18 March 2012

Rahman Dahalan salahkan topografi Sabah-penyebab negeri itu miskin

Sabah merupakan negeri kedua paling besar di Malaysia dengan keluasan tanah 73,610 km persegi atau 22.3 peratus daripada keluasan negara (330,436km persegi).

Daripada segi kepadatan penduduk; Sabah menduduki 2 tangga tercurut bersama Pahang dengan 38 orang/KM persegi; berbanding Pulau Pinang 1,400/KM persegi atau wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 5,000 orang/KM persegi. Sarawak tercurut dengan 17orang/KM persegi.

Sabah kaya dengan sumber-sumber semulajadi seperti hutan, galian, fauna, flora hinggalah ke hidupan laut.

Lebih kurang 60 peratus daripada tanahnya diliputi dengan hutan rimba manakala kawasan tanah pertanian merangkumi 30 peratus.

Sumber perhutanan dan pertanian adalah penyumbang utama kepada sumber pendapatan negeri Sabah. Bahan mentah seperti minyak, tembaga, emas dan batu kapur juga didapati dinegeri ini.

Ekonomi negeri Sabah bergantung kepada ekspot komoditi utamanya seperti minyak kelapa sawit, koko, getah, petroleum, kayu balak dan papan lapis.

Sektor pengekspotan membentuk 70 peratus daripada jumlah pengeluaran.

Pada masa kini, negeri Sabah merupakan pengeluar utama minyak kelapa sawit dan koko diseluruh Malaysia.

Selain daripada sektor kayu-kayan dan pertanian, sektor perkilangan dan pelancongan juga berkembang pesat dan bertambah penting sebagai sumber ekonomi negeri Sabah.

Hampir 1/7 daripada kawasan Sabah adalah sesuai untuk pertanian. Dari segi penggunaan tanah, 12.9% telah digunakan untuk pertanian; 42.9% adalah pemeliharaan hutan; 1.2% untuk perikanan; 2.6% hidupan liar; 3.6% taman-taman negara dan 36.8% untuk lain-lain.

Walaupun ia kaya dengan sumber semula jadi, kini Sabah adalah negeri yang termiskin di kalangan negeri-negeri Malaysia.

Pendapatan puratanya pada sekarang adalah di kalangan negeri Malaysia yang paling rendah, sedangkan kos sara hidupnya lebih tinggi daripada Semenanjung Malaysia.

Pada 2000, kadar pengangguran Sabah ialah 5.6 peratus, yakni yang tertinggi di Malaysia dan merupakan dua kali ganda purata nasional sebanyak 3.1 peratus.

Tahap kemiskinannya sebanyak 16 peratus merupakan tahap yang tertinggi di Malaysia, yakni lebih daripada tiga kali purata nasional.

Sebahagian daripada masalahnya ialah pembahagian kekayaan yang tidak saksama di antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat. Kerajaan pusat mengambil 95% daripada pendapatan negeri Sabah dan meninggalkan cuma 5% untuk keperluan tempatan.

Berasaskan kepada senario itu, maka Kerajaan pusat bermula dengan RMK-10, telah mencadangkan tiga puluh satu projek baru bernilai RM77.5 bilion.

Melalui cadangan projek2 itu diharapkan pendapatan purata penduduk Sabah akan meningkat kepada RM32,400 dan 150,000 pekerjaan akan membawa 3.2 juta penduduk Sabah dalam golongan berpendapatan sederhana tinggi.

Cadangan projek2 itu diakui sendiri oleh Datuk Seri Najib Razak, perdana menteri Malaysia, adalah hasil daripada hubungan baik di antara Sabah dan Kuala Lumpur.

Najib menyatakan demikian kepada ketua menteri Datuk Seri Musa Aman ketika beliau tiba di Kota Kinabalu pada 16 Februari untuk lawatan dua hari bagi melancarkan Amonia Sabah dan Loji Urea di Sipitang serta hari terbuka Koridor Pembangunan Sabah.

Beliau berkata, hubungan kerjasama yang rapat dengan Musa menyebabkan kerajaannya membiayai Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (Sedia) yang ada lebih daripada RM63 bilion pelaburan dalam pelancongan, minyak dan gas, kelapa sawit, pertanian, pendidikan, logistik dan pembuatan.

Dalam masa lapan tahun, Sabah akan ada pendapatan kasar RM110 bilion yang pasti memberikan setiap penduduk pendapatan purata RM32,400.

Projek2 yang bernilai RM77.5 bilion datang dari 31 projek dikenali sebagai projek entri poin dibawah program transformasi ekonomi gagasan Najib. Kerajaannya mensasarkan 9% pertumbuhan ekonomi bagi Sabah,

Walaupun purata pendapatan perkapita kebangsaan menjelang 2020 adalah RM48,000; namun perkembangan itu, cukup meletakkan rakyat Sabah dalam kategori berpendapatan sederhana.

Berasaskan kepada senario di atas, sebenarnya rakyat masih miskin, atas sebab tiada projek2 yang berimpak tinggi yang pernah di bawah ke negeri di bawah bayu itu.

Ladang2 kelapa sawit, adalah kepunyaan swasta, dan sebahagian besarnya berasal daripada tanah besar. Kerajaan negeri, hanya mampu mendapat cukai royalti, yang tidak sebenar mana.

Kalaulah, sejak 10 atau 15 tahun lalu, pendekatan sepertimana dilakukan Najib, pasti, awal2 lagi, rakyat Sabah telah mencapai pendapatan sederhana tinggi.

Belum terlambat, pembangunan untuk rakyat Sabah dan peningkatan pendapatan rakyat diambang pencapaian.

10 comments:

TuhauBam said...

Pemimpin perlulah memahami bahawa mereka adalah pemikul amanah kerajaan untuk membantu dan menjaga kepentingan rakyat

Hinamori said...

The government is continuously addressing the problem through various programs such as a cooperatives, agropolitan and 1Azam programmes.

The Government is making continuous efforts to ensure that people's lives are comfortable and assist those still in grasp of poverty to better themselves.

Anonymous said...

kerajaan harus byk membantu penduduk dalam tingkatkan taraf hidup mereka. kemiskinan harus dibasmi sepenuhnya.

Bujang Senang said...

Kita sokongan juga dengan keluasan kawasan Sabah penyebab kemiskinan berlaku. Kerana kawasan yang luas pasti memerlukan peruntukkan yang tinggi dari kerajaan persekutuan.

Anonymous said...

Kebijaksanaan dalam mengurus kewangan dan sumber semulajadi amat penting dalam memastikan kelangsungan pendapatan negeri.

Topografi Sabah memang salah satu faktor mengapa Sabah agak terbelakang dalam aspek pembangunan. Dan mungkin juga kebanjiran PATI sebagai salah satu sebab?

Sejak akhir2 ini, banyak tumpuan diberikan kepada Sabah. Jadi kita harapkan akan lebih banyak peruntukan diberikan kepada Sabah agar lebih banyak rakyat dapat dibawa keluar dari kepompong kemiskinan melampau.

Belajar pancing ikan, jangan mengharap diberi ikan saja.

Anonymous said...

"..hubungan kerjasama yang rapat dengan Musa menyebabkan kerajaannya membiayai Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (Sedia) yang ada lebih daripada RM63 bilion pelaburan dalam pelancongan, minyak dan gas, kelapa sawit, pertanian, pendidikan, logistik dan pembuatan."

Musa memang seorang KM yang bijak. Beliau tahu mencari dan menggunakan peluang yang ada untuk bawa lebih banyak pembangunan di Sabah.

evan medhousky said...

jika Sabah dipecahkan lagi kepada beberapa buah negeri, tentu sistem pentadbiran negeri2 di sabah akan lebih cekap dan teratur.. malah peruntukkan kerajaan persekutuan juga bukan lagi dipecahkan kepada 13 buah negeri, malah mungkin 17 atau lebih buah negeri..

evan medhousky said...

namun saya yakin bahawa gandingan Najib dan juga Musa pasti akan dapat mengubah status negeri termiskin Sabah kepada status termaju di Malaysia jika kerajaan BN diberikan mandat untuk terus memerintah negara/negeri ini..

Green Sabah said...

Its true that Sabah is a large state with vast lands and high amount of population, that's why we need more time and money to develop the state.

Green Sabah said...

I'm sure the current government is in the right track to lead Sabah towards better development. Our financial status is stable now and its possible to improve our state's economics.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels