Popular Posts

14 January 2012

Umno Kota Belud pasang "gear 5" menghadapi PRU-13

Kelihatan Salleh, Musbah, Rahman dan Japlin semasa mesyuarat tersebut.

SEMALAM Umno Bahagian Kota Belud bermesyuarat bagi persiapan menghadapi PRU-13.

Selepas Mesyuarat tersebut, Ketua Bahagian Umno Kota Belud merangkap Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Negeri DSP Salleh Tun Said berkata, Umno Sabah di bawah kepimpinan Datuk Seri Musa Aman telah bersiap sedia menghadapi PRU-13, jika iapun diadakan secara mengejut.

Mesyuarat Umno Bahagian Kota Belud tersebut telah dihadiri oleh ADUN daripada Umno dan MP Kota Belud.

Pada PRU-12, Daripada 60 DUN yang dipertandingkan di Sabah, 59 dimenangi BN, sementara Parlimen, 24 dimenangi BN dan satu oleh DAP.

Sabah dianggap sebagai Simpanan Tetap.

36 comments:

Green Sabah 16 January 2012 09:33  

Hope that all parties will do their best to face the next General Elections.

Green Sabah 16 January 2012 09:34  

The people must learn to chose the best party for their future and their children's future.

twenty12 16 January 2012 10:50  

Banyak sudah ramalan bila PRU13 akan diadakan, namun belum ada kenyataan rasmi dari PM saja. Baguslah jika sudah buat persediaan dari awal.

twenty12 16 January 2012 10:52  

Kalau sudah pasang sampai "gera 5", mungkin juga kawasan KB bakal menyaksikan pertarungan yang sengit nanti.

antap 16 January 2012 16:02  

Sabah adalah negeri yang amat penting bagi BN. pasti BN akan perkukuhkan jentera untuk terus mentadbir Sabah.

lina a 16 January 2012 19:33  

kalau calon yang diletakkan juara dihati rakyat dalam erti kata sentiasa berdamping dengan rakyat atau pengundi di kawasan ini sudah pasti calon berkenaan akan mendapat majoriti yang lebih besar.

lina a 16 January 2012 19:36  

harap parti gabungan BN lebih teliti memilih dan meletakkan calon di kawasan ini yang mana boleh membawa kemenangan besar kepada parti

lina a 16 January 2012 19:36  

janganlah letak calon dari luar yang bukan kelahiran kawasan KB atau yang hanya timbul semasa pilihan raya.

lina a 16 January 2012 19:38  

kerana calon tersebut pasti tidak akan mendapat sokongan padu dari penduduk tempatan

lina a 16 January 2012 19:39  

sudah pasti rakyat di kawasan ini juga mahu calon yang sentiasa berdamping dengan rakyat dan yang mudah ditemui pada bila-bila masa.

Paquin 17 January 2012 00:12  

Fuhyoo, gear 5 tu:P hehhee.. Bah all the best lah:)

Paquin 17 January 2012 00:13  

Semua parti harus bersiap sedia dan bersainglah dengan adil supaya kemenangan yang diperoleh tak dipertikaikan kemudian hari.

Paquin 17 January 2012 00:14  

Yang pasti PRU kali ini konpom sengit. hehehe.. Macam tak sabar pula mahu mengundi:P

Paquin 17 January 2012 00:14  

Sekarang ni, kita sebagai rakyat harus fikir secara matang dan buat keputusan yang tepat.

Paquin 17 January 2012 00:15  

Next GE adalah peluang utk rakyat memilih calon yang dirasakan layak jadi pemimpin. Jangan lepaskan peluang itu mahupun menyia-yiakannya.

zam 17 January 2012 13:10  

semua parti mahukan kemenangan, jadi siapa yang berjaya memenangi hati rakyat maka parti itulah yang akan menang nanti.

zam 17 January 2012 13:12  

BN dilihat sememangnya kuat di KB. apa pun, BN tetap perlu berusaha gigih jika mahukan kemenangan dan jangan lalai.

zam 17 January 2012 13:13  

apa pun, semuanya akan ditentukan oleh pilihan rakyat. jadi, pastikan tanggungjwab kepada rakyat ditunaikan dengan sebaiknya.

Smookiekins 17 January 2012 14:20  

Rasanya bukan Umno KB saja. Setiap parti pun sudah mula memasang strategik masing2.

Kris Jr 17 January 2012 14:22  

Pembangkang pun masuk gear 5 juga ni.

Irish 17 January 2012 15:05  

makin banyak tanda2 PRU semakin hampir. ramalan pun tidak habis2 dibuat.

Irish 17 January 2012 15:07  

parti2 lain bagaimana? harap2 semua pun sudah bersedia menghadapi PRU-13.

mike 17 January 2012 20:48  

gelaran simpanan tetap harus dikikis...

mike 17 January 2012 20:49  

ini kerana disebabkan gelaran ini, ada sesetengah wakil rakyat BN yang leka dan tidur dalam tugas mereka..kerja keras dan ushaa berterusan harus dilakukan oleh BN untuk mendekati rakyat...BN harus keluar dari zon selesanya..

Karin-nah 18 January 2012 11:09  

bagus kalau BN sudah bersedia dengan PRU13 yang akan datang.

Karin-nah 18 January 2012 11:10  

Saya percaya kepada BN Sabah yang dipimpin oleh Datuk Musa Aman untuk terus mengekalkan kedudukan BN di Sabah dan akan memenangi semua kerusi tersebut tidak kira DUN atau MP.

Hanroizin 18 January 2012 11:12  

Tidak ada mustahil untuk mempertahankan kerusi MP dan DUN di Sabah. Teruskan usaha mendekati rakyat di Sabah. Sejarah 2008 yang mana DUN 60 dimenangi BN 59 dan MP25 dan dimenangani BN 24 kerusi. Maka ini menampakkan bahawa penduduk Sabah masih lagi dapat menerima BN untuk mereka.

Hanroizin 18 January 2012 11:14  

Apa pun jangan pandang rendah dengan semangat yang ada dengan Pembangkang. Mereka juga pasti akan mengatur strategi untuk memastikan sasaran mereka tercapai.

azman 19 January 2012 17:26  

persediaan awal penting untuk menyediakan jentera yang kuat dan sentiasa bersedia.

azman 19 January 2012 17:27  

semua parti mahu menang, jadi berusahalah bersungguh-sungguh dan tunaikan tanggungjawab kepada rakyat.

No name 20 January 2012 09:18  

Pasti BN akan buat sesuatu untuk mengukuhkan kuasa di Sabah selaku deposit untuk BN.

No name 20 January 2012 09:20  

Perosak parti harus disingkirkan supaya tidak menjejaskan perkembangan dan imej BN.

No name 20 January 2012 09:22  

Gear 5 tak ada masalah, janji systematic dan sampai.

No name 20 January 2012 09:24  

Calon kerusi harus dikaji.

No name 20 January 2012 09:27  

Semua parti ada peluang yang sama, terpulang kepada rakyat sendiri untuk menilaikannya.

nickko 20 January 2012 11:18  

jika BN benar2 telah melaksanakan tanggungjawab mereka, tidak perlu risau sekalipun pilihanraya umum diadakan secara mengejut..

Post a Comment

About This Blog

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP