6 March 2012

BN Sabah jangan percatur peluang yang ada pada pemimpin yang lupa daratan

Tidak perlu disebut, diantara 56 ADUN dan 22 MP BN/Umno Sabah, ada beberapa yang lupa daratan. Atas sebab itu, pada PRU-13 akan datang jangan lagi bersandar kepada wakil2 rakyat ini, kerana ianya akan membawa padah.

Walaupun asas kepada kerajaan Bn/Umno agar program turun padang dan juara rakyat, namun wakil2 rakyat tertentu ini, hanya sibuk berlegar2 di ibu negara terutama di hotel berbintang lima di ibu negeri.

Memanglah, mereka berduit dengan elaun2 yang ada ditambah projek2 kawasan2 serta tambahan sentuhan kasih RM500,000 bagi ADUN dan RM1juta bagi parlimen, maka janganlah memanfaatkan keadaan tersebut dan berlagak mewah.

Penulis mempunyai kenalan atau rakan dari kalangan korporat, di mana pendapatan mereka puluhan juta, bukan ratusan ribu, namun jika dilihat daripada penampilan, tidak ubah seperti orang biasa yang kita nampak.

Seorang apek, hanya berselipar, berseluar pendek, datang ke booth satu pameran hartanah di ibu negara baru-baru ini, tiada yang menyangka, beliau mampu membeli lima unit harta seharga RM880,000 seunit sekaligus.

Berlainan dengan pembawaan para YB yang berkesempatan menjadi wakil rakyat, daripada nobody sebelumnya, kini, bagaikan tiada orang lain yang berduit, melainkan mereka. Sifat2 inilah yang mendorong rakyat tidak menyokong kerajaan, kerana sifat2 YB2 tertentu ini.

Terkenang, pembawaan para YB sebelum ini, di mana kini bukan bergelar YB lagi, kehidupan mereka kembali kepada asal, bersendirian ke pasar ikan, membeli sayur. Kerana pembawaan mereka semasa YB dahulu cukup angkuh, kini mereka tidak dipeduli lagi. Ambillah aktibar kepada senario ini....

9 comments:

rebirth said...

pemimpin2 yang angkuh wajar diketepikan oleh pucuk pimpinan kerana mereka hanya menjadi beban kepada parti.

Green Sabah said...

As a leader, it is better to remain humble rather than being arrogant. Hopefully they will do better to serve the people.

Green Sabah said...

A People's representative should always go down to the ground to meet with the locals in order to see what are their needs and troubles.

ferlo said...

kita tak inginkan pemimpin yang angkuh dan lupa daratan, pemimpin haruslah bersikap sederhana dan berkhidmat dgn baik kepada rakyat.

Batresiah said...

Letakkanlah calon yang benar-benar mampu memberikan yang terbaik kepada rakyat.

Boss ku said...

Bukan saja pemimpin malah sesiapa saja, jangan cepat lupa diri bila sudah berada di atas. Semua hanya bersifat sementara. Mereka yang bersikap sederhana dan rendah diri akan lebih disukai ramai. Sikap angkuh hanya akan merugikan diri sendiri.

Alexis said...

Ada yang baru menjadi YB tapi sudah menunjukkan sifat angkuh dan sombong. Rakyat memang akan menyingkirkan pemimpin2 seperti ini. Semoga rakyat bertindak dengan bijak pada PRU-13 nanti.

Kris Jr said...

Pemimpin harus faham tugas seorang pemimpin adalah membantu rakyat dan membela nasib rakyat

Kris Jr said...

rakyat yang mengundi harus tidak mudah dilupakan.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels