27 April 2012

Betapa pentingnya Sabah pada BN

Minggu lepas PM melawat Sabah, hari ini dan esok TPM pula. Dua pemimpin negara menganggap betapa pentingnya Sabah pada BN, terutama berhadapan dengan PRU-13.

Sabah mempunyai 25 kawasan Parlimen, dan sejak PRU-2004, PRU-2008, hanya satu kawasan Parlimen terlepas kepada Pembangkang.

Pada PRU-13, walaupun DAP yakin akan menawan tiga kawasan Parlimen- Kota Kinabalu, Tawau dan Sandakan, namun, kerana komitmen PM dan TPM kepada negeri, maka berpeluh juga DAP menang di kawasan-kawasan tersebut. Selain itu, komitmen yang tinggi daripada Pengerusi BN negeri-merangkap Ketua Menteri Sabah-DSP Musa Aman, akan menyukarkan pihak DAP untuk menang di kawasan-kawasan yang disebutkan.

Pada PRU-12, Kawasan Sandakan dimenangi oleh Presiden LDP, merampasnya daripada calon bebas, Kawasan Tawau dimenangi BN melalui SAPP, namun SAPP keluar BN pada September,2008. Sementara kawasan Kota Kinabalu, dimenangi DAP.

Daripada Tiga kawasan Parlimen itu, hanya Parlimen Tawau, jumlah pengundi BN melebihi jumlah undi pembangkang, manakala bagi Sandakan dan Kota Kinabalu, jumlah undi Pembangkang melebihi undi BN (kalau satu lawan satu).

Di atas kertas, Sandakan dan Kota Kinabalu adalah kawasan Pembangkang, namun, jika BN dapat meletakkan calon yang sesuai dan diikuti strategi kempen yang cukup, tidak mustahil, kawasan tersebut boleh dimenangi. Sementara itu, Tawau, boleh dikatakan adalah kawasan 50:50 jika BN berdepan satu lawan satu, akan tetapi jika berlaku tiga penjuru atau lebih, pasti kawasan itu milik BN; demikian juga kawasan Sandakan.

Nampaknya, pada PRU-13, akan berlaku berbagai penjuru di beberapa kawasan; jika ini berlaku, maka postif kepada BN.

Pada PRU-13, Sabah akan menyumbang kepada BN pusat, sekurang-kurangnya 22 kerusi Parlimen. Bagi kedudukan DUN pula, BN-Sabah dengan mudah menang di 48 kerusi DUN.

Kawasan-kawasan DUN Sabah yang masih kelabu adalah-Luyang, Inanam, Kapayan, Tanjung Aru, Api-api dan Sri Tanjong, manakala DUN dalam kedudukan 50:50; Karamunting, Elopura, Tanjung Papat, Tanjong Kapor, Moyong,Merotai dan Tamparuli. Namun, jika BN dapat mengemukan calon-calon yang winnable, tidak mustahil lapan dari 12 kerusi tersebut akan dimenangi BN.

Walaupun, Sabah misalnya kehilangan 12 kerusi, namun Kerajaan negeri tetap mempunyai kuasa 2/3, kerana kuasa 2/3 hanya memerluan 40 kerusi.

Semalam Gerak Kerja BN Sabah telah dilancarkan. Melihat kepada semangat para jentera parti, nampaknya mereka telah berada pada gear lima. Dengan semangat yang tinggi, sesuai dengan Tag Line BN- JANJI DITEPATI, TIDAK MUSTAHIL, BN AKAN MENANG DI SEMUA KAWASAN BAIK PARLIMEN MAHUPUN DUN.

16 comments:

Green Sabah said...

Sabahan votes is important for all parties, not only is BN concerned about winning our votes, but also PR, Star and SAPP.

Green Sabah said...

I'm sure Sabahans will give their votes to the most worthy party during the next general elections. Its up to the parties to prove themselves to the people.

mantera said...

Sabah amat penting, untuk BN terus menguasai Sabah, ia perlu menjaga kebajikan penduduk Sabah.

Nemia said...

What a revelation made by Mahathir.

onong said...

Memang Sabah penting kepada BN kalau tak mengapa jadi simpanan tetap BN kan?

unknown said...

So never treat us like hell.

wake said...

Various problems in Sabah should be solved asap.

ryan said...

Never underestimate the power of Sabah.

thinaj said...

Not only BN wants sabah, there are may other parties want sabah.

thinaj said...

In the end, its the people who will decide which party will lead sabah.

TuhauBam said...

leadership of the state government under Chief Minister Datuk Seri Musa Aman for its political will and for "walking the talk" in implementing programmes and initiatives to protect and conserve the environment.

Smookiekins said...

penting pengundi2 untuk memilih secara bijak pada pilihan raya umum akan datang, negara memerlukan sebuah pentadbiran yang terbukti untuk menangani isu-isu domestik, serantau dan global. Jangan beri negara ini ke tangan yang salah kerana anda akan berada dalam kesusahan. Kerajaan telah bekerja melalui isu-isu domestik, serantau dan global dan ini diterjemahkan kepada pembangunan sosial dan ekonomi negara.

Anonymous said...

Sabah kingmaker untuk PRU13 ini!

Anonymous said...

Rakyat Sabah kena bijak memilih calon mereka kerana Sabah merupakan kingmaker pada pilihanraya akan datang ini. Banyak parti akan datang kepadam rakyat dan menabur janji bulan ke bintang. Buatlah penilainan dengan baik.

Hosie Masie said...

Jika benar Sabah ini amat penting bagi BN cuba buktikan kepada penduduk Sabah yang mana BN pasti menyelesaikan masalah utama penduduk Sabah.

Sotong Kurita said...

berbanding dengan PM terdahulu, Najib satu2nya PM yang kerap berkunjung ke Sabah.. inilah contoh pemimpin yang berjiwa rakyat.. walaupun sibuk dengan komitmen luar dan dalam negara, beliau masih dapat meluangkan masa untuk melawat negeri2 di Malaysia..

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels