25 February 2012

PRU-13: Bila?

MASA idah Dewan Rakyat yang ada, adalah Mac,2013. Hanya setahun lebih sedikit lagi. Namun, sehingga kini ramai yang menggila meneka bila tarikh pilihanraya umum ke 13 diadakan. Dari sebulan ke sebulan mereka teka namun masih juga belum kunjung tiba. Ada yang meneka Disember tahun lepas dan lepas itu mereka kata bulan Mac depan ini. Namun nampaknya tidak juga berlaku.

Ah Jib Gor masih belum ada ilham untuk membubarkan parlimen kerana bebagai isu yang perlu ditangani. Skandal Fidlot yang membabitkan keluarga Shahrizat Jalil merupakan satu isu yang perlu dimuktamadkan sebelum Najib memanggil PRU.

Selain itu, persepsi sokongan kaum cina terhadap Bn, isu2 yang berhubungkait dengan Felda, Lynas dan isu gaji kakitangan awam. Di Sabah pula, isu RCI PATI, sementara di Sarawak isu Ketua Menterinya-Pehin Taib Mahmud.

Sebelum ini ada yang meneka bahawa penanda aras PRU-13, bila kah tarikh bermulanya mesyuarat UMNO cawangan di seluruh negara...begitu juga tarikh mesyuarat UMNO Bahagian.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib mengumumkan tarikh berkenaan dalam sidang akhbar selepas mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di PWTC Khamis malam.

Katanya mesyuarat tahunan cawangan akan berlangsung pada 1 April hingga 15 Jun ini manakala mesyuarat perwakilan bahagian pula dari 1 Julai hingga 15 September ini.

Kalau begitu tarikhnya apakah mungkin antara sekarang hingga 1 April pilihanraya umum boleh diadakan? Namun, jarak waktu itu cukup singkat. Kalau demikian, maka selepas 15 September? Rasanya juga tidak, kerana bulan puasa dan hariraya menjelang tiba.

Kemudiannya Perhimpunan Agung UMNO pula.Tarikhnya belum ditetapkan lagi.

Biasanya Perhimpunan Agung UMNO diadakan bulan Oktober atau November.

Nampaknya melihat senario yang ada, PRU-13 akan diadakan "full term", yakni awal tahun depan. Perlu diingat, dengan sendirinya dewan rakyat akan secara automatik bubar pada April,2013. SPR mempunyai masa 60 hari selepas itu untuk mengadakan pilihanraya.

Bagi suara rakyat, elok kerajaan sekarang menamatkan term lima tahunnya, agar supaya rakyat melihat dan mengadili apa yang kerajaan BN atau PR telah buat selama lima tahun.

Biarlah rakyat mengadili kerajaan2, secara telus dan ikhlas.

Untuk itu, apa sahaja keputusan rakyat perlulah diterima dengan lapang dada, kerana mereka telah menjalankan keputusan yang seadil-adilnya.

Kerajaan2, jangan bimbang, kerajaan mana yang benar2 membela rakyat, itulah nanti menjadi pilihan mereka.

Janji2 retorik, akan mereka campak ke laut menjadi buih2 politik.

7 comments:

sabaheco said...

Brother,

Janji retorik yang macam PR & Star buat tu ka? Pasal 20, 50 & 70 % royalti minyak? kira macam retorik juga kan? diorang janji tapi tak bagi tahu bagaimana nak bagi?

http://sabaheco.blogspot.com/

ferlo said...

jikaa belum bersedia, jgn dahulu adakah pilihanraya, adakan apabila benar2 bersedia.

ferlo said...

ataupun, tunggu ja hingga habis penggal. tak perlu lagi nak buat mcm 2 ramalan.

rebirth said...

sekarang ni ada juga pemimpin2 pembangkang yang buat janji yang ala2 luar biasa.. kira terdesak la tu.. nanti bila dekat2 pilihanraya, lagi banyak bunyi pelik kedengaran..

Hanroizin said...

Selagi banyak perkara yang belum selesai selagi itulah PRU tidak akan diadakan. Rasanya kerajaan masih merancang sesuatu bagi memastikan kepentingan rakyat dapat diberikan sebaiknya.

TuhauBam said...

Bagaimna cara mahu bagi royalti minyak memang tidak diberi tahu. rakyat pun syok saja dengar tu angka.

Kris Jr said...

Bersiap sedia saja la. Pasti hari tu akan tiba juga.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels