16 February 2012

Jalan Pulang

KOTA BELUD dikenal dengan sebutan cowboy town of the east dikenali dipelosok tanah air pada tahun 1991, apabila untuk pertama kalinya umno bertapak, melalui PRK Usukan.

Pada PRK itu, calon sulung umno Tun Mustapha Datu Harun melawan calon kerajaan PBS Jap omar. Jap meletakkan jawatan sebagai pegawai daerah kota belud semata-mata untuk bertanding pada PRK itu. Kini Jap adalah ahli umno dan bertugas di salah sebuah syarikat milik kerajaan negeri.

Walaupun umno parti pembangkang ketika itu, namun sokongan rakyat terhadap calon umno cukup menyakinkan, Tun Mustapha menang besar,walaupun, calon PBS tidak hilang wang pertaruhan.

Kemenangan Tun Mustapaha, tidaklah memeranjatkan,kerana beliau bertanding di kubu kuatnya, kubu kuat parti usno yang dibubarkan untuk memberi peluang kepada umno mengembangkan sayapnya ke Sabah.

Umno terpaksa mengembangkan sayap ke negeri di bawah bayu atas sebab kehendak bumiputera islam yang tertindas semasa kerajaan Parti Bersatu Sabah.

Kemasukan umno disambut baik di semua kawasan yang mempunyai pengundi majoriti bumiputera islam. Perkara ini terbukti apabila pada PRU-1994, semua kawasan bumiputera islam dimenangi oleh calon2 umno/BN termasuk kawasan campuran. Namun, Bn/umno belum menang dalam pilihanraya, atas sebab gabungan antara KDM dan kaum cina masih dibelakang PBS.

Pada PRU-1994, umno/bn hanya mendapat 23 kerusi DUN, sementara PBS 25, daripada 48 kerusi yang dipertandingkan.

Selepas sebulan, PBS membentuk kerajaan negeri dengan majoriti mudah, berlakulah tsunami politik kepada PBS; dua orang wakil rakyatnya berpaling tadah, seorang daripada kemabong dan seorang daripada klias. Kedudukan komposisi ADUN telah bertukar, BN 25 dan PBS 23. Akibat daripada kemelut itu, Ketua menteri pada masa itu, Datuk Pairin Kitingan (kini Tan Sri) mencoba membubarkan dewan, sepertimana pernah beliau lakukan pada tahun 1985,namun kali ini, beliau gagal,kerana TYT Sabah ketika itu, enggan menandatangani surat pembubaran DUN Sabah.

Sebagai akibatnya, BN membentuk kerajaan, dengan majoriti mudah, dan melantik Datuk Sakaran Dandai (kini Tun) sebagai Ketua Menteri.

Pada tahun 1994, bermulalah episod pengiliran ketua menteri-bumiputera islam-kaum cina dan bumiputera bukan islam. Dalam spin waktu sehingga tahun 2003, telah 6 orang dilantik sebagai ketua menteri sabah secara bergilir-gilir.

Pengiliran ketua menteri terhenti apabila berlaku pergantian perdana menteri, daripada Tun dr mahathir kepada Tun Abdullah badawi. Ketua menteri sabah kini adalah datuk musa aman yang dilantik pada tahun 2003 mengambilalih daripada tan sri chong kah kiat.

Mengimbas kembali percaturan politik daripada tahun 1985-1994, politik sabah ketika itu dikuasai oleh kaum kdm dan kaum cina. Tidak ada yang boleh dilakukan oleh bumiputra islam, apapun percaturannnya, bumiputera islam tidak boleh memerintah kerana kekurangan kerusi di DUN.

Namun, percaturan politik mengubah segala-galanya. PBS yang kuat berpecah-pecah, menjadi beberapa parti kecil-seperti PDS (kini upko), pbrs, SAPP dan pbs, sebelumnya pbs cuba diruntuhkan melalui penubuhan AKAR, tajaan bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah- Datuk Mark Koding. Sementara umno dimana bumiputera islam bernaung, terus menjadi single entiti.

Kini umno telah bertapak, menguasai 32 kerusi dun daripada 60 jumlah kerusi dun sabah.

Berasaskan kepada keadaan ini, kaum kdm dan kaum cina mencoba JALAN PULANG, mengulangi sentimen tahun 1985, atas sebab itu kaum kdm mencoba memunculkan api sentimen seperti isu tanah dan pati, kerana isu2 ini cukup mendapat sambutan daripada suku kaum itu.

Menghadapi pru-13, isu2 inilah yang terus dimarakkan. Sempena lawatan najib ke sabah bermula hari ini, semoga isu2 ini dimuktamadkan demi mengekang gerak parti2 pembangkang.

22 comments:

Mohd Ishak said...

Mungkinkah sentimen 1985 ini akan berulang kembali setelah banyak tahun ia berlaku.

Mohd Ishak said...

Kita sebagai pengundi akan tunggu PRU-13, mungkin ada perubahan yang akan berlaku.

DorianG said...

This is beyond sentiment when you talk about land issues and illegal immigrant. These are matters that are close to the people's heart and it is the question of the sovereignty of the state.

DorianG said...

Hopefully this coming election will bring us away from the stagnant state that we are in right now

Paquin said...

Susah mahu cakap. Pandai2 lah rakyat membuat penilaian nanti

Paquin said...

Pastikan pemimpin terbaik yang menang:P hehhee

jsiput said...

with the election coming, i hope all the issues that were raised by the opposition will be solved.

jsiput said...

the land issues and illegal immigrant has been around far too long. Don't let this issues prolong.

jsiput said...

apart from that, promises that were made by the government must be fulfilled.

Anonymous said...

Pemimpin walau apa pun latar belakang, wajib menjaga kepentingan semua kaum penduduk tempatan di Sabah ini. Isu tanah dan PATI merupakan masalah terbesar dan serius di negeri ini. Semoga PRU13 akan menampakkan perubahan posiitf kepada Sabah.

Anonymous said...

pada masa ini byk isu yang dimainklan oleh pembangkang untuk meraih sokongan.

Anonymous said...

rakyat kena bijak dalam menilai semua isu yang dimainkan.

Kris Jr said...

Saya percaya rakyat tahu bagaimana untuk menilai antara baik dan buruk

Kris Jr said...

Pada PRU13 rakyat Sabah harus mengundi dengan bijak.

Anonymous said...

mungkinkah zaman kegemilangan kaum KDM dan kaum Cina pada tahun 1985-1984 akan berulang lagi??

Anonymous said...

begitu besar kesan dari kemasukan UMNO di Sabah ni. rasanya tidak mungkin pembangkang dapat menguasai kawasan ni juga negeri Sabah secara umumnya.

Anonymous said...

Dari dulu sampailah sekarang isu tanah dan PATI ni memang sentiasa menjadi isu tidak lapuk dan tidak pernah berakhir.

Anonymous said...

rakyat harus membuat pilihan dengan bijak..pilihlah calon yang mampu mewakili anda dengan baik.

Anonymous said...

sekarang ini ada banyak parti yang ada di Sabah..jadi persaingan mungkin jadi lebih sengit.

Anonymous said...

apa pun, tunggu dan lihat saja pada pru nanti..siapa yang mampu mengambil hati rakyat dialah yang akan menang.

nickko said...

isu tanah dan PATI memang benar2 berlaku di negeri ini. jadi membangkitkan isu ini bukanlah sebahagian daripada agenda kaum KDM dan kaum Cina bagi mengulangi sentimen 1985..

nickko said...

perpaduan dikalangan kaum di negeri ini boleh diperkukuhkan jika semua pemimpin2 politik dapat bersaing secara sihat tanpa menyentuh kepada sebarang isu yang melibatkan sensitiviti kaum di negeri ini..

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels