19 February 2012

PRU-13 Sabah: Gandingan Musa-Salleh

Selepas sahaja dilantik ke jawatan Timbalan Pengerusi Umno Sabah seusai PRU-12, Datuk Salleh Said menyatakan bahawa beliau berganding bahu dengan Pengerusi Perhubungan Umno Sabah yang juga Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman untuk mempertahankan Sabah sebagai simpanan tetap BN aka kubu kuat BN.

Sabah dianggap sebagai kubu kuat BN apabila hampir 100 peratus kawasan yang ditandingi calon2 BN, menang baik kawasan DUN mahupun Parlimen. Hanya satu kawasan ADUN dan Parlimen terlepas,yakni DUN Sri Tanjong dan Parlimen Kota Kinabalu,kedua2nya kepada calon DAP.

Walaupun Salleh, tidak bertanding pada PRU-12, namun pengalaman politiknya, dianggap oleh pucuk pimpinan masih relevan, apatah lagi menghadapi tsunami politik yang melanda BN di Semenanjung.

Perlu diingat, Salleh suatu masa adalah ahli majlis teringgi umno, bekas ketua menteri dan bekas menteri beberapa kementerian negeri, termasuk menteri kewangan.

Pengalaman beliau diperlukan bagi mendokong kepimpinan Musa, apabila gandingan Musa sebelum ini Datuk Safie Apdal telah berhijrah ke Pusat sebagai menteri kanan persekutuan.

Gandingan Musa-Safie, terbukti sangat mantap, apabila dua PRU,yakni PRU-11 dan PRU-12, dimenangi dengan cemerlang.

Bagi menghadapi PRU-13, gandingan Musa-salleh akan dibuktikan keampuhannya, apakah akan mampu mempertahankan, jumlah kerusi2 DUN dan Parlimen di Sabah. Ujian getir berhadapan dengan dua tokoh ini, disebabkan faktor senario politik yang berbeza, walaupun tetap dengan padang permainan yang sama.

Melihat atas kertas, gandingan Musa-salleh akan mampu mengharungi PRU-13 dengan mudah. Perkara ini disebabkan tiada isu yang menonjol yang diketengahkan oleh pihak pembangkang.

Isu pembangkang hanya memutar belit, isu2 lama, seperti royalti minyak, isu pendatang haram,isu tanah NCR, sedangkan isu jawatan2 penting persekutuan, isu sekolah2 sudahpun diatasi.

Menyentuh isu royalti minyak, Perdana menteri semasa lawatan dua harinya di Sabah bermula 16 feb dan berakhir pada 17 februari lalu, menyatakan bahawa semua janji pembangkang mengenai royaliti minyak hanya merupakan gimik semata-mata.

Di peringkat akar umbi, rakyat tiada isu yang boleh menjadi negatif kepada calon2 Bn/umno,kerana perkhidmatan wakil2 rakyat sungguh cemerlang. Wakil2 rakyat rajin turun padang bagi menyelesaikan kemuskilan2 rakyat dan juga mendengar degup jantung rakyat.

Wakil2 rakyat Bn berkerja round the clock di kawasan2 masing, untuk itu tidak timbul ada wakil rakyat yang tidak berkhidmat.

Selain perhidmatan wakil2 rakyat yang cemerlang, pegawai2 kerajaan juga turut menyumbang kepada sokongan rakyat. Di peringkat daerah, sokongan pegawai daerah dalam melaksanakan projek2 kerajaan cukup memberansangkan.

Kecekapan para peneraju di jabatan ketua menteri, yang diketuai oleh Ketua Setiausaha politik Ketua Menteri, Haji Nizam DSP Abu Bakar Titingan, memperlancar semua projek2 kawasan luar bandar yang mendapat peruntukan khas daripada Jabatan Ketua Menteri.

Nampaknya pada PRU-13 akan datang, gandingan Musa-Sallah akan cemerlang. Tahniah.

25 comments:

Anonymous said...

dengan kecekapan pentadbiran Musa Aman selama lebih kurang 9 tahun, cukup untuk meyakinkan rakyat di negeri ini supaya kekal menyokong pentadbiran beliau walau dengan siapapun beliau digandingkan.

Anonymous said...

gandingan Musa-Salleh dilihat amat sesuai dalam mengukuhkan BN di Sabah. kedua mereka mempunyai kelebihan.

Anonymous said...

semoga gandingan mereka berjaya.

DorianG said...

With the efficiency of the current CM, there's is no doubt that Musa will still retain the chief minister hip in the future.

DorianG said...

Will a strong ally with Salleh, this will definitely put both strength of these two 'dynamic duo' thus will benefit the development and prosperity of the state, but also her people.

DorianG said...

The opposition has been harping on old and redundant issues and playing the sentiments of the people.

DorianG said...

Almost all the lies and inconsistency of the opposition slowly being brought into the light.

DorianG said...

Hopefully the the unfolding of the truths to these issues, the people of Sabah will make the right choice during the up coming general election.

running man said...

Pilihlah gandingan mantap yang boleh membawa perubahan positif kepada Sabah dan rakyatnya.

running man said...

Jika gandingan Musa-Salleh dapat yakinkan rakyat, tidak mustahil gandingan ini bakal disaksikan sekali lagi pada masa akan datang.

Paquin said...

Ramai yang tak puas hati dengan pentadbiran Musa namun saya yakin ramai juga yang suka dengan pentadbiran beliau.

Paquin said...

Tak dinafikan Musa dan Salleh mempunya kelebihan masing-masing. So kalau mereka nak berganding pun, OK lah:)

Paquin said...

Namun agak sukar meramal apa yang akan berlaku seterusnya kerana politik sememangnya sukar diramal. Apapun, all the best kepada gandingan Musa-Salleh.

Paquin said...

Selebihnya kita nantikan saja apa yang bakal berlaku next GE nanti.

Paquin said...

Apapun, harap rakyat dapat buat keputusan yang terbaik next GE nanti.

Green Sabah said...

I can understand why BN wanted to keep Sabah as their fixed deposit, but remember to treat Sabah as equal.

Green Sabah said...

Sabah needs more development and improvement, hope that the state government will do their best to bring it to us.

Unknown said...

Gandingan Datuk Musa Aman dan Salleh tetap memberikan yang terbaik kepada Penduduk Sabah. Namun bukan mereka saja malahan pemimpin lain di Sabah juga tetap akan memberikan yang terbaik.

Unknown said...

Semoga sokongan penduduk Sabah kepada Datuk Musa Aman akan terus berkekalan. Datuk telah mencuba yang terbaik untuk memastikan Sabah akan terus maju dari masa kesemasa.

Unknown said...

Mungkin terlalu banyak dugaan dan rintangan yang dihadapi oleh kepempinan pemimpin Sabah yang ada sekarang ini.

Bujang Senang said...

Kita dapat melihat sendiri memang Sabah sekarang tidak seperti dulu lagi. Pembangunan dilakukan dengan pesat dibeberapa kawasan. Namun kita harap akan lebih tumpuan pembangunan diberikan tumpuan di kawasan luar bandar.

Bujang Senang said...

Gandingan pemimpin Sabah yang ada sekarang ini tetap yang terhebat dan relevan untuk Sabah. Setiap pemimpin Sabah perlulah meneruskan kerjasama mereka sesama sendiri bagi mendapat kejayaan.

Anonymous said...

Gandingan Musa-Salleh pastinya dapat mengekalkan kejayaan yang telah dicapai sewaktu gandingan Musa-Shafie. kita nantikan PRU-13 nanti.

Kris Jr said...

The commitment of the BN and close relationship between the Federal and State governments, have brought about progress to the State.

Kris Jr said...

PM is delighted to see a close working relationship between the Federal government and Sabah under the able leadership of CM Datuk Seri Musa Haji Aman

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels