18 February 2012

BN DUN Tempasuk siap sedia hadapi PRU-13

RABU lalu bertempat di bilik mesyuarat ADUN Tempasuk, telah diadakan mesyuarat pertama jentera pilihanraya BN Dun Tempasuk.

Jentera pilihanraya DUN Tempasuk diketuai oleh Datuk Haji Musbah Haji Jamli yang juga ADUN bertahan N.6 Tempasuk, dalam kawasan Parlimen P.169 Kota Belud.

Blog suara rakyat difahamkan, jentera BN tersebut hanya menunggu saat pembubaran DUN dan siap siaga mempertahankan DUN Tempasuk agar supaya terus dikuasai oleh Bn/Umno.

Kawasan N.6 Tempasuk, mempunyai jumlah pengundi berdaftar yang telah disahkan pada September,2011 menghampir 15 ribu pengundi. Dalam senerai tersebut, kaum bajau mendahului jumlah terbanyak, diikuti kaum dusun dan iranun.

Pada PRU-12, calon Bn/Umno mencatat jumlah tertinggi berbanding undi yang diperolehinya pada PRU2 sebelumnya.

Pada PRU-13 akan datang, diperkirakan jumlah undi yang akan diperolehi oleh calon bn/umno akan terus meningkat dan memperlembar jurang perbezaan undi yang akan diperolehi pihak pembangkang.

Calon bn/umno akan terus diberi kepercayaan oleh rakyat memandangkan perkhidmatan yang diberikan oleh wakil rakyat yang ada sekarang cukup memuaskan dan cemerlang.

23 comments:

rebirth said...

soal menang atau kalah fikir kemudian.. yang penting usaha perlu digandakan dan kembalilah berkhidmat kepada rakyat..

rebirth said...

saya yakin BN akan tetap kekal memerintah negeri ini memandangkan belum ada kesepakatan dikalangan parti pembangkang di negeri ini bagi mengelakkan pertembungan tiga penjuru.. mungkin situasi ini boleh memberikan sedikit keselesaan kepada BN..

DorianG said...

This is a positive move.

DorianG said...

It's good to see that the election mechanism of BN Tempasuk is at optimum rate.

DorianG said...

Hopefully all matters has been resolved in preparation for the general election.

DorianG said...

End of the day, the people of Tempasuk will have the final say on this matter.

DorianG said...

Hopefully the people too have made themselves ready for this coming election

ferlo said...

walaupun PRU belum lagi tau bila akan diadakan, namun persediaan kena sentiasa ada.

ferlo said...

bukan sahaja DUN Tempasuk, kawasan lain juga kena sentiasa bersedia.

running man said...

Setuju dengan rebirth. Perjuangan utama adalah kepada rakyat.

running man said...

BN sudah siap sedia, parti pembangkang bagaimana? Macam masih belum ada jalan penyelesaian di antara mereka sama ada akan bergabung ataupun tidak.

Paquin said...

Baguslah kalau sudah ready. Senang sikit nak gariskan apa yang perlu dibuat seterusnya.

Paquin said...

Usaha ini memang suatu perkembangan yang positif dan harap ia diteruskan lagi.

Paquin said...

Apapun, all the best kepada yang bakal bertanding dan bersainglah secara sihat.

Green Sabah said...

It's good that they are prepared to face the next general elections early, hopefully everything is ready when the next GE comes.

Green Sabah said...

May the best candidate and the best party win during the next general elections. All people should vote wisely.

Karin-nah said...

Kalau mahukan kemenangan perlulah terus memberikan yang terbaik kepada rakyat. Jangan abaikan tanggungjawab.

Karin-nah said...

Seperti apa yang Datuk Musa katakan. Kerusi bukannya perkara penting sekarang ini yang penting sekali adalah melaksanakan tanggungjawab kepada penduduk. Itulah yang penting untuk dilaksankan supaya terus mendapat sokongan penduduk.

Karin-nah said...

Sentiasalah bersedia tidak kira bila PRU akan diadakan. Seharusnya kebaikkan perlu dilakukan dari mula lagi bagi memastikan penduduk tidak meragui untuk menyokong parti tersebut.

Wazxiran said...

Dengar apa nasihat ketua menteri Sabah mengenai mempertahankan kerusi. Beliau ada memberikan kenyataan bahawa untuk terus mendapatkan sokongan perlulah memberikan keutamaan kepada tanggungjawab kita.

Wazxiran said...

Rakyat yang menentukan setiap pemimpin itu akan terus mendapat kerusi tersebut atau tidak. Maka laksanakan apa yang perlu untuk mereka.

Irish said...

nampak gaya Musbah akan tetap terpilih sebagai winnable candidate untuk PRU-13.

Irish said...

sekarang ni kehangatan PRU semakin terasa dan memang wajar setiap parti sudah berada dalam keadaan bersiap sedia menghadapi PRU.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels