17 February 2012

Murid Asia Kini Lebih Pantas Dari Barat

SYDNEY: Satu kajian yang dijalankan di sini telah mendapati, murid-murid sekolah di Barat telah ketinggalan tiga tahun di belakang rakan-rakan seangkatan dengan mereka di Asia khususnya dari China.

Kajian itu yang dijalankan oleh sebuah institusi ‘think-tank’ - The Grattan Institute - mendapati, Asia Timur kini telah menjadi pusat kecemerlangan pendidikan sekolah dengan Hong Kong, Korea Selatan, Shanghai dan Singapura muncul sebagai peneraju.

"Di Shanghai, murid yang berusia 15 tahun telah didapati mempelajari matematik jauh kebih ke hadapan berbanding dengan rakan mereka di Australia, Amerika Syarikat dan Eropah," kata Pengarah Program Pendidikan Sekolah Grattan Institute, Ben Jensen.

"Ini akan memberi kesan yang besar kepada masa hadapan. Kita dapati ekoran perpindahan kuasa ekonomi dari Barat ke Timur, prestasi tinggi dalam pendidikan sekolah juga telah turut berubah dan meningkat," katanya.

Kajian itu juga turut mendapati, dari sudut penguasaan membaca, murid di Korea Selatan kini berada setahun di hadapan jika dibandingkan dengan murid-murid di Amerika dan negara-negara Kesatuan Eropah serta tujuh bulan di hadapan dengan murid-murid sekolah Australia.

Data yang dikumpulkan ini menggunakan kaedah yang diguna pakai oleh Pertubuhan Untuk Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi yang berpusat di Paris dan menjadi kayu ukur di peringkat antarabangsa dalam sektor pendidikan.

Laporan itu turut mengenalpasti punca kejayaan China, Hong Kong dan Singapura dalam melonjakkan pendidikan sekolah ada kena mengena dengan keazaman ibu bapa dari etnik Cina untuk memaksa anak-anak mereka mengutamakan pelajaran dan kejayaan.

Perkara ini terbukti benar di Hong Kong dan juga Singapura yang telah memperlihatkan pencapaian yang besar sejak sedekad yang lalu.

Kajian itu menyebut, sistem pendidikan yang terbaik ialah sistem yang memberi penekanan kepada aspek-aspek praktikal dalam pengajian dan pembelajaran serta pendidikan perguruan, sistem mentoring serta pembangunan profesional bukannya perbelanjaan ke atas pembangunan fizikal.

Ia memetik contoh sekolah-sekolah di Shanghai yang melonjakkan jumlah murid di dalam satu-satu kelas sehingga 40 orang tetapi memberi ruang dan masa yang lebih kepada guru untuk merancang pembelajaran di kelas mereka dan melakukan penyelidikan.

9 comments:

DorianG said...

This findings only reinforce this common perception for westerners towards asian youth

Anak Sabah said...

Pelajar di China sememangnya hebat-hebat belaka. Sekarang orang barat hendak mempelajari daripada China dan bukan sebaliknya.

nickko said...

jika sebelum ini asia banyak mencontohi negara2 barat, kini giliran barat mencontohi asia.. namun masih banyak negara2 di asia yang masih ketinggalan jauh dari segi pendidikan dan ekonomi, termasuklah Malaysia.. tidak salah kiranya negara2 yang masih ketinggalan ini mengguna pakai idea2 negara maju asia yang lain untuk berdiri sama tinggi dengan mereka..

Anonymous said...

ini menunjukkan bahawa kemajuan mula bergerak ke Asia. tidak lama lagi Asia akan lebih maju dari barat.

Unknown said...

Nampaknya Asia menampakkan kebolehan yang positif dalam pendidikan.

running man said...

Ada harapan murid M'sia setanding dengan mereka yang di China, HK, dan Singapura?

Anonymous said...

Asia namun Malaysia tidak disebutkan dalam kajian ini. mungkin perlu perbaiki lagi sistem pendidikan yang ada di Malaysia.

TuhauBam said...

M'sia perlu ada sistem pendidikan yang berkualiti dan mencapai standard2 yang ditetapkan.

TuhauBam said...

M'sia perlu ada sistem pendidikan yang berkualiti dan mencapai standard2 yang ditetapkan.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels