25 March 2012

Shafie Apdal sokong Musa Aman terus jadi Ketua Menteri

Datuk Musa dan Shafie di Majlis itu.
CAKAP-CAKAP dikalangan penyokong Umno dan malah ada sesetengah pemimpin Bn atau pembangkang bahawa kononnya ada pergeseran antara Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Pengerusi Perhubungan Umno Negeri, Datuk Seri Musa Aman, terjawab semalam, apabila Menteri Wilayah dan Pembangunan Luar Bandar itu mengistiharkan, bahawa beliau secara konsisten menyokong kepimpinan Musa dan seterusnya menyokong Ketua Menteri Sabah itu supaya terus menerajui Sabah.Malah Shafie menekankan, bahawa tidak akan ada kuasa tertentu yang boleh memecahkan hubungan antara beliau dengan Musa.

Menteri KKLW itu menggesa rakyat negeri ini, agar berdiri dibelakang Musa terutama dalam menghadapi PRU-13 akan datang.

Musa dan Shafie menghadiri satu majlis di Menara Tun Mustapha, Teluk Likas semalam, sempena pengagihan bantuan RM3,000 seorang kepada bekas2 kakitangan KEMAS.

Sebanyak RM735,000 diagihkan kepada 245 penerima.

Gandingan Musa-Shafie terbukti pada PRU-10 dan 11 sebagai ampuh, apabila dalam dua PRU itu, Sabah mengekalkan kecemerlangan.

Bagi menghadapi PRU-13 pula Musa bergandingan dengan Speaker DUN Sabah-DSP Salleh Tun Said.

12 comments:

ferlo said...

nampaknya hubungan antara Musa dan Shafie adalah dalam keadaan baik, mereka saling menyokong satu sama lain.

ferlo said...

setiap pemimpin harus saling menyokong satu sama lain, kerjasama dan perpaduan penting dalam mengukuhkan parti.

TuhauBam said...

Kerajaan Sabah dibawah kepimpinan Datuk Musa Aman dan kerajaan persekutuan bekerjasama dengan baik untuk membangun Sabah

TuhauBam said...

Perdana menteri juga memuji Datuk Musa kerana berjaya mengubah kewangan negeri. Sebelum Datuk Musa menjadi ketua menteri pada 2003, perbendaharaan negeri mempunyai hanya RM168 juta. Namun selepas mengambil alih, Datuk Musa mengubah ekonomi yang lembab menjadi ekonomi bertenaga menggunakan strategi halatuju tiga serampang mata yang memberi fokus kepada pertanian, pelancongan dan pembuatan.

TuhauBam said...

Simpanan kemudian melonjak hingga 10 kali ganda kepada RM1.7 bilion pada tahun 2011. Simpanan negeri kini ada kira-kira RM3 bilion. 7 tahun yang lalu, negeri ini mengalami defisit RM3 bilion dan menurut Datuk Masidi Manjun, menteri pelancongan, kebudayaan dan alam sekitar, perbendaharaan ketika itu tidak dapat membayar kontraktor binaan.

Saya orang Sabah bah!! said...

Baguslah jika begitu. Harap kedua pemimpin ini akan dapat bersatu untuk terus menguatkan jentera BN di Sabah.

Saya orang Sabah bah!! said...

Bersatu pasti akan menjadi lebih kuat.

Hanroizin said...

Kerjasama antara pemimpin akan menjadikan kekuatan yang kukuh.

Hanroizin said...

Pelbagai khabar angin yang kita dengar mengenai perkara permusuhan antara Datuk Musa Aman dan Datuk Shafie Afdal. Namun semua itu ada auta dan cuma rekaan semata-mata oleh pihak yang mementingkan diri sendiri. Kita tengok saja betapa Datuk Shafie menyokong Datuk Musa menjadi KM seterusnya. Pelbagai khabar kita dengar yang mana kununnya Datuk Shafie cuba menjatuhkan DAtuk Musa dan merampas kerusi tersebut. Tapi semua itu tidak Benar sama sekali. Datuk Musa dan Datuk Shafie tetap dalam satu perjuangan bersama dengan Kerajaan BN untuk rakyat Sabah.

evan medhousky said...

rasanya terkedu lidah semua pihak yang sebelum ini giat melaga2kan kedua2 pemimpin ini selepas Shafie buat kenyataan spontan..

Green Sabah said...

Its good to see the two of them let go of their past disagreement and support each other now. Musa Aman has gotten more and more support from local leaders such as Ramli Ismail and Shafie Apdal, maybe this shows that his leadership is acknowledged.

Green Sabah said...

All the members in a party should continue to unite, cooperate and be supportive of each other so that they can go towards their mutual goals together.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels