6 March 2012

Apa kah peluang wakil rakyat yang hanya menang tipis pada PRU-12?

Di Sabah, banyak kawasan pada PRU-12 lalu di mana pemenangnya hanya menang tipis. Malah kemenangan itu disebabkan pertandingan banyak penjuru. Di banyak kawasan, undi yang diperolehi pemenang, jauh lebih kecil berbanding undi calon2 yang kalah kalau dijumlahkan. Ironinya, jumlah undi yang banyak itu adalah daripada calon2 pembangkang.

Kalaulah berlaku pertembungan satu lawan satu pada PRU-12 lalu di Sabah, kawasan2 seperti Parlimen Sandakan, akan dimenangi pembangkang. Demikian juga DUN2 API2, Kepayan, Tanjung Aru, Tanjong Kapor, Merotai, Luyang, Inanam; malah moyog.

Sebanyak 17 DUN Sabah, nampak tidak selamat. Ironinya kawasan2 itu adalah kawasan2 yang ditandingi LDP, UPKO, PBS dan MCA.

Pada PRU-13, apa yang akan belaku? kalau lah trend pengundi kaum cina terus berkekalan, sepertimana dibuktikan pada PRN Sarawak April tahun lalu, nampaknya ramai calon2 BN yang diwakili LDP, MCA dan calon PBS bagi kawasan majoriti kaum cina akan kecundang.

Walaupun calon2 bagi kawasan2 yang marjinal ini akan tertawan pihak pembangkang, namun kerajaan Sabah yang ditunjangi Umno akan terus kekal dengan kuasa 2/3. Perkara ini disebabkan, 32 kawasan yang ditandingi Umno akan terus menyerlah.

Sebagai tambahan kerusi bonus, adalah terletak kepada percaturan Datuk Musa Aman, untuk meletakkan calon2 yang akan bertanding di kawasan2 tersebut, misalnya DUN Karamunting, Dun Merotai, DUN Tanjong Kapor dan Dun Elopra.

Di kalangan komponen BN, persaingan antara LDP dan Gerakan ibarat api dalam sekam. Tidak dapat dinafikan, bahawa antara parti ini akan berlaku sabotaj antara satu sama lain. Tindakan inilah yang berakibat kekalahan calon2 BN. Bagi mengatasi perkara ini, syogianya dicalonkan orang baru yang bersifat "bebas", agar unsur sabotaj dapat diminimakan.

Pecalonan Peter Phang di Karamunting, sudah tentu akan mendapat sabotaj luarbiasa daripada para pemimpin LDP disemua peringkat, natijahnya, kawasan itu akan terlepas kepada pembangkang dengan "percuma".

DUN Merotai, dapat dimenangi dengan mudah jika Umno bertanding di kawasan itu, memandangkan kawasan itu adalah kawasan majoriti bumiputera. Sementara Parlimen Tawau, sebaiknya Tan Sri Liew, mantan DUN Merotai bertanding di situ. Jika ini menjadi pilihan, maka Bn/Umno Sabah akan dapat memastikan kemenangan.

Demikian juga DUN Tanjong Kapor Kudat, sebaiknya Umno atau PBS yang bertanding, jika BN mahukan kawasan tersebut masih dalam genggaman.

24 comments:

Ezef said...

We never know until we tried.

onong said...

Apa yang penting ialah kesanggupan seseorang tu menjalankan tugasnya tanpa prejudis.

ferlo said...

peluang untuk menang akan tinggi jika mereka pandai menawan hati rakyat.

thinaj said...

The chances to win is high if the chosen candidate to represent a party is very likeable among the people.

thinaj said...

"Apa kah peluang wakil rakyat yang hanya menang tipis pada PRU-12?"

The chances to win is slim if the people representative didn't execute their duties for the people well enough. The people will vote based on their performance.

Nemia said...

A good leader a symbol of unity.

Wazxiran said...

Mereka yang menang tipis pada PRU12 tidak semestinya digugurkan. Jika mereka sedar akan perubahan maka mereka pasti akan membetulkan kesilapan yang mereka lakukan dan memastikan rakyat akan terus memberikan sokongan kepada kerajaan.

Wazxiran said...

Jika baik kelakuan selepas PRU12 mungkin akan terus dikekalkan dan begitulah juga dengan sebaliknya.

Batresiah said...

Yang penting letakkan calon yang benar-benar boleh diterima oleh rakyat. Kerana itulah yang terbaik untuk memastikan terus kekal mendapat sokongan.

Batresiah said...

Teruskan usaha mendekati rakyat bagi membantu menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. Seperti masalah kemudahan dikawasan kampung demikian.

Anonymous said...

Its all up to the people to decide.

Anonymous said...

Untuk menang, yang penting berusaha dan bertanggung jawab kepada rakyat dan memperjuangkan yang berpatutan untuk rakyat.

Anonymous said...

To those who losses doesn't mean he is not a good leadership.

Anonymous said...

Menang tipis tetap menang juga. Its up to the WR whether can perform their duty well or not.

Anonymous said...

There is no winnable candidates actually, all votes still in the people hand.

kamilla said...

Jika sentiasa peka dengan masalah rakyat dan banyak membantu pasti masih mendapat sokongan dari rakyat.

kamilla said...

Calon yang benar2 ikhlas menbatu rakyat pasti akan menang.

kamilla said...

Apapun, undi terletak di tangan rakyat.

rebirth said...

tempoh empat tahun cukup lama untuk mengubah pendirian pengundi samada mahu menyokong atau menolak parti itu dalam pilihanraya seterusnya.. yakin saja la dengan usaha dan sumbangan para pemimpin kepada pengundi sepanjang tempoh empat tahun itu..

Boss ku said...

Nilai prestasi seseorang pemimpin itu selepas beliau menang. Bukan atas dasar kemenangan tipis atau banyak semata-mata. Rakyat pun sudah cukup matang untuk menilai siapa pemimpin dan parti yang mereka boleh harapkan. Peluang itu sentiasa ada cuma bergantung bagaimana ia boleh dimanfaatkan sepenuhnya.

Kris Jr said...

BN tetap boleh menang dengan keadaan pembangkang yang cuma indah dalam mimpi saja.

Kris Jr said...

Diharap barisan calon nanti adalah berjiwa rakyat dan disukai rakyat

Green Sabah said...

People representatives who did less well might be given a second chance if they have made an effort to improve, but those who under perform even now should probably be dropped.

Green Sabah said...

The top leaders needs to make sure that winnbale candidates are chosen as well as capable leadership.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels