14 February 2012

Jika benarlah semangat 1985 bangkit semula

Jika benarlah semangat 1985 di mana kerajaan Berjaya tumbang oleh Parti Bersatu Sabah (PBS) bangkit pada PRU-13, maksima jumlah kerusi yang akan diperolehi oleh kaum KDM dan kaum cina adaah 17.

Persempadan kawasan2 pilihanraya Negeri Sabah yang telah digunapakai pada tahun 2004 dan 2008, tidak memungkinkan lagi semangat 1985 berulang semula.

Pemimpin veteran, Tan Sri Pairin melihat ini semua, atas sebab itu, PBS bergabung semula bersama BN.

Penganalisis politik yang bukan berasal daripada negeri Sabah, terlepas pandang, bahawa taburan pengundi yang ada, tidak memungkinkan lagi semangat tahun 1985 itu berulang.

Jikapun, parti2 pembangkang, baik Pakatan Rakyat, SAPP dan STAR bergabung dan melawan satu lawan satu dengan calon2 BN, maksima jumlah kerusi yang boleh mereka menang adalah 17, tidak akan lebih daripada itu.

Jika demikian keputusan pada PRU-13, maka bn Sabah tetap mempunyai kuasa 2/3 di dewan undangan negeri. Ramalan para penganalisis, bahawa akan berlaku "human Frog" tidak akan terjadi, kerana BN negeri masih kuat.

Kawasan2 yang diperkirakan akan terlepas ke tangan pembangkang pada PRU-13, dengan syarat pertandingan satu lawan satu adalah:- N2-Tanjong Kapor, N4-Matunggong, N5-Tandek, N9-Tamparuli, N11-kiulu, N13-Inamam, N14-Likas, N15-Api-Api, N17-Tanjung Aru, N19-Kapayan, N20-Moyog, N26-Kuala Penyu, N29-Kundasang, N33-Bingkor, N37-Sook,N44-Karamunting, N57-Sri Tanjung (DAP) dan N58-Merotai.

Jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri Sabah adalah 60. Kedudukan selepas PRU-12, BN 59 DAP 1.

24 comments:

Mohd Ishak said...

Apa yang sudahpun berlalu mungkin tidak akan dibangkitkan semula, kita hanya boleh pandang depan.

Mohd Ishak said...

Bukan senang hendak meramal corak pengundian rakyat kerana fikiran boleh diubah antara sekarang sehingga tarikh PRU-13.

Paquin said...

Semua ini hanyalah ramalan dan kita hanya akan tahu apa yang sebenarnya akan berlaku bila tiba masanya nanti.

Paquin said...

Sekarang ini masanya belum tiba, sebab itu rakyat harus gunakan kesempatan yang ada utk membuat penilaian sebaik mungkin demi memastikan pilihan yang dibuat nanti tepat dan terbaik.

Paquin said...

Apapun, kita tunggu dan lihat sajalah nanti.

Anonymous said...

bermacam-macam ramalan mengenai pilihanraya, tapi semua itu belum tentu benar kerana politik negara kita terutamanya di sabah berbagai corak.

Anonymous said...

apapu, semua ini terletak pada rakyat untuk menentukannya.

Anonymous said...

rakyat kena hadapi realiti yang sebenarnya. terus maju ke hadapan.

TuhauBam said...

PRU13 pasti akan meninggalkan sejarah yang menarik di Sabah, mungkin juga M'sia. Sama2 kita saksikan PRU13.

Hamdan Hadillah said...

Semangat PRU13 semakin membara buat masa sekarang. Maka semua pemimpin BN perlulah memberikan yang terbaik kepada rakyat bagi memastikan akan terus diterima sebaiknya.

Hamdan Hadillah said...

Kerajaan perlulah merancang sesuatu yang terbaik untuk rakyat. Buktikan kepada rakyat bahawa Kerejaan masih relevan dan mampu melaksanakannya.

Anonymous said...

Adakah isu pengundi hantu wujud pada masa itu?

Anonymous said...

Learn from history.

Anonymous said...

PRU13 will be another turning point to Sabah.

Anonymous said...

Too early to say. Im sure the people know what to do and what the best to them.

Anonymous said...

What you do now indeed good enough to change the entire history of Sabah. Vote wisely.

Anonymous said...

sedangkan mereka bergabung pun belum tentu boleh membawa kemenangan kepada pembangkang, inikan pula dengan keadaan sekarang dimana masing2 mahu meletakkan calon di semua kawasan..

Anonymous said...

jika kita lihat pilihanraya kecil Batu Sapi, jelas menggambarkan bahawa pembangkang di negeri ini masih jauh untuk menewaskan BN.. entah bagaimana calon2 hebat mereka boleh kalah dengan calon tidak popular BN..

jsiput said...

its far too early to assume anything. You could be right with the prediction but then again in politics, its always unpredictable.

jsiput said...

In the end of the day, its the people who will determine which party win. Everyone must vote wisely.

jsiput said...

we might have to expect the unexpected this coming election. nevertheless, good luck to all parties.

Anonymous said...

politik memang sukar untuk diramal atau diteka..

Anonymous said...

kini parti-parti yang ada sudah mula mengtur strategi mereka untuk menarik sokongan.

Anonymous said...

terserah kepada pengundi untuk menentukan pilihan mereka nanti.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels