7 March 2012

8 Mac 2012 genap empat tahun usia PRU-12

Esok 8 Mac merupakan tarikh PRU-12 yang diadakan pada tahun 2008. Tarikh 8 Mac yang jatuh esok menandakan bahawa usia PRU-12 telah genap 4 tahun.

Biasanya PRU di Malaysia tidak melangkau 5 tahun, ini bermakna PRU-13 akan tiba bila2 masa.

Umno telah meminta semua jenteranya hendaklah memasang "gear lima" bagi menghadapi PRU-13.

Bagi kawasan Kota Belud, telahpun memulakannya sejak pertengahan Januari lalu, apabila BN P.169 Kota Belud telah memulakan mesyuarat.

Selepas itu, telah diadakan majlis makan malam P.169 Kota Belud, yang dihadiri oleh pemimpin akar umbi komponen BN-Sabah, bagi kawasan Kota Belud.

Dalam pilihanraya, rakyat adalah pengadil/penentu/pemilih yang mencorakkan kerajaan yang bakal dipilih. Sementara para pemimpin hanya sebagai perantara/konduktor yang melaksanakan mesej parti dan dipersembahkan kepada rakyat.

Konduktor yang terbaik, sudah tentu mendapat penerimaan dan sokongan yang ramai, dan sudah tentu akan menang dalam pilihanraya.

Para pemimpin BN kini berhadapan dengan mesej pembangkang yang berbentuk retorik. Berbagai janji ditaburkan, sehinggakan kalau tidak dianalisa dengan baik, bangkaipun boleh hidup semula.

Sebaliknya para pemimpin kerajaan melaksanakan apa yang boleh dilaksanakan, berasaskan kepada fakta. Misalnya bantuan BR1M, kerajaan melaksanakannya, pemberian RM100 bagi pelajar tahun satu hingga tingatan lima, dan pemberian baucer buku RM200 kepada mahasiswa.

Bagi Sabah, pembangkang dalam Pakatan Rakyat misalnya, kalau berjaya menduduki Putrajaya, dalam tempoh 100 hari, akan menghapuskan bayaran tol di Semenanjung (ertinya hanya rakyat semenanjung yang untung), menurunkan harga minyak, entah berapa sen yang mahu diturunkan, memberikan 20% royalti minyak kepada negeri2 pengeluar minyak, menghapuskan PTPTN. Kalau dikira-kira, kerajaan akan kehilangan RM40bilion dalam masa 100 hari Pakatan memerintah.

Tindakan Pembangkang ini, sebenar tidak langsung menyumbang kepada kesejahteraan rakyat. Sebaliknya, tindakan itu akan mengurangkan dana untuk pembangunan infrastruktur.

Jalanraya perlu diselenggara, untuk itu memerlukan kos. Jika bayaran tol dihapus, maka kerajaan terpaksa mengeluarkan dana untuk penyelenggaran. Dari mana kerajaan dapat wang? Cukai? cukai kenderaan, cukai perniagaan, cukai pendapatan individu, cukai import, cukai export, ini lah sebahagian pendapatan negara. Kalau, harga minyak diturunkan, maka kerajaan terpaksa memberi subsidi berlipat ganda, ertinya wang untuk pembangunan kepada rakyat terpaksa dikurangkan.

Percayalah, kalau tindakan pembangkang ini dilakukan, kita akan menyaksikan pembangunan dan perkembangkan ekonomi negara ini akan merundum. Secara jangka panjang, negara akan jatuh miskin, kerana kerajaan tidak mempunyai cukup wang untuk pembangunan. Jalan keluarnya apabila tidak cukup wang adalah meminjam daripada badan2 dunia seperti IMF, World Bank atau ADB. Jika ini, berlaku, maka kos pembangunan negara akan semakin tinggi, kerana terpaksa membayar bunga. Jika berlanjutan, ada kemungkinan negara akan jadi muflis, seperti Argentina pada tahun 80-an dan Greece yang muflis.

Cara kerajaan BN sekarang memberi bantuan langsung kepada rakyat adalah cara yang paling tepat, kerana pendekatan secara mikro melalui penurunan harga barangan atau subsidi hanya menguntungkan syarikat2 besar. Contoh yang paling sederhana, pemberian percuma uniform sekolah pelajar sekolah rendah, yang mendapat keuntungan paling besar adalah pembekal2, kerana kalau diteliti, barangan yang dibekalkan, kualiti yang terlalu rendah dan tidak bersesuaian dengan kos yang dibayar kerajaan.

Percayalah, para pemimpin Pembangkang mahu menjadi kerajaan, kerana mereka pernah merasakan keistimewaan semasa di tampuk kuasa. Anwar Ibrahim, pernah menjadi TPM. Atas sebab itu, beliau mempergunakan rakyat sekali lagi untuk beliau duduk di singgahsana. Di Sabah, Yong Teck Lee, pernah menjadi Ketua Menteri Sabah.

Rakyat jangan terkeliru dengan sepak terajang pembangkang, kerana tujuan mereka hanya untuk berkuasa dan memulihara semula empayar mereka.

11 comments:

rebirth said...

semakin dekat pilihanraya, semakin banyak janji2 luar biasa dihidangkan oleh pemimpin2 pembangkang kepada rakyat.. saya amat bersetuju dengan analisis blog ini dimana jika pembangkang mengambil alih kerajaan persekutuan, pembangunan akan menjadi semakin perlahan dan hutang negara juga akan berlipat ganda.

rebirth said...

sehingga hari ini pembangkang terutamanya Pakatan gagal memperlihatkan kemampuan mereka dalam memajukan negara/negeri.. dua negeri maju dibawah pentadbiran mereka iaitu Selangor dan Pulau Pinang sudah sedia maju sebelum mereka mengambil alih negeri itu.. situasi ini perlu dinilai sebaik2nya oleh rakyat dimana tidak ada apa2 yang boleh dibanggakan atau dijadikan sandaran untuk rakyat meyakini kemampuan pembangkang dalam melaksanakan janji2 luarbiasa mereka..

Green Sabah said...

Good to know that most parties are prepared to face the general elections, the people should also be prepared to do so since the next GE could be held anytime from now.

Green Sabah said...

Hope that the people can judge between the Opposition and the Current Government to decide which parties are among the best to fight for the people's rights.

ferlo said...

pilihanra smakin dekat, tinggal setahun lagi, sesi ini akan tamat, semua parti2 kena membuat persiapan untuk menghadapinya.

ferlo said...

pilihanraya yang bakal berlangsung nnti pasti akan lebih sengit dan hebat. rakyat perlu buat pilihan yahg terbaik.

Batresiah said...

Jadi ada 1 tahun lagi tarik PRU 13 tamat tempoh.

Boss ku said...

Janji politik kebanyakannya janji terang bulan. Lebih2 lagi bagi mereka yang berada di pihak pembangkang. Banyak faktor2 perlu diambil kira sebelum menunaikan janji2 tersebut dan apa kapasiti yang mereka ada?

Alexis said...

Walaupun mandat untuk PRU-13 diadakan adalah hingga 2013 namun mana2 parti sememangnya sudah bersiap sedia sekarang ni.

Kris Jr said...

Teruskan menyokong BN, pemerintahan BN banyak memberi kemajuan dan pembangunan kepada Sabah

Kris Jr said...

Janji2 pembangkang adalah janji2 kosong

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels