17 March 2012

Kawasan SAPP parti mana yang lebih berhak?

APABILA SAPP parti komponen BN Sabah keluar daripada gabungan itu pada September, 2008; ekoran kegagalan Gerakan 16 September Anwar Ibrahim; maka BN Sabah sepatutnya kehilangan 4 kerusi DUN dan 2 kerusi Parlimen. Akan tetapi, dua ADUN SAPP sebaliknya memilih lompat parti ke satu lagi komponen BN- Parti Gerakan.

Kini, kerusi2 yang ditandingi SAPP sebagai komponen BN pada PRU-12, ternyata kosong dan menjadi rebutan antara parti2 LDP, MCA, Gerakan dan PBS.

Jika melihat sejarah, kawasan2 itu adalah kawasan2 PBS sebelum ini, namun akibat perpecahan parti yang pernah memerintah Sabah dari tahun 1985-1994, maka kawasan2 tersebut dimenangi SAPP-serpihan parti PBS.

Jika menilai siapa yang lebih berhak terhadap kawasan2 yang kosong itu, dalam tarifan di pihak BN, maka PBS lah yang lebih berhak.

Namun, memandangkan dua kawasan yang dikosongkan oleh SAPP itu, kini penyandangnya juga merupakan ahli komponen BN, maka syogianya penyandang itu dicalonkan, kerana mereka masih merupakan winnable candidate. Kekosongan hanya berlaku bagi parlimen Sepangar dan Tawau, serta DUN Likas dan Luyang. Kawasan DUN Likas dan Luyang, kalau dilihat daripada perolehan calon SAPP, nampaknya kawasan itu seolah-olah tidak selamat bagi BN. Pada PRU-12, bagi kerusi Likas misalnya, BN hanya mendapat undi 4,097 berbanding jumlah undi pembangkang 5,305. Kalau bukan pertembungan antara PKR dan DAP, maka calon SAPP kalah dengan 1,208 undi. Demikian juga di DUN Luyang, undi BN hanya 5,073, sementara jumlah undi calon DAP dan PKR 6,457, bermakna undi calon SAPP kalah 1,384 undi. Namun, disebabkan pecah undi, maka calon SAPP boleh menang.

Pada senario sekarang, belum ada parti2 yang mempunyai the edge di DUN Luyang dan Likas; namun jika dilihat daripada peluang, PBS mempunyai peluang lebih baik di Luyang dan Umno di Likas.

Demikian juga Parlimen Sepanggar, nampaknya hanya calon daripada Umno yang mempunyai the edge, sementara di Parlimen Tawau, Tan Sri Liew Eun Fah, mantan ADUN Merotai mempunyai the edge.

Penulis merasakan bahawa pada PRU-13 akan datang, tiada perubahan ketara daripada alokasi kerusi antara komponen BN Sabah, kecuali, bagi kawasan2 yang ditinggalkan SAPP akan terdapat calon2 baru dan.. N44 Karamunting, yang kini disandang oleh Peter Pang En Yin (asal LDP dan kini Gerakan) masih merupakan satu persoalan yang perlu ditangani dengan jitu oleh pucuk pimpinan.

Yang menarik menjadi perhatian pada PRU-13 akan datang, adalah calon2 daripada LDP. Nampaknya calon2 LDP tidak lagi mendapat sokongan penuh daripada akar umbi Umno. Kritikan parti itu terhadap Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, DSP Musa Aman, masih lagi berbekas. Tidak mudah melupakan semua itu, kerana kritikan pedas terhadap pemimpin Umno itu, berpunca daripada Timbalan Presiden LDP sendiri.

Jika akar umbi Umno tidak menyokong calon2 daripada LDP, besar kemungkinan semua kawasan yang ditandingi parti itu akan kalah. Jika ini berlaku, maka merupakan kerugian besar kepada BN.

Tanggapan akar umbi terkini, DUN Tanjong Kapor, Kudat, dan DUN Merotai, Tawau, jika ditandingi LDP, besar kemunginan kawasan itu akan jatuh ke tangan pembangkang. Bagi Parlimen Sandakan pula, keadaan terkini, kawasan itu, masih wilayah Pembangkang, walaupun penyandangnya daripada BN.

Sebelum perkara itu berlaku, maka adalah elok, jika pucuk pimpinan BN memikirkan suatu tindakan yang jitu, sebelum memutuskan senarai calon2 terutama yang membabitkan calon LDP.

12 comments:

TuhauBam said...

Pengagihan kerusi harus dibincangkan di meja bulat dan keputusannya akan diketahui jua.

Hinamori said...

Datuk Seri Musa Aman has emphasised the importance for all Umno and Barisan Nasional (BN) members to give total support to any candidate picked by the top leadership for the coming 13th General Election

Anonymous said...

pengagihan kerusi kena dilakukan dgn teliti dan adil.

thinaj said...

Its difficult to predict what is going to happen when GE13 comes because the decision is in the people's hand.

thinaj said...

I hope there will be no bias when it comes to choosing a candidate to represent the party. May the best man win!

Bujang Senang said...

Kita tunggu saja nanti mampukah SAPP memenangani dikerusi yang mereka tandingi. Rasanya bukan mudah untuk melakukannya. Kerana BN masih menjadi pilihan rakyat.

Bujang Senang said...

Percaya atau tidak kemenangan SAPP dahulu hanyalah kerana bersama dengan BN. Namun selepas ini mampukan SAPP bertanding sendiri.

Anonymous said...

Pairin said further discussion among the State BN coalition members must be conducted before a decision is made as to who will contest the seat.

He said everyone could claim their candidate is assured of winning the seat. But it is up to the State BN to decide who would be fielded.

Anonymous said...

Each time an election is held, there would be people requesting for changes to the seat allocation.

Therefore, there must an in-depth discussion during a roundtable meeting with the State BN.

There should be a balance where those who deserve it the most should be given the chance to contest, regardless of which party he or she is from. It should be based on merit.

evan medhousky said...

pada PRU kali ini kemungkinan besar pembangkang akan menghadapi laluan sukar untuk merampas kerajaan ekoran daripada pertambahan bilangan parti politik pembangkang di negeri ini.. sedikit sebanyak ia mampu memberikan keselesaan kepada BN untuk terus mengekalkan kuasa di negeri ini..

Green Sabah said...

Its up to the top party leaders which party members are more suitable to take over the seats left out by SAPP. Let the best party to get the seat.

Green Sabah said...

Hope that the BN component parties will not fight over the seat and allow the top leadership to assign it to the right party.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels