22 March 2012

PRU-13: Rakyat Sabah dan Sarawak akan jadi KING MAKER!!!

Keputusan Pilihan Raya Umum Malaysia yang ke-12 pada 8 Mac 2008 bagi Dewan Rakyat

Undian % undi Kerusi % kerusi +/–
Barisan Nasional (BN): 4,082,411 50.27 139 63.1 58
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) 2,381,725 29.33 78 35.6 30
Persatuan Cina Malaysia (MCA) 840,489 10.35 15 6.8 16
Kongres India Se-Malaysia (MIC) 179,422 2.21 3 1.4 6
Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) 184,548 2.27 2 0.9 8
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) 131,243 1.62 14 6.3 3
Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) 119,264 1.47 6 2.7
Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) 52,645 0.65 4 1.8
Parti Rakyat Sarawak (PRS) 33,410 0.41 6 2.7 6
Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Bersatu (UPKO) 58,856 0.72 4 1.8
Parti Bersatu Sabah (PBS) 44,885 0.55 3 1.4 1
Parti Maju Sabah (SAPP) 30,827 0.38 2 1.4 1
Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS)

1 0.5
Parti Liberal Demokratik (LDP) 8,297 0.10 1 0.5 1
Parti Progresif Penduduk Malaysia (PPP) 16,800 0.21 0 0 1
Barisan Alternatif (Kini dikenali sebagai Pakatan Rakyat): 3,796,464 46.75 83 36.9 62
Parti Keadilan Rakyat (PKR) 1,509,080 18.58 31 14.0 30
Parti Islam SeMalaysia (PAS) 1,140,676 14.05 24 10.4 16
Parti Tindakan Demokratik (DAP) 1,118,025 13.77 28 12.6 16
Tidak mewakili sebarang parti (dan lain-lain) 65,399 0.81 0 0 1
Jumlah keseluruhan 7,944,274 100 222 100 3

Melihat keputusan PRU-12 Pakatan menambah sebanyak 62 kerusi kepada 83 berbanding PRU-11, dimana pembangkang hanya mewakili 21 kerusi perlimen. Dengan keputusan itu, pembangkang mewakili undi popular sebanyak 46.75 peratus berbanding BN 50.27 peratus.

PRU-12 dikatakan tsunami politik kepada BN kerana pada PRU tersebut, PKR yang hanya mempunyai 1 kerusi di Parlimen meningkat kepada 31. Sementara DAP 12 pada PRU-11, meningkat kepada 28, sementara PAS 8  kepada 24.

Manakala BN pula daripada jumlah 197 kerusi yang dimenangi pada tahun 2004, turun 58 kerusi kepada hanya 139.

Umno parti tunggak BN yang bertanding 108 kerusi pada tahun 2008, kalah 30 kerusi atau 28 peratus; manakala MCA yang bertanding 41 kerusi hanya menang 15, kalah 16 atau 39 peratus, sementara MIC yang bertanding 9 kerusi, kalah 6 atau 67 peratus, Gerakan yang bertanding 10 kerusi kalah 8 atau 80 peratus.

Daripada jumlah kerusi yang dimenangi 139 kerusi, BN semenanjung menyumbang 84 kerusi berbanding Pakatan 81, sementara Sabah, Sarawak dan Labuan menyumbang kepada BN sebanyak 55 kerusi berbanding Pakatan 2.

Melihat kepada keputusan PRU-12, nampaknya kekuatan BN dan Pakatan di Semenanjung hampir sama; atas sebab itu, bagi menghadapi PRU-13; terlalu sukar meramal, keputusan di Semenanjung. Jika berlaku swing votes sebanyak 10 peratus sahaja baik kepada BN atau Pakatan , maka itulah pemenang. Sementara di Sabah, ada kemungkinan swing votes berlaku terhadap pembangkang, namun swing votes tersebut menyebabkan BN akan kehilangan sekurang2nya 6 kerusi Parlimen.

Di Sarawak pula, jika berasaskan trend pengundian pada PRN Sarawak April, 2011, Pakatan akan mendapat sekurangnya, 10 kerusi parlimen.

Walaupun terdapat swing votes sebanyak 10 peratus di Semenanjung kepada Pakatan, namun swing votes itu hanya akan mampu menambah antara 8-10 kerusi. Jika diasumsikan bahawa Pakatan dapat mempertahankan jumlah kerusi yang dimenangi pada PRU-12, yakni 81, maka dengan pertambahan itu, pakatan akan ada hanya 89-91 kerusi. Kalau ditambah dengan kerusi daripada Sabah dan Sarawak, maka maksima kerusi yang dipeolehi Pakatan adalah antara 103-107 kerusi kurang 8 atau 5 bagi majoriti mudah.

Senario PRU-12 berbeza dengan senario pada PRU-13. Isu utama pada PRU-12 adalah keresahan rakyat terhadap tindakan suka2 kerajaan, kerana terlalu yakin dengan mandat yang diberikan oleh rakyat pada tahun 2004. Atas beberapa tindakan flip flop pemimpin BN masa itu, maka mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir menjadi fasilitator kepada rakyat menolak BN, apabila beliau secara tidak langsung menyuarakan, bahawa perlunya Pembangkang kuat di Parlimen.

Rakyat terutama kaum cina dan india menyahut cabaran itu, malah hampir 1/3 kaum melayu penyokong BN menyahut cabaran itu. Atas sebab itulah, calon2 daripada Umno kalah di 30 kawasan. Sementara bagi majoriti kaum cina dan india, sokongan kepada BN menurun  masing2 30 dan 50 peratus bagi kaum cina dan india. Dengan penurunan itu, maka undi kaum cina terhadap pembangkang meningkat kepada 70 peratus, manakala india sehingga 90 peratus.

Di kawasan2 di mana BN kalah, undi kaum melayu berimbang antara BN dan PR, namun disebabkan pengundian kaum cina dan india, maka keundanglah calon2 BN.

Pada PRU 13 akan datang, diperkirakan di kawasan2 di mana Umno bertanding, sokongan kaum melayu akan meningkat ke tahap 55 peratus, sementara kaum cina akan terus menjunam, manakala kaum india menjadi 50:50 antara BN dan PR. Jika ini, berlaku, maka akan berlaku perubahan komposi kerusi2 yang dimenangi BN dan PR. Sebahagian kawasan yang dimenangi BN pada PRU-12 akan kalah, demikian juga terhadap PR. Sebaliknya, ada juga kawasan2 BN kalah, maka akan dimenagi pada PRU-13. Demikian juga berlaku kepada kawasan2 PR.

Kawasan2 yang dimenangi baik BN atau PR melalui PRK, tidak menjamin bahawa kawasan itu selamat, seperti di Ulu Selangor dan Kuala Terengganu.

Sementara kawasan2 panas seperti Gua Musang  akan menjadi perhatian kali ini. Atas kertas, kawasan ini, mungkin berada di tangan BN, namun pergolakan di kawasan itu, mungkin kawasan itu terlepas daripada tangan BN.

Diperkirakan, bahawa pada PRU-13 akan datang, jumlah kerusi BN dan PR di Semenanjung masih berimbang, atas sebab itu Sabah dan Sarawak adalah king maker kali ini. Mana sahaja pihak yang disokong oleh rakyat Sabah dan Sarawak, pihak itulah yang akan menubuhkan kerajaan Persekutuan.

19 comments:

thinaj said...

When election comes, people must vote wisely.

TuhauBam said...

saya yakin BN pasti akan menang PRU13.

Hinamori said...

Parti pembangkang tidak mungkin dapat menang. Diharap pembahagian kerusi komponen BN dapat memenangi majoriti.

Anonymous said...

kita tunggu ja PRU diadakan nnti.

Bujang Senang said...

Persaingan yang padu dari PR untuk Kerajaan BN. Namun kerajaan pasti akan terus merancang yang terbaik untuk rakyat dan memastikan rakyat akan terus memilih kerajaan yang ada sekarang.

Anonymous said...

BN akan menang. Kelebihan ada pada mereka. Pembangkang di Sabah kurang mantap. Ditambah lagi kehadiran PR, undi sudah tentu akan terbahagi.

Anonymous said...

Pengundi hantu yang jadi 'kingmaker' sebenarnya.

Anonymous said...

PRU13 bergantung kepada keberkesanan SPR menjalankan proses p/raya dengan adil dan bersih. Kita harapkan ada transformasi kali ini setelah PSC selesai membincangkannya.

evan medhousky said...

sebab itu Pakatan enggan memberikan laluan kepada pembangkang Sabah untuk mengadakan satu lawan satu dengan BN..

drako drakonius said...

Sabah Umno liaison deputy chief Datuk Seri Salleh Said Keruak has asked the people to be mindful of political opportunists who are willing to rock the boat for their selfish interest.

drako drakonius said...

In making the call, he said the people should instead support the Barisan Nasional (BN) government’s transformation agenda mooted by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak for the good of the people, the state and the nation.

drako drakonius said...

“Watch out for political opportunists. They are even prepared to sacrifice the basis of the nation’s foundation,” he said in his speech at a family day at the Padang Kota Belud, here yesterday

drako drakonius said...

Also present were Kota Belud Member of Parliament, Datuk Abdul Rahman Dahlan and Usukan state assemblyman Datuk Japlin Akim.

drako drakonius said...

Salleh, who is also Sabah legislative assembly Speaker, said that demonstrations and changes of ruling parties in other countries did not solve economic problems of the masses.

drako drakonius said...

“In Malaysia our track record and economic indicators are positive. That’s why the people should support Najib to continue leading the nation,” he said.

drako drakonius said...

Recently, the authorities had given the green light to electoral reform movement Bersih 3.0 to organise a rally but wants its organisers to negotiate with the police on a suitable location.

drako drakonius said...

Home Minister Datuk Seri Hishammuddin Hussein was quoted as saying that the “sit-in” rally scheduled for this April 28 at Dataran Merdeka in Kuala Lumpur, was not considered a “security issue”.

Green Sabah said...

No wonder so many parties are targeting Sabahan and Sarawakian voters in prepare for the next general elections. Our votes are valuable for them.

Green Sabah said...

Hope that the local voters will not be easily influenced by the parties that wanted their votes. Make the right decision.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels