2 April 2012

Apabila ADUN Tempasuk terpaksa melayan rakyat bukan penggundinya

Muka-muka yang tidak biasa nampak di kawasan DUN Tempasuk, inilah yang menjadi tetamu-tetamu ADUN Tempasuk, saban hari.

Di kediaman ADUN itu, jarang sekali tetamunya yang berasal daripada kawasan yang diwakilinya.

Satu persoalan, apakah penduduk Tempasuk TIADA masalah? sehingga jarang sekali berjumpa Yang Berhormat yang mewakili mereka?

Kalaupun ada orang-orang Tempasuk, adalah mereka yang mempunyai jawatan2 tertentu dan dikira salah satu faktor pelaksana bagi kegiatan2 di kawasan Tempasuk.

Kota Belud selain satu Parlimen, juga terbagi kepada tiga DUN, yakni DUN Usukan DUN Kedamaian dan DUN Tempasuk sendiri.

Latar belakang kawasan ini hampir serupa, yakni penduduknya adalah petani atau pekebun, kecuali bagi kawasan Kedamaian, jarang yang mencari nafkah sebagai nelayan.

Bagi kawasan Usukan dan Tempasuk, penduduknya mencari nafkah dengan memanfaatkan tanah dan laut. Sebenarnya tiada perbezaan bagi dua kawasan ini.

Sementara penduduknya pula, juga terdiri daripada tiga suku kaum yaitu, Bajau, Iranun dan Dusun.

Usukan adalah kawasan yang mempunyai jenama sendiri, kerana kawasan inilah lahirnya anak sulung UMNO di Sabah, apabila Tun Mustapha Datu Harun menang melalui PRK pada tahun 1991, mengalahkan calon kerajaan Negeri daripada PBS-Jap Omar.

Usukan juga merupakan kubu kuat BN terutama Usno (kini Umno), dan kawasan ini tidak pernah dimenangi oleh sebarang parti, selain daripada parti itu.

Kawasan Usukan pernah melahirkan para pemimpin tersohor negeri, antaraya Tun Mustapha Datu Harun, Tun Mohd Said Keruk, DSP Salleh Tun Said dan Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia.

Manakala Tempasuk pula merupakan kawasan yang diwakili berbagai parti, Usno, Berjaya, PBS, AKAR dan Umno.

Tempasuk hanya pernah melahirkan pemimpin veteran di zaman Berjaya, yakni Datuk Mohd Noor Mansor (kini penasihat SAPP-Parti pembangkang negeri).

Namun pada hari ini, suasana pembangunan bagi dua kawasan ini sungguh berbeza. Temapasuk nampaknya lebih cepat membangun berbanding Usukan. Apa kah masalahnya, sehinggakan terdapatnya perbezaan daripada segi kadar pembangunan?

Ini lah yang perlu dijabarkan oleh para pemimpin UTAMA Usukan ketika ini, DSP Salleh Tun Said dan Datuk Japlin Haji Akim.

Mudah2an dalam masa singkat permasalahan ini dapat dirumuskan, agar manusia bergerak yang memenuhi rumah2 selain DSP Salleh dan Datuk Japlin, kalaulah Datuk Rahman berumah di Kota Kinabalu, pasti juga rumah ahli parlimen ini dipenuhi manusia2 bergerak. Belum puas beredar di rumah2 YB bagi kawasan Usukan, rumah kediaman YB Tempasukpun jadi tumpuan. Kapan kah manusia bergerak ini boleh berhenti? kerana seingat penulis, semasa penulis bekerja dahulupun, apabila pulang ke rumah, sukar untuk masuk rumah, kerana ruang tamu dipenuhi oleh manusia2 beredar.

8 comments:

nickko said...

antara tidak ada masalah atau semua masalah penduduk Tempasuk disalurkan kepada pemimpin2 pembangkang..

Green Sabah said...

The government promised that the candidates would be natives of the area previously. Hopefully they will hold up to this promise.

Green Sabah said...

Hopefully Tempasuk will be able to developed successfully, no matter who are the leaders, they should always put the people's needs first.

Anonymous said...

mungkin di Tempasuk kurang ada masalh, lagipun terdapat pembangunan ketara di Tempasuk berbanding kawsan lain.

Sanih Alias said...

Sebagai seorang wakil rakyat seharusnya keraplah turun padang walaupun mereka itu bukannya pengundinya. Kerana kita sebagai seorang pemimpin perlu sedar tanggungjawab adalah kepada semua.

TuhauBam said...

Government is constantly making efforts to ensure the people in this country live in happiness

Anonymous said...

Lumrah menjadi wakil rakyat, banyak hati yang kena dijaga.

Anonymous said...

Selagi boleh membantu dan berkhidmat untuk rakyat, teruskan usaha itu.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels