12 February 2012

Sokongan rakyat di kawasan di mana wakil rakyat itu bertanding adalah petunjuk seseorang pemimpin itu disukai rakyat

Handal berbahas di parlimen. Handal berbahas dengan sesiapa sahaja, bukan faktor yang menunjukkan seseorang itu handal.

Sokongan rakyat di mana seseorang wakil rakyat itu bertanding adalah faktor utama yang boleh menunjukkan seseorang pemimpin itu handal.

Perlu diingat, bahawa seseorang wakil rakyat itu boleh duduk dalam parlimen atau dewan undang negeri, kerana sokongan rakyat di mana beliau bertanding.

Faktor sokongan rakyatlah yang menjadikan seseorang itu menjadi Yang Berhormat.

Kerana sokongan rakyat jualah, seseorang wakil rakyat itu boleh menganggotai kabinet pusat atau negeri. Atas faktor sokongan rakyat jualah, seseorang wakil rakyat itu mempunyai peluang, di mana sebelum itu belum pernah dinikmatinya.

Oleh sebab pangkat Yang Berhormat itu berpunca daripada rakyat, maka sayogianyalah wakil rakyat itu jangan sombong kepada rakyat.

Harapan besar rakyat daripada wakil rakyatnya cukup besar. Harapan dari segi pembangunan secara menyeluruh, harapan sokongan insitu, merupakan harapan yang diperlukan rakyat.

Bagi kawasan yang mempunyai sumber untuk mendapatkan pendapatan, seperti peluang2 perniagaan, maka beban wakil rakyat tidak seberat mana berbanding dengan kawasan2 yang yang mundur dan terbelakang.

Bagi kawasan2 mundur, wakil rakyat adalah sandaran utama rakyat. Wakil rakyat tidak boleh mengeluh, kerana demikianlah harapan rakyat yang memilihnya.

Peranan utama wakil rakyat adalah membuat perancangan agar supaya rakyat yang diwakilinya terkeluar daripada himpitan kehidupan.

Tiada seorangpun rakyat mahu dilahirkan miskin, cacat dan serba kekurangan. Atas sebab itu, wakil rakyat adalah manusia terdepan berhadapan dengan pemerintahan, mempunyai tugas membawa semua keperluan rakyat yang diwakilnya.

Jangan sesekali menggunakan peluang itu, hanya untuk diri sendiri, kerana sumpah rakyat akan memakan diri sendiri kelak, tatkala tidak lagi menjadi wakil rakyat dan tidak berjawatan. Terlalu ramai contoh...mantan wakil rakyat terdahulu... kini menderita...

13 comments:

Green Sabah said...

Well said, the main factor is the voters support to a candidate. If the candidate failed to gain the people's trust and votes, no matter how capable he is, he will not win.

Green Sabah said...

In order to win the hearts of the voters, a leader must always go down to the ground to get closer to the people, listen to their plight and work hard to solve their problems. Be willing to listen, and the people will come to you.

Anonymous said...

Benar. Oleh itu, niat kena ikhlas untuk jadi pemimpin dan bukan semata-mata untuk mengejar kuasa serta wang. Pemimpin dan rakyat saling bergantungan. Bila rakyat sudah sokong, jalankanlah tanggungjawab dengan penuh dedikasi.

Anonymous said...

Jika rumah pemimpinnya tersergam indah dan mewah, manakala penduduk di kawasannya serba kekurangan, tentu ada yang tidak kena. Sendiri mahu ingatlah bila jadi pemimpin. Jangan perjudikan nasib rakyat. Dan rakyat juga kena faham, pemimpin ni bukanlah superman. Hari ini minta, besok terus dapat. Hehe.

Anonymous said...

hendak jadi pemimpin kenalah benar ikhlas dalam memperjuangkan hak2 dan kepentingan rakyat.

Anonymous said...

jika ia pemimpin yang baik, pasti rakyat akan memberi sokongan penuh.

TuhauBam said...
This comment has been removed by the author.
TuhauBam said...

Pemimpin yang mendapat sokongan rakyat di kawasannya adalah seorang pemimpin yang handal.

Kris Jr said...

Seorang pemimpin yang prihatin dan berjiwa rakyat serta peka dengan masalah rakyat pasti akan mendapat sokongan rakyat.

Hamdan Hadillah said...

Maka berikan yang terbaik kepada penduduk dan buktikan bahawa pilihan mereka itu adalah yang terbaik.

Hamdan Hadillah said...

wakil rakyatlah yang menyuarakan kekurangan dan masalah yang dihadapi oleh penduduk kepada kerajaan. Peranan wakil rakyat sangat besar untuk memastikan sokongan rakyat tetap kepada kerajaan.

nickko said...

jangan sampai rakyat menterjemahkan YB itu sebagai Yang Bongkak.. ingatlah, sokongan rakyat terhadap pemimpin atau wakil rakyat itu sememangnya ada maksud..

nickko said...

jangan lupa, jika rakyat boleh menaikkan pemimpin itu, rakyat juga boleh menurunkan pemimpin itu..

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels