18 February 2012

BR1M hanya RM2.6 bilion gembirakan rakyat, subsidi RM22 bilion, ramai yang pertikai

Sebaiknya subsidi yang diberikan kerajaan terhadap berbagai barangan pokok, dialihkan kepada bentuk agihan langsung kepada rakyat.

Subsidi hanya memperkaya segelintir individu. Subsidi gula memngakibatkan monopoli pembekal komoditi itu jadi kaya raya, demikian juga monopoli pembekal beras, minyak masak dan petrol dan gas.

Kerajaan saban tahun menanggung subsidi RM22 bilion, namun rakyat tidak berterima kasih, namun melalui BR1M, yang hanya melibatkan RM2.6 bilion dan jumlah rakyat 5.2 juta, tergambar bagaimana terima kasihnya rakyat menerima bantuan itu.

Jika keadah BR1M diguna pakai bagi menampung kesengsaraan rakyat dan diberikan saban tahun, penulis rasa, ianya lebih berbaloi berbanding keadah subsidi.

Selain itu, perlu mengamalkan, bahawa setiap rakyat yang tidak berpendapatan, perlu diberi bantuan sara hidup, adalah pendekatan yang lebih mulia berbanding skim subsidi.

11 comments:

Anak Sabah said...

Sebenarnya subsidi ini tidak beberapa penting untuk rakyat, lebih baik jika ia digunakan untuk BR1M untuk meringankan bebanan rakyat.

Anak Sabah said...

Ikutilah harga pasaran untuk barangan terkawal, rasanya harganya pun bukannya tinggi sangat walaupun tiada subsidi. Hentikan subsidi dan menambah BR1M kepada RM800 diagihkan setiap tahun.

nickko said...

mungkin sebab rakyat tidak 'nampak' subsidi rm22 bilion itu berbanding dengan bantuan BR1M yang mana nilainya dapat dilihat oleh rakyat sendiri..

nickko said...

kalau tidak silap kerajaan persekutuan telah memberikan jaminan bahawa bantuan rm500 dan rm100 akan diteruskan ditahun2 berikutnya mengikut kemampuan ekonomi. oleh itu, tidak perlulah subsidi rm22 bilion itu ditukar kepada program bantuan..

ferlo said...

adalah lebh baik jika BR1m diteruskan lagi tahun ke tahun.

Batresiah said...

Terima kasih kepada kerajaan kerana memberikan bantuan kepada rakyat Malaysia. Harap bantuan ini akan dapat meringankan sedikit beban rakyat yang ditanggung.

running man said...

Jika subsidi hanya akan mengkayakan segelintir pihak, rasanya ia adalah kurang adil. Rakyat jelata pun mahu juga merasa senang. Perlu idea baru untuk mencari jalan bagaimana peruntukan berbillion-billion boleh dimanfaatkan sepenuhnya dan dapat dirasai oleh rakyat secara keseluruhan.

Irish said...

rakyat usah bergantung sangat dengan subsidi dan bantuan kerajaan.

Irish said...

BR1M ni mereka yang mempunyai pendapatan bawah RM3000 ja yang dapat, kalau subsidi barangan semua rakyat akan nikmatinya jika tiada pihak yang mengambil kesempatan.

TuhauBam said...

important is that there must be cooperation from all concerned so that any problem relating to the BR1M distribution would be resolved

Kris Jr said...

BN berkeyakinan dapat menyalurkan bantuan persekolahan RM100 dan BR1M RM500 pada setiap tahun sekiranya ekonomi mencatatkan pertumbuhan pesat.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels