untuk kembali dicalonkan mewakili BN, kononnya untuk meneruskan perancangan yang tidak sempat dilakukan semasa menjadi YB berpenggal-penggal.

Percayalah jika usaha mereka ini berjaya, yakinlah kawasan yang bakal diwakili nanti, akan kembali kepada "square one" bukan bertambah maju, sebaliknya bertambah mundur. Kenapa demikian? dalam benak mereka, memajukan rakyat sama dengan membunuh masa depan mereka, kerena semakin maju masyarakat maka akan terbuka minda mereka untuk memilih pemimpin yang mampu dan ikhlas membantu mereka.

Bagi suara rakyat, para YB Kota Belud yang ada perlu dipertahankan, walaupun ada terdapat beberapa kekurangan, namun pasukkan ini, telah membuka mata dan fikiran rakyat Kota Belud.

Datuk Rahman Dahalan walaupun ada yang menganggap wakil rakyat itu terlalu moden dalam pendekatannya, namun selama hampir 4 tahun, keupayaannya sebagai wakil rakyat boleh diberi markah "A", demikian juga Datuk Musbah di Tempasuk mendapat markah cemerlang, bagi Japlin pula, walaupun tidak mendapat markah cemerlang, namun kepimpinannya masih ada ruang untuk mendapat markah cemerlang.

Walaupun para YB ini bukan pemimpin parti diperingkat Bahagian, kecuali Japlin Naib ketua bahagian, namun mereka adalah pemimpin yang boleh diketengahkan oleh parti kerana mereka adalah "winnable candidate". Jangan ganggu sesuatu yang telah baik, kerana takut2 seperti Tikus membaiki labu. Fikir2kan lah.

34 comments:

Kris Jr said...

Strategik harus relevant dengan keadaan semasa. Basi atau tidak sesuatu pendekatan hanya dapat ditentukan pada PRU13.

Hinamori said...

Jangan terlalu yakin. Masing2 punyai perancangan.

Nemia said...

Politics need ideas and excellent contributions. ere

DorianG said...

I agree with Kris Jr, relevant strategies is crucial in contemporary times.

DorianG said...

But most of all, genuine concern as well as sincere effort to meet the needs as well as ease the people's plight consistently too must be part of the strategy.

onong said...

Cari la pendekatan yang bersesuaian dengan tema.

unknown said...

I suggest a better mechanism to promote the wellbeing of the whole political scene.

Ezef said...

We are not here to let people see us, instead serving for the people.

noemi said...

Don't let opposition rules.

antap said...

pendekatan lama atau baru, jika ia kena pada tempatnya, pasti akan berjaya.

antap said...

semoga segala perancangan yang diatur berjaya.

Hinamori said...

pendekatan sekiranya masih relevant pada masa sekarang tiada siapa yang boleh pertikaikan.

running man said...

Pengundi sekarang telah terdedah dengan media alternatif. BN kena guna pendekatan yang lebih relevan dan efisyen.

Alexis said...

yang sudah digugurkan itu tidak usahlah untuk pura2 berusaha mendapat sokongan untuk dicalonkan semula. apalagi mengguna pintu belakang. inilah yang dinamakan 'sudah terhantuk baru terngadah'. tiada lagi peluang kedua.

Batresiah said...

Sebaiknya pastikan calon yang benar-benar mampu memberikan sumbangan kepada penduduk. Itulah yang terbaik.

Batresiah said...

Jangan memilih calon yang tidak mampu memberikan yang terbaik. Kerana ini akan menjejaskan sokongan penduduk terhadap parti BN nanti.

fazlin said...

calon yang dipilih nanti perlulah menunjukkan komitmen yang tinggi untuk membantu rakyat.

fazlin said...

calon yang diletakkan nanti juga perlu berusaha menjaga kebajikan rakyat dan kepentingan rakyat.

Paquin said...

Apapun pendekatan yang diguna, saya yakin rakyat tahu apa nak buat.

Paquin said...

Tak kisahlah siapapun yang bertanding nanti sebab rakyat adalah penentu segalanya.

Paquin said...

Soal pendekatan saya setuju dengan antap sebab memang betul pendekatan lama atau baru, jika ia kena pada tempatnya pasti akan berjaya.

Paquin said...

Tapi kalau sebaliknya alamatnya tak berpeluang menang lah.. Enath2 menang gaya pun tak:P hahahhaa

Paquin said...

Apapun, kita nantikan saja keputusan PRU13. Semuanya pasti akan terjawab juga.

Anak Sabah said...

Kerajaan BN perlulah menggunakan pendekatan yang baru untuk menghadapi PRU-13, kita tidak boleh hanya menggunakan pendekatan yang sama buat selama-lamanya.

Anak Sabah said...

Zaman kini sudah berbeza, pengundi muda ada pendirian sendiri dan pendekatan yang digunakan sebelum ini mungkin tidak lagi releven untuk mendapatkan sokongan mereka, harap kerajaan BN akan melakukan transformasi jika hendak mendapatkan balik sokongan rakyat.

No name said...

Strategy lama tiada masalah janji "workable".

No name said...

Calon yang dipilih harus berkebolehan and berbakat menjadi pemimpin.

No name said...

Kalau benar and ikhlas untuk rakyat, pasti keadaan Sabah lebih berkembang dan maju. Masalah rakyat juga dapat perhatian yang wajar.

No name said...

Pembangkang makin maju dan giat, harus juga BN menggunakan startegi baru untuk menghadapi cabaran.

No name said...

Jika BN enggan membaut perubahan, cuma memberi laluan kepada pembangkang untuk semakin ke depan.

kamilla said...

Pastikan calon2 yang dipilih untuk mewakili rakyat benar2 tahu menjalankan tugas.

kamilla said...

Strategik baru kh lama, yang penting harus lebih dekat dengan rakyat

kamilla said...
This comment has been removed by the author.
rebirth said...

semua komponen BN adalah winnable party, tapi tidak mustahil dalam winnable party ini terdapat pemimpin yang bukan kategori winnable candidate.. oleh itu berhati2lah dalam memilih calon..

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels