5 March 2012

Kerajaan Yang Baik, Pemimpin Yang Baik merupakan tarikan sokongan rakyat

Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman berkata, kerajaan yang baik dan pemimpin yang baik merupakan tarikan sokongan rakyat.

Kerajaan Sabah di bawah Bn/Umno sejak tahun 1994 berusaha semaksima mungkin menjadi kerjaan yang baik, selain menonjolkan pemimpin yang baik. Atas sebab itu, sejak PRU-1999, 2004 dan 2008, rakyat Sabah memberi mandat yang tidak berbelah bagi kepada kerajaan negeri.

Atas sebab kerja kuat kerajaan bersama para pemimpinnya, maka pada PRU-13 nanti, Musa sangat yakin, bn/umno akan mendapat kejayaan yang cermerlang, termasuk merampas kembali DUN Sri Tanjung dan Parlimen Kota Kinabalu.

Kerajaan saban tahun kata Ketua Menteri itu terus mempertingkatkan pembangunan ekonomi negeri demi rakyat, atas sebab itu juga bajet kerajaan pada tahun 2012 telah melepasi angka RM4 bilion.

Sabah dengan perancangan kewangannya sendiri ditambah dengan peruntukan daripada persekutuan, sebenarnya membelanjakan sekurang-kurangnya RM8bilion setahun bagi maksud berbagai termasuk penyediaan prasarana perhubugan, sekolah2 dan sebagainya.

Melalui Halatuju pembangunan Sabah, kerajaan negeri terus melipatganda usaha terutama yang berkaitan dengan penambahan pendapatan rakyat. Selain itu, usaha2 khas yang menjurus kepada pembasmian kemiskinan seperti agropolitan, terus dipertingkat.

Kerjasama politik juga antara parti komponen terus dipertingkat. Keadaan terkini, terutama diambang PRU-13, jarang terdengar lagi, suara2 sumbang daripada pemimpin komponen berhubung kepimpinan negeri. Keadaan ini, bermakna, jika sebelum ini berlaku carik2 bulu ayam, kini semuanya bercantum semula.

Kepimpinan negeri yang diterajui oleh Umno yang diketuai oleh Musa sendiri dan dibantu oleh DSP Salleh Tun Said sebagai timbalannya, mampu meredakan riak2 kecil yang sebelum ini berlaku terutama daripada komponen parti Bn yang berpaksi kaum cina.

Nampaknya berasaskan situasi terkini, Bn/Umno Sabah siap sedia berdepan dengan PRU-13.

27 comments:

Paquin said...

Saya tak nafikan apa si Musa cakap ni betul. Jadi terpulanglah pada rakyat nanti utk buat pilihan.

Paquin said...

Semoga calon yang diundi/pilih pada PRU13 nanti adalah calon yang terbaik.

thinaj said...

It is with good leader that makes the government good.

thinaj said...

The future is in the people's hand. They will determine which party is the best for them.

onong said...

Indeed, good leader attracts more people.

onong said...

Ini memang la satu hakikat yang hakiki.

ryan said...

Good leader will remain in people's hearts.

ferlo said...

jika pemimpin itu bersikap baik dan sentiasa peka dgn keadaan rakyat, pasti rakyat aka nmenyokongnya.

Wazxiran said...

Saya sokong dengan kata-kata itu. Pemimpin yang ada sekarang adalah contoh pemimpin yang baik dan mereka inilah yang mencerminkan kebaikkan dan pentadbiran kerajaan.

Wazxiran said...

Semoga kerajaan yang ada sekarang ini akan meneruskan usaha bagi mengekalkan pentadbiran yang terbaik kepada rakyat. Buktikan kepada semua yang kerajaan masih relevan untuk mentadbir negara ini.

Batresiah said...

Betul..Apa yang Datuk Musa katakan adalah benar. Pemimpin yang memainkan peranan.

Batresiah said...

Kerana pemimpin itulah yang akan melambangan imej kerajaan. Pemimpin ada sebagai seseorang yang mewakili kerajaan untuk membantu menyelesaikan dan menyuarakan masalah rakyat. Maka jika pemimpin tidak memainkan peranan dengan baik mungkin ini akan memburukkan imej kerajaa sendiri. Jadi buktikan bahawa pemimpin yang dipilih adalah yang terbaik untuk semua.

Anonymous said...

Good leadership enhance good party and good party enhance good government.

Anonymous said...

Its all depends how well the leader to play his role to affect the rest to run the show.

Anonymous said...

The people will judge from his records. All sweet promises not workable anymore.

Anonymous said...

They are representing the party, the country and the people, he should know what to do to run the show.

Anonymous said...

This is why we need to choose the better leader for the country.

kamilla said...

Kepimpinan yang baik akan dapat sokongan rakyat sepenuhnya.

kamilla said...

Pemimpin yang sentiasa membantu rakyat dan turun padang mendengar suara rakyat akan sentiasa mendapat sokongan penuh.

kamilla said...

PRU13 akan membuktikan sokongan rakyat.

rebirth said...

BN Sabah dibawah pimpinan Datuk Seri Musa Aman terbukti berjaya membawa pembangunan kepada negeri Sabah, baik dari segi prasarana mahupun pembangunan ekonomi..

rebirth said...

saya yakin jika Musa Aman dan kerajaan BN diberikan mandat sekali lagi pada PRU kali ini, hasrat sabah untuk menjadi negeri maju pada 2015 akan tercapai..

Boss ku said...

Tiada rakyat yang mahukan kerajaan jahat mahupun pemimpin yang jahat. Tugas seorang pemimpin bukanlah mudah dan mereka sentiasa dikritik, sama ada yang negatif ataupun positif. Pemimpin yang baik tahu mengawal keadaan dan sentisa memperbaiki prestasi khidmat mereka. Diharap barisan calon untk BN kali ini akan meletakkan calon yang bakal disukai rakyat.

Kris Jr said...

Pemimpin yang baik akan mewujudkan kerajaan yang baik. Sokongan rakyat juga tidak akan berbela bagi.

Kris Jr said...

Saya percaya rakyat tahu menilai setiap usaha kerajaan dalam membantu rakyat dalam meningkatkan taraf hidup.

Green Sabah said...

Ya, a good leaders will get the people's support during the next general elections. People will vote them again if they are capable of serving the people.

Green Sabah said...

May the best man win in the next general election, all the best.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels