29 January 2012

PRU 13: Faktor calon sangat penting: Muhyiddin

Pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) di setiap peringkat perlu menganalisis secara mendalam calon yang dicadangkan bertanding pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) bagi memenuhi kehendak rakyat di kawasan masing-masing.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, faktor calon amat penting kerana ia merupakan antara fokus utama pemilih dalam pilihan raya umum.

"Saya lihat kali ini walaupun parti yang bertanding itu diberikan nilai oleh pengundi macam BN apa perjuangan, falsafahnya, apa ideologi dan visinya...parti pembangkang pun dinilai juga, tetapi antara faktor yang lebih berat ialah calon.

"Sebab itu kita nak pemimpin BN menganalisis secara mendalam mana calon yang terbaik yang kita nak letakkan di kawasan itu...apa tokoh dia, latar belakang dia, dan penerimaan secara umum, ini penting," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyerahan Bantuan Rakyat 1Malaysia zon Sungai Terap/Sungai Raya di Pagoh, Ahad.

Muhyiddin berkata parti komponen BN ketika ini masih dalam peringkat mengenal pasti calon-calon yang berpotensi.

"Sekarang ini belum selesai lagi untuk mengenal pasti calon-calon berpotensi, masih dalam proses penilaian yang dibuat setiap parti komponen dalam BN...Umno dengan penilaian sendiri, MCA, MIC pun ada senarai-senarainya," katanya.

Beliau berkata pngerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak juga belum mengeluarkan arahan untuk setiap parti mengemukakan senarai calon masing-masing.

Mengenai sama ada terdapat perubahan atau pertukaran kerusi antara parti komponen BN pada PRU-13 nanti, Muhyiddin berkata perkara itu akan dibincangkan apabila ada pemintaan daripada parti komponen.

"Kita akan buat penilaian pro dan kontra sama ada sesuai nak buat pertukaran kerana kita kena mengambil kira dua kawasan yang terlibat."

Mengenai laporan akhbar berhubung hasrat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang bersedia tidak bertanding pada PRU-13, Muhyiddin berkata itu soal dalaman parti itu.

"Ini soal mereka, sama ada bertanding atau tidak, bagi kita (BN) siapa saja di pihak parti pembangkang yang bertanding, kita hadapi macam biasa sama ada Presiden PAS bertanding atau tidak bertanding, itu tidak penting.

"Saya lebih mementingkan soal BN, apa fokus BN, apa strategi yang kita susun untuk hadapi pilihan raya umum, kita buat secara terperinci setiap kawasan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri," katanya.Bernama

12 comments:

Anak Sabah said...

Pelantikan calon yang terbaik untuk setiap parti adalah penting untuk memastikan bahawa pemimpin yang terbaik akan memimpin rakyat di setiap kawasan jika menang nanti.

Anak Sabah said...

Calon yang tidak dipilih untuk mewakli parti kali ini tidak harus berputus asa, teruskan usaha untuk menjadi yang terbaik dan peluang akan diberikan pada PRU-14.

antap said...

pemilihan calon amat penting kerana calon yang baik akan menentukan kemenangan BN, jadi pilih calon yang terbaik.

antap said...

mana2 yang tidak tercalon nnti kena terima keputusan dgn hati terbuka dan yng tercalon kena buktikan bahawa pemilihan mereka adalah tepat.

Hinamori said...

winnable candidate sangat penting pada PRU13.

Kris Jr said...

UmnoBN jangan tersalah letakkan calon

running man said...

Memang faktor calon sangat penting. Pengundi undi calon, bukan semata-mata perti yang diwakili.

running man said...

Pilih calon yang layak berdasarkan rekodnya. Bukan siapa yang melobi dengan banyak.

Karin-nah said...

Maka kerusi itu tidak penting namun tanggungjawab itulah yang menentukan semuanya untuk calon yang layak.

Karin-nah said...

Calon perlulah yang benar-benar mampu memberikan yang terbaik kepada rakyat. Kerana mereka seperti inilah yang memberikan kemenangan kepada BN.

nickko said...

lagi bagus jika ada kajian dilakukan bagi menilai mana2 pemimpin dikawasan itu yang layak diketengahkan sebagai calon.. minta pandangan dari rakyat sendiri tentang siapa antara barisan pemimpin ini yang mereka suka..

nickko said...

apa2pun, kepada pemimpin yang gagal dicalonkan, akur saja la dengan keputusan itu.. jangan pula jadi musuh dalam selimut atau bertindak keluar parti bagi memberikan kelebihan kepada pihak lawan..

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels